Selepas doktor mencadangkan untuk cuba beri susu ibu kepada bayi pramatang yang dilahirkan oleh arwah Siti Sarah, pelawak dan usahawan Shuib, 37, membuat keputusan untuk memilih mendapatkan susu ibu dalam kalangan ahli keluarga sendiri untuk Ayash Affan.
Sepupu jadi ibu susuan Ayash Affan
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia memutuskan untuk menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash Affan. Katanya, keputusan ini dibuat setelah berbincang sesama ahli keluarga.
Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu saya yang baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan.
ARTIKEL BERKENAAN [“Ibu Datang..Balik Rumah Bawa Ayash Tapi Diam.” Anak Ke-3 Shuib Mimpi Arwah Ibunya]
Fikir masa depan
Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu, dia meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan Ayash Affan sekiranya mendapatkan susu badan daripada pihak luar.
Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula..jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga.
“Terima kasih..Ramai yang berniat nak bantu”
Dalam pada itu, suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.
Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Yelah..susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.
Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya.
Kalau la ada perasaan seperti saya yang merindukan arwah, jangan terlalu berduka. Takut dia (Allahyarham Siti Sarah) sedih. Bila kita teringat, sedekahkan al-Fatihah.
Shuib berkata demikian ketika sesi temu bual bersama Melodi yang disiarkan pada Ahad lalu.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kredit: OB & Youtube TV3MALAYSIA Official
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI