Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah tidak akan menggunakan kedudukannya sebagai seorang selebriti untuk membantu anaknya yang minat dengan bidang seni.
Sharifah Shahira atau Shiera, 44, berkata, biarlah mereka menempa nama atas usaha mereka sendiri.
“Saya bukan seorang ibu yang suka bawa anak masa sesi penggambaran. Saya tidak akan berbuat begitu jika tiada tawaran yang diterima.
“Pada saya, kalau anak nak jadi pelakon biar dia cari sendiri dan bukan menggunakan nama saya sebagai pelakon.
“Maka, biarlah tunggu mereka besar sedikit dan sudah pandai hendak bekerja dan usaha sendiri.
Ads
“Bukan apa, saya tak mahu menyusahkan diri saya juga kerana kanak-kanak ni tak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu. Mana tahu ketika penggambaran tiba-tiba mereka tak nak buat?,” katanya.
Sheira berkahwin dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 44, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9 dan Adeena, 3 tahun.
Seorang anaknya lagi, Allisya, 20, merupakan hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.
Ads
Belum Tunjuk Minat
Ads
Bagaimanapun, buat masa ini, anak-anaknya masih belum menunjukkan minat untuk berada di hadapan kamera.
“Sebenarnya mereka masih malu bila di hadapan kamera tapi bila di belakang banyak sahaja cakap. Kalau ada penggambaran untuk iklan pun tidak mahu buat banyak kali,” katanya lagi.
Sumber: Astro Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah, kasih sayang pada anak memang tak ada batas. Kita nak bagi yang terbaik, nak penuhi apa sahaja keperluan mereka, dan nak tengok anak sentiasa gembira. Tapi tanpa sedar, cara kita melayan anak kadang-kadang boleh membuatkan mereka terlalu bergantung dan akhirnya menguasai keadaan.
Anak terlalu manja biasanya bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia terbentuk daripada kebiasaan harian bila semua kemahuan anak dituruti tanpa sempadan, bila anak tidak dilatih untuk faham situasi, dan bila ibu ayah sentiasa cepat memenuhi setiap permintaan tanpa memberi ruang untuk anak belajar berdikari.
Manja itu tidak salah, tetapi perlu berpada. Anak perlu belajar dahulu apa yang patut dilakukan sebelum diberikan ganjaran. Apa yang kita lakukan sejak kecil akan memberi kesan apabila anak semakin membesar, terutamanya bila usia mereka memasuki sekitar setahun dan ke atas.
Apabila anak terlalu manja, mereka cenderung bergantung sepenuhnya kepada ibu ayah untuk setiap perkara. Ini boleh menyebabkan anak kurang keyakinan diri, sukar mengawal emosi, dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapi cabaran apabila meningkat dewasa.
Selain itu, anak juga mungkin akan menggunakan tangisan atau tantrum sebagai “alat” untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Jika ini berterusan, ia akan membentuk sikap yang sukar diubah pada masa hadapan.
Ini teknik yang boleh bantu ibu ayah supaya anak tak manja:
Percayalah, masa dia kecil memang kita seronok belai dan gomol dia, rasa tak nak lepas. Tapi kalau dah ‘over’ nanti mommy yang akan stres.
Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.
Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih dia perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.
Contohnya, “Sekarangg waktu mandi. Mommy letak air dalam tab dulu ye” (sambil dukung atau biar dia tengok kita isikan air dalam bekas mandian) atau “Sekarang waktu tidur, jom pakai bedak dan losyen okay” (sambil ambil barang-barang makeup dia)
Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara, granny atau saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk avoid strangers jugak.
Elakkan pembelian yang unplanned. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.
8. Selalu pesan untuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.
9) Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;
Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.
Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.
Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.
6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
10) Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.
Sumber: Info Ibu Hamil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada istilah terlambat nak mengajar anak ke arah kebaikan. Jika ibu ayah memainkan peranan yang sebetulnya anak boleh menjadi seorang yang berperibadi tinggi.
Begitu juga dalam soal mengajar anak untuk bersolat. Selagi tak memudaratkan anak, teruslah bimbing walaupun kita rasa usianya dah patut tahu apa yang perlu dibuat.
Perkongsian dari Puan Siti Aminah Sulaiman cukup membantu ibu mendidik cintakan Allah dengan cara yang lembut tanpa paksaan.
