Share Sampai 5K, Resipi Sotong Phat Phet Thai Ni Memang Power, Tumis Sekejap & Angkat!

Share

Masakan dan menu ringkas semestinya dicari selepas jemu dengan menu raya setiap hari. Apa kata kali ini kita cuba resipi paling ringkas tapi cukup mantap yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini.

Resipi ringkas ala Thai tetapi padu ini memang sedap dengan gabungan rempah dan sayur yang mudah. Jom cuba!


RESEPI SOTONG PHAT PHET (THAI)

Masakan 2 Dalam 1 (lauk dan sayur), apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan.

Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

Bahan Kisar:
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air

Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.

Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.

Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.

Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.

Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakkan seketika dan tutup api.

Siap!

Menarik: Resipi Brownies Raya Azlina Ina, 6 Bahan Saja, Kek Ringkas Gerenti Jadi Sedap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN