Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak yang berbakat, Shukri Yahaya? Dikurniakan dua orang anak yang comel, figura ini dilihat sangat menyayangi keluarganya. Anak sulungnya, Aira Ameena juga rapat dengan Shukri.
Terbaharu, melalui sebuah perkongsian di laman Instagram menunjukkan bapa mithali ini mnegusik anak perempuannya itu. Dalam video tersebut, salah seorang ahli keluarga Shukri bertanya adakah Ameena berpuasa atau tidak.
Yang lucunya adalah reaksi dari Shukri. Dia telah menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat anak sulungnya itu. Mendengarkan lirik lagu yang ditukar, Ameena juga nampak seperti malu-malu.
Video yang mendapat tontonan sehingga hampir 64,000 ini ternyata mengusik hati warga maya. Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan Shukri seorang yang nakal kerana mengusik anaknya begitu.
Anak Shukri masih kecil lagi. Mungkin setahun dua lagi bolehlah latih untuk mula berpuasa. Shukri pun saja-saja mengusik, lagu yang dinyanyikan juga sekadar hiburan untuk ahli keluarganya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri yang selalu bertelagah dan bermasam muka antara satu sama lain membuatkan anak-anak menjadi bosan dan tidak menghormati ibu dan ayahnya itu.
Jika mahu anak-anak mendengar kata dan menjadi anak yang patuh, ibu ayahlah yang penting untuk menunjukkan contoh terbaik pada mereka.
Di dalam perkongsian Ibu Rose, beliau ada berkongsi bagaiman suami boleh menjadi ketua keluarga yang dihormati oleh si isteri dan anak-anak.
Anak mencari kawan-kawan yang senasib dengannya dan kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bermasalah.
Penting mak ayah bersefahaman dan menghormati pendapat satu sama lain. Tak bersetuju pendapat tu ok. Kita manusia mesti ada pendapat yang berbeza, namun hormatlah.
Kalau suami nak jadi ketua, jadilah ketua yang layak dihormati. Kalau di rumah tidak mahu melakukan kerja langsung, itu bukan ketua namanya.
Ketua bukanlah seorang yang menyuruh sarah orang sahaja tapi sendiri tidak melakukan. Itu jenis ketua yang sudah lapuk. Tiada siapa yang hormat ketua begitu.
Ketua yang dihormati hari ini adalah ketua yang menunjukkan teladan yang baik. Nak rumah bersih, mendahului membersihkan rumah dari isteri dan anak-anak. Dan mengajak mesra untuk semua melakukannya. Nak anak rajin, si ayah pun kena rajin melakukan kerjanya. Nak isteri cantik, si suami mesti rajin memuji isteri dan ringankan tugas isteri di rumah.
Oops, cakap pasal tugas isteri di rumah. Dari mana kita dapat kefahaman yang masak, membersih baju, menyidai, membuang sampah, mengesahkan anak-anak itu semua tugas isteri semata-mata? jauh ke laut dah kefahaman ramai ni.
Isteri pergi kerja bantu suami cari rezeki. Itu tak wajib baginya, tapi dia lakukan sebab sayangkan keluarga. Tidak logik, bila balik rumah dia sorang-sorang perlu hadap semua kerja di rumah dan mendidik anak-anak.
Bila seorang suami lakukan perkara ini pada isterinya, maka jatuhlah kualiti kepimpinannya.
Ibu ramai berjumpa para suami yang mengagumkan Ibu. Balik kerja bantu isteri dengan kerja rumah walaupun si isteri sendiri tidak berkerja di luar. Bila ditanya kenapa perlu lakukan semua itu sedangkan isteri mu bukankan duduk di rumah sahaja?
Jawapan mereka inilah yang memberi Ibu harapan yang berbunga ” Isteri saya sibuk dengan kerja yang tidak sudah-sudah. menjaga anak-anak kecil bukan mudah. Saya bantu dia kerana saya ini suami dia dan saya mahu dia tahu, she is appreciated.
Wow, kan best macam tu.
Ibu doakan lebih ramai suami yang begini. Dan Ibu yakin para suami yang membaca ini, adalah dari golongan yang prihatin dan mempunyai kepimpinan yang membanggakan💖.
Ada benarnya juga apa yang dikongsikan oleh Ibu Rose ni, sekiranya suami dapat membantu meringankan tugasan isteri, pasti rumah tangga menjadi lebih harmoni. Isteri sangat menghargai bantuan dari si suami dan paling penting akan membuatnya bertambah sayang!
Bergelar ibu kepada dua anak yang masih kecil bukan mudah. Semuanya memerlukan pengorbanan demi melihat anak-anak membesar dengan sempurna. Sehebat mana pun kita bergelar ibu, pasti akan ada suka dukanya.
Seperti perkongsian Shima Anuar yang juga salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms 2021, dia mengakui pengurusan masa sangat-sangat penting bagi memastikan diri tidak stres dan keluarga pun bahagia.
Hanya tidur 4 jam sehari
Shima menjelaskan, sejak bergelar ibu, rutin tidurnya tak pernah lebih 4 jam. Mungkin orang lain boleh tidur 7 atau 8 jam untuk kekal bertenaga. Namun bagi Shima setakat ini rutin tidurnya hanya dalam tempoh itu sahaja.