“Kenapa kita perlu solat Ibu? Kita tak nampak Allah pun..kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?”
Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya. Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat.
Terus terngiang-ngiang ditelinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.
Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat.
Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.
Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:
1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.
2) Jangan syirikkan Allah.
3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa
4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.
Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.
Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.
AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:
siapa Allah?
Iaitu Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar.
Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat, maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.
Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)
Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.
Buah ialah AHLAK yang cantik.
Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.
Dalam Fasa Pendidikan anak, Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun, perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.
Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?
Jangan risau ibu ayah..tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita. Rahmat Allah tu luas sekali..bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,
Kita bermula semula dari perkara yang paling BASIC, iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat..tak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.
Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya. Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan.
Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah. Saya yang dah berumur ni pun sedang belajar semula isi kandungan Al Fatihah..sebab nak lebih khusyuk dalam solat.
Murid Tahun 1 kini lebih seronok belajar bila guru menyanyi sambil eja perkataan. Ibu ayah pun boleh cuba di rumah!
Mengajar anak-anak kecil mengeja dalam Bahasa Inggeris sememangnya satu cabaran, terutama apabila melibatkan ejaan yang agak ‘pelik’ dan tidak menepati bunyi sebutan seperti nombor. Namun, seorang guru Bahasa Inggeris membuktikan bahawa pendekatan yang menyeronokkan mampu mencipta keajaiban!
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan Cikgu Haiqal Hasman dari Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, menggunakan teknik ‘chant’ untuk mengajar ejaan nombor “eight”. Dengan irama dan nada yang mudah diikuti, beliau menyebut “E-I-G-H-T” secara berulang, disertai dengan aksi dan semangat yang membuatkan murid-murid seronok menirunya.
Teknik ini sebenarnya dikenali dalam pedagogi awal kanak-kanak sebagai satu bentuk “auditory-musical learning”, di mana otak kanak-kanak lebih mudah menyerap maklumat melalui irama dan pengulangan. Dalam erti kata lain, belajar sambil menyanyi!
Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, pendekatan berirama seperti ini:
Meningkatkan tumpuan dan fokus kanak-kanak
Membantu mereka mengingati maklumat jangka panjang
Menggalakkan interaksi dua hala antara guru dan murid
Membina keyakinan diri dalam kalangan anak yang pemalu
Apa yang dilakukan oleh Cikgu Haiqal sebenarnya sangat mudah dan boleh diamalkan oleh ibu bapa di rumah juga. Misalnya:
Gunakan lagu ringkas untuk mengajar ejaan seperti:
“F-I-V-E” (five)
“S-E-V-E-N” (seven)
Letakkan aksi tangan atau gerakan badan bersama irama
Jadikan ia aktiviti rutin semasa bermain atau menyanyi bersama anak
Dengan cara ini, anak bukan sahaja belajar tanpa tekanan, malah akan lebih bersemangat untuk menghafal ejaan dalam Bahasa Inggeris.
Ternyata, usaha cikgu ini mendapat perhatian dan sokongan ramai. Rata-rata netizen memuji kreativiti dan dedikasi beliau dalam mendidik anak-anak kecil:
“Saya suka betul cikgu2 English yang articulate camni. Moga2 generasi muda kita semakin terer berbahasa English 💕” – @mochi_mamoyu
“Baru tak bosan dan… tertido 😆 Best la cikgu gini” – @sitisdalias
“Cikgu buatlah vid macam ni banyak-banyak, letak dalam YouTube. Dapat juga nak tunjuk kat anak-anak 😅. Semua tengok yang western je..” – @sepikaderio
Ramai ibu bapa mengharapkan agar cikgu-cikgu seperti ini diberi lebih banyak ruang dan sokongan untuk menghasilkan kandungan pembelajaran yang lokal, kreatif dan efektif!
Ibu Ayah boleh cuba rakam video anak ketika mereka menyanyi ejaan nombor. Selain jadi memori comel, ia juga membantu anda pantau kemajuan mereka secara menyeronokkan!
Teknik mudah, impak besar! Terima kasih Cikgu Haiqal kerana berkongsi inspirasi yang luar biasa ini. Semoga lebih ramai pendidik dan ibu bapa kreatif menggunakan kaedah sebegini untuk menceriakan dunia pembelajaran anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.