Selain kuih seri muka dan kuih talam, kuih lapis juga tidak kurang hebatnya. Teringat-ingat air tangan ibu setiap kali berbuka puasa di kampung halaman. Rupanya hendak menyediakan kuih yang satu ini tidaklah sesukar mana. Lapisan demi lapisan perlu dikukus hingga masak.
Resipi yang dikongsikan oleh Aezween Rainoe ini buat kita terasa yakin untuk mencuba. Langkah yang dikongsikan olehnya cukup mudah malah hanya blender sahaja kesemua bahan. Sangat memudahkan. Jadi jom kita cuba!
Resipi wajib cuba: Resipi Roti John Popular Yang Viral Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda Terliur
Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat.
Ads
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Nak fikir masak apa untuk sarapan pagi dan minum petang anak memang pening. Apa kata mama cuba resipi bakwan ini. Simple tapi sedap.
Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi & makan petang, apakata korang cuba resepi bakwan perkongsian Khadijah Jaafar ni.
Bakwan sayur yang confirm rangup, memang sedap & berkhasiat. Boleh pikat selera anak, yang cerewet makan sayur pun suka bakwan.
Nampak macam sama cucur, tapi rasanya agak lain sebab ada beberapa tambahan bahan yang buatkan makan tak boleh berhenti. Goreng nipis nipis bakwan ni akan rangup. Nak sediakan pun mudah & bahan-bahan pun ringkas sahaja.
Jangan buang masa. Jom cuba. Sebelum cuba baca betul-betul dulu bahan & caranya ye. Segala tips yang diberi jangan derhaka, nanti tak jadi.
Bakwan Sayur Rangup
Bahan-Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1 cawan isi jagung
1½ cawan lobak merah – disagat halus
1 ½ cawan kobis – dihiris halus
1 batang daun bawang – dihiris halus
6 ekor udang – dipotong kecil – optional(tak nak letak tak pe)
2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
Air sejuk secukupnya
*nak letak taugeh pun boleh
Bahan bumbu
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang (yang ni tak nak letak pun tak pe, nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) & bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.
Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula garam.
Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk ye.
Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis & rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh adjust garam & gula. Sesedap rasa.
*Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi gandum.
Panaskan minyak, bila minyak dah panas. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas . Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali.
Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka.
Angkat & toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah. Saya suka cicah dengan sos cili thai.
Apam sememangnya terdiri daripada kuih yang lembut dan paling mudah diberikan kepada bayi. Jika memilih untuk mengajar anak memegang makanan, apam boleh juga dijadikan finger food kerana sifatnya yang ringan dan memudahkan anak untuk makan.
Apam Nasi Salju yang dihasilkan oleh Puan Farisha Sofea ini bukan hanya sesuai untuk bayi bahkan seluruh isi keluarga. Rasanya manis dan sedap malah sesuai dijadikan minum petang. Paling utama cara hendak membuatnya juga teramatlah mudah. Jom cuba!
APAM NASI SALJU VERSI BABY DAN DEWASA
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 cawan nasi
2 1/2 cawan air
Bahan B :
1 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
2 cawan tepung beras
1/2 sb yis
Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati. Masukkan ke dalam mangkuk bersama sama Bahan B. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul.
Kemudian perapkan adunan selama 1 jam atau sehingga adunan mengembang dua kali ganda.
Adunan ini memang banyak. Jika mahu makan bersama ahli keluarga boleh juga asingkan separuh adunan dan masukkan gula secukupnya serta sedikit garam untuk memberi rasa lemak ( mama buat lebih sebab nak frozenkan ).
Jika mahukan apam kelihatan lebih menarik, boleh juga asingkan beberapa bekas dan letakkan pewarna. Untuk baby bawah 2 tahun, tak perlu garam, gula dan pewarna ya.
Sementara adunan diperap bolehlah panaskan kukusan. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz acuan. Sejukkan seketika.
Sedia dihidang.
Untuk versi dewasa bolehlah dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus seketika ( agar kelapa tahan lebih lama ).
Untuk versi baby , boleh juga dimakan bersama jem kesukaan. Mama bagi baby makan macam tu je , sedap juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun kini macam-macam versi dan warna donut tapi rasa asli donut kampung juga menjadi pilihan hati! Rangup di luar gebu di dalam.
Jom cuba resepi yang dikongsi!
Resepi donut
🌸🍩🌸🍩🌸
Bahan A
⚘1/2 cwn air suam
⚘1 sudu B gula kastor
⚘1 sudu B susu susu pekat
⚘1/2 sudu B yis (1/2 paket)
-Bancuh bahan di atas dan biarkan sehingga berbuih
Bahan B
⚘2 cwn tpg gandum (sis guna bakers choice)
⚘2 sudu B (30g) marjerin pelangi
⚘1 sudu kcil baking powder
⚘Sedikit garam
🍩-ramas bhn B hingga menjadi serbuk roti.masukkan bhn A.tambah air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tk melekat di tgn..doh memang agk lembik tpi jgn risau..bila doh dh kembang ia jadi ok..
🍩-pastikan doh lembut ye baru la dpt donat yg gebu
🍩-perap doh hingga kembang sekali ganda lebih kurang 45 min-1 jam
🍩-selepas tu tumbuk2 doh utk buang angin.buat bulat2 ikut bsr mana yg disukai.bila dh naik sikit tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol
🍩-bila donat dh naik kembang elok boleh la goreng..
🍩-Adunan menghasilkan lbih kurang 12 biji donat shj bergantung pd saiz yg kita buat..
Anak cemerlang matematik bukan ditentukan oleh genetik semata-mata. Ketahui bagaimana aktiviti harian, sokongan ibu bapa dan rangsangan awal sejak usia 3 tahun membantu membina asas matematik yang kukuh.