Ads

“Short Video” Bukan Sekadar Hiburan, Ini 10 Kesan Mengejutkan Kepada Anak Kecil

Short video kini menjadi antara bentuk hiburan paling popular dalam kalangan keluarga moden. Dalam dunia yang semuanya di hujung jari, ramai ibu ayah rasa short video sekadar hiburan ringan untuk anak. Nampak tak bahaya, siap boleh bagi anak duduk diam sekejap.

Namun menurut perkongsian coach parenting, Mohd Fhais Salim, pendedahan berlebihan kepada YouTube dan TikTok khususnya konten berdurasi pendek sebenarnya memberi kesan besar terhadap perkembangan otak dan emosi anak kecil.

Pandangan ini boleh dijadikan panduan buat ibu ayah, terutama yang baru pertama kali bergelar parent dan masih mencari rentak dalam membesarkan anak di era digital.

Anak kecil bukan mini dewasa. Otak mereka masih dalam fasa pembentukan. Apa yang mereka lihat, dengar dan ulang setiap hari  itulah yang membentuk wiring dalam otak mereka.

Dan ini antara perkara yang perlu ibu ayah ambil serius berkaitan short video:

Kesan Short Video Terhadap Perkembangan Anak Kecil

1. Tiada Manfaat Perkembangan, Cuma Ketagihan

Menurut beliau, kebanyakan konten short video di platform ini tidak memberi manfaat signifikan kepada perkembangan anak kecil. Ia lebih kepada hiburan pantas yang mencetuskan ketagihan berbanding pembelajaran bermakna.

2. Otak Anak Masih Pra-Matang

Secara klinikal, otak kanak-kanak kecil belum berkembang sepenuhnya untuk menerima rangsangan visual dan auditori yang terlalu laju seperti dalam short video. Pendedahan berlebihan boleh mengganggu perkembangan neural pathways yang sihat.

3. Kandungan Tidak Bertapis

Risiko terdedah kepada bahasa lucah, unsur pornografi, gurauan melampau dan tingkah laku tidak sesuai sentiasa wujud dalam short video. Walaupun ibu ayah rasa video itu “nampak selamat”, algoritma boleh membawa kepada konten lain tanpa kawalan.

Anak belajar melalui pemerhatian dan imitasi.

Ads

4. Budaya Instant Gratification

Short video mencipta kepuasan segera. Inilah antara faktor yang menyebabkan self-control dan impulse regulation anak menjadi semakin pendek. Anak cenderung mahukan semuanya cepat dan sukar menunggu.

5. Risiko Ketagihan & Doom Scrolling

Konten short video di bawah 60 saat direka untuk membuatkan pengguna terus swipe tanpa henti. Sistem reward dalam otak sentiasa dirangsang. Lama-kelamaan, anak mudah gelisah bila tiada skrin.

6. Gangguan Fokus

“Short Video” Bukan Sekadar Hiburan, Ini 10 Kesan Mengejutkan Kepada Anak Kecil

Otak yang biasa dengan paparan pantas short video akan sukar menyesuaikan diri dengan aktiviti yang memerlukan fokus lama seperti membaca, menulis atau mendengar arahan.

Attention span semakin pendek.

Ads

7. Menggalakkan Hedonisme Seawal Usia

Anak menjadi terlalu bergantung kepada hiburan segera seperti short video. Segala aktiviti yang tidak menyeronokkan akan ditolak. Ini membentuk mentaliti mencari keseronokan semata-mata tanpa daya tahan.

8. Overstimulasi Visual & Auditori

Warna terang, bunyi kuat dan muzik rancak dalam short video boleh menyebabkan overstimulation. Kesan jangka panjang termasuk kesukaran mengawal emosi, cepat merengus dan respon yang lebih agresif.

9. Muzik Viral Lebih Mudah Melekat

Lambakan lagu catchy dalam short video membuatkan anak mudah menghafal lirik viral berbanding doa atau surah pendek. Otak mereka terlatih dengan pola hiburan berulang yang sukar dikawal.

10. Risiko Speech Delay & Speech Cluttering

Kurangnya interaksi dua hala ketika menonton short video boleh menyumbang kepada kelewatan pertuturan. Bahasa berkembang melalui komunikasi aktif — bukan tontonan pasif.

Apa Yang Ibu Ayah Boleh Buat?

✔ Hadkan screen time mengikut umur.

Ads

✔ Pantau kandungan secara aktif, bukan sekadar biar autoplay.

✔ Wujudkan zon dan masa tanpa gajet dalam rumah.

✔ Galakkan aktiviti bermain secara fizikal dan interaksi sosial.

✔ Jika anak sudah menunjukkan tanda ketagihan short video, kurangkan secara berperingkat dan gantikan dengan aktiviti alternatif.

Teknologi bukan musuh. Tetapi tanpa kawalan, short video boleh menjadi gangguan besar dalam perkembangan awal anak.

Sebagai ibu ayah, kita mungkin tidak mampu kawal dunia luar. Tetapi kita masih boleh kawal apa yang masuk ke dalam dunia kecil anak kita.

Sumber: Mohd Fhais Salim

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

CAESAREAN APRON: Kenapa Perut Masih Buncit Walaupun Dah Diet & Bersenam

Caesarean Apron ialah punca perut masih buncit walaupun dah diet dan bersenam selepas bersalin. Ketahui penjelasan perubatan sebenar yang ramai ibu tak tahu.