Ads

Sharifah Shahirah Timang Cucu Kedua, Nama Ésah’ Raih Perhatian 

Pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah, kini menyambut cucu kedua selepas anak perempuannya, Allisya, 28, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang, semalam. Berita gembira ini sekali gus mencuri perhatian peminat yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada keluarga mereka.

Bayi comel tersebut diperkenalkan kepada umum dengan nama Aisa Zaina. Allisya terdahulu memiliki anak sulung bernama Anya Zaima yang kini berusia tiga tahun.

Berita mengenai Sharifah Shahirah bergelar nenek dikongsikan sendiri oleh Shiera menerusi sebuah video di media sosial. Dalam perkongsian tersebut, beliau memaparkan suasana bilik hospital yang dihias indah khas bagi meraikan kelahiran cucu keduanya.

Bilik hospital itu tampil ceria dengan dekorasi belon berwarna merah jambu dan putih yang memenuhi ruang. Turut menghiasi bilik ialah jambangan bunga gerbera serta carnation yang disusun cantik sebagai simbol kegembiraan menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarga.

Suasana bertambah meriah apabila ahli keluarga hadir untuk melihat dan mendukung bayi perempuan itu buat kali pertama. Wajah-wajah yang penuh kegembiraan jelas menggambarkan betapa bermaknanya detik kelahiran Aisa kepada seluruh keluarga.

Kejutan Istimewa Daripada Sharifah Sakinah

Sharifah Shahirah Timang Cucu Kedua, Nama Ésah’ Raih Perhatian 

Menariknya, dekorasi cantik tersebut bukan ditempah oleh ibu bapa bayi. Sebaliknya, kejutan itu merupakan inisiatif adik kepada Shiera iaitu Sharifah Sakinah yang ketika itu tidak dapat bersama keluarga di hospital.

Difahamkan, Sharifah Sakinah menghubungi pihak dekorasi  bagi mendapatkan bantuan menyediakan dekorasi khas sempena kelahiran anak saudaranya.

Ads

Hasrat tersebut berjaya direalisasikan dengan bantuan beberapa pihak yang bertungkus-lumus menyiapkan dekorasi sehingga bilik hospital bertukar menjadi ruang sambutan yang cukup manis, meriah dan penuh kenangan.

Walaupun tidak dapat hadir secara fizikal, usaha Sharifah Sakinah nyata memberikan sentuhan istimewa kepada sambutan kelahiran Aisa dan menjadi bukti kasih sayangnya terhadap keluarga.

Artikel trending: Scoliosis Pada Anak: Jangan Abaikan Badan Senget, Kenali Tanda Awal & Cara Mengesannya

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Ads

Nama Sebenar Bayi Ialah Aisa

Sharifah Shahirah Timang Cucu Kedua, Nama Ésah’ Raih Perhatian 

Di sebalik kemeriahan sambutan itu, timbul sedikit kekeliruan apabila papan tanda dekorasi memaparkan nama “Esah” sehingga mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, keluarga menjelaskan bahawa nama sebenar bayi perempuan tersebut ialah Aisa. Nama “Esah” hanyalah gelaran manja yang digunakan oleh Sharifah Sakinah untuk anak saudaranya.

Shiera turut berseloroh bahawa nama Esah sebenarnya mempunyai kaitan yang cukup istimewa dalam keluarga mereka.

Ads

“Tapi nama baby Aisa bukan Esah ..si Sakinah main letak je nama cucu dia..org ni ikutlaa”

“Esah itu nenek laki saya. Al-Fatihah untuk Mak Esah,” katanya.

Penjelasan itu sekali gus menghapuskan kekeliruan mengenai nama bayi berkenaan dan mengundang senyuman dalam kalangan peminat yang mengikuti perkembangan keluarga tersebut.

Sementara itu, perkongsian lain di Facebook, bekas suami Sharifah Shahirah, Jatt Ali meluahkan rasa syukur atas kelahiran cucu keduanya.

“Alhamdulillah anak saya Allisya baru melahirkan anaknya keduanya pada pagi 3 Ogos 2026.”

Detik Manis Buat Seluruh Keluarga

Sharifah Shahirah Timang Cucu Kedua, Nama Ésah’ Raih Perhatian 

Kehadiran Aisa pastinya membawa sinar baharu serta kebahagiaan besar kepada seluruh keluarga. Ramai peminat turut membanjiri ruangan komen media sosial dengan ucapan tahniah buat Allisya dan suami atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Tahniah juga diucapkan kepada Sharifah Shahirah dan ahli keluarga lain dan  semoga kehadiran Aisa membawa rezeki, kebahagiaan dan menjadi penyeri buat seluruh keluarga.

Untuk rekod, Allisya adalah anak hasil perkahwinan pertama Shiera dengan penyanyi Black Dog Bone itu, manakala bersama Ijoy, Shiera itu dikurniakan empat anak iaitu Airel, 22; Airra,19; Audra,17; dan Adeena, 10.

Sumber: shieraijoy

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Manisnya Momen Tok Ti Temani Aafiyah Di Hari Kantin Sekolah

Aafiyah Hari Kantin Sekolah menjadi perhatian apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza meluangkan masa menyokong anaknya di Hari Kantin. Momen penuh kasih sayang itu turut meraih pujian ramai netizen.