“Alhamdulillah walaupun tidur dalam tempoh 4 jam je, dari segi pengurusan emosi setakat ini semuanya ok. Ini kerana sebelum saya tidur, akan buat siap-siap jadual apa yang perlu diuruskan untuk keesokkan harinya.
“Jadi bila dah buat semua jadual, saya bangun tak lah rasa blur dan penat nak buat itu ini serentak. Cara ini memang dipraktikkan sejak dulu lagi dan nampak keberkesanannya dan rutin hariannya pun lebih teratur. Paling penting kita tak akan penat,” kongsinya.
Masak setiap hari untuk keluarga
Tambah Shima lagi, dalam kesibukannya menjalankan perniagaan, setiap hari pasti akan masuk dapur untuk menyediakan hidangan buat suami dan anak-anak. Sesibuk mana pun, saya akan curi juga masa untuk memasak.
“Ini kerana, suami akan selalu makan di rumah dan kami jadikan waktu makan adalah waktu berharga untuk keluarga. Lagipun anak-anak pun ada perangai mereka sendiri. Macam anak sulung susah sikit makan, jadi saya kena kreatif untuk sediakan makanan yang menarik minatnya. Tapi anak kedua memang jenis suka makan, jadi seronoklah tengok dia makan,” ujarnya.
“Tipulah kalau tak penat..”
Kalau sebut down atau penat, Shima pun sama juga macam ibu-ibu lain. Sesekali kita akan rasa penat yang teramat sangat sampai rasa nak marah anak. Walaupun dah cuba kawal tetap tak boleh.
Jadi bila dah macam ni, Shima biasanya akan minta suami bantu dan ambil alih jaga anak sekejap dan buat apa yang patut. Sekurang-kurangnya bila suami bantu, Shima boleh rehat sekejap. Mujur juga dapat suami yang sporting dan ringan tulang.
Bagi Shima walaupun kita rasa diri kuat, ada masanya kita akan tetap rasa tak mampu. Sebab itu, sebelum emosi tak boleh kawal, Shima akan bertenang cepat-cepat.
Soal pengorbanan pada anak, sejak melahirkan anak kedua, Shima dah korbankan kerjaya seni demi melihat anak membesar depan mata. Shima hanya akan terima tawaran jika komitmen itu tak mengambil masa lama. Setakat ini Shima gembira jadi suri rumah dan buat bisnes.
Sebab Shima memang tak boleh berenggang lama-lama dengan anak. Macam sebelum PKP pun, jika pergi bercuti dalam atau luar negara, memang tak pernah pergi berdua pun. Anak sentiasa di bawa bersama-sama.
Bila orang tanya apa harapan Shima sebagai ibu, saya nak anak-anak tahu yang sayang sangat sayangkan mereka. Mereka adalah penawar suka duka saya dan suami. Lagi satu ketegasan saya dengan anak untuk pastikan mereka berjaya dan mampu berdikari pada masa akan datang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal Fattah Amin meraih perhatian ramai apabila berkongsi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri di penghujung Syawal bersama puteri kesayangannya, Fatima. Dengan beberapa keping gambar penuh ceria di Instagram, ramai peminat tersentuh melihat keakraban ayah dan anak ini.
Dalam perkongsian itu, kelihatan Fattah dan Fatima meraikan suasana raya dalam mood yang sangat bahagia. Fatima yang tampil bergaya dengan pakaian comel serta beg kecil berwarna ceria, benar-benar mencuri perhatian ramai.
Rata-rata peminat memuji kecomelan Fatima, dengan ada yang meneka bahawa busana indah yang digayakan Fatima mungkin dipilih sendiri oleh Fazura.
Lebih manis, ada yang sempat berseloroh mengatakan wajah Fatima memang salin dan tampal daripada Fattah ‘copy paste’ betul muka ayah!
Suasana mesra antara Fattah dan Fatima dalam gambar tersebut cukup menggambarkan betapa kuatnya kasih sayang seorang ayah, tidak berubah walau apa pun yang terjadi.
Momen sambutan raya Fattah bersama Fatima turut meraih perhatian ramai kerana hubungan akrab mereka. Walaupun Fattah dan bekas isteri sudah membawa haluan masing-masing, Fattah tetap tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah. Beliau tetap meluangkan masa berharga bersama anak kesayangan, membuktikan kasih seorang ayah itu kekal sepanjang masa.
Momen sebegini bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah menjadi inspirasi bahawa kasih seorang ayah tetap kekal sepanjang masa, biarpun perjalanan hidup berubah arah.
Semoga Fatima terus membesar dalam limpahan kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya.
Untuk info, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang cukup sederhana dan penuh bermakna. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima, yang kini menjadi permata hati kedua-duanya.
Namun begitu, selepas beberapa tahun bersama, pasangan ini telah mengambil keputusan untuk berpisah. Walaupun hubungan suami isteri mereka berakhir, Fattah tetap menunjukkan contoh seorang ayah yang bertanggungjawab. Kasihnya terhadap Fatima kekal utuh, malah beliau tidak pernah mengabaikan masa berkualiti bersama anak tunggalnya itu.
Sumber: Instagram Fattahaminz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!