Baru berusia tujuh tahun, seorang kanak kanak genius lelaki dari Singapura, Theodore Kwan, mencipta kejutan apabila menghadiri kuliah kimia asas di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sebanyak tiga kali seminggu sejak Ogos lalu.
Walaupun bukan hadir sebagai pelajar berdaftar, anak kecil genius itu diterima sebagai ‘tetamu khas’ oleh Pensyarah Kanan NTU, Dr Sumod Pullarkat.
Ketika menghadiri kuliah itu, Theodore yang ditemani kedua ibu dan ayahnya hadir dengan penuh persiapan seperti penuntut universiti lain. Theodore lengkap membawa tablet, nota serta botol air, sambil mengikuti kuliah berdurasi antara satu hingga dua jam.
Ads
Pencapaian IQ Theodore dianggap luar biasa dalam bidang akademik. Ketika usianya baru enam tahun 10 bulan iaitu pada awal tahun ini sahaja, anak kecil ini mencatat sejarah sebagai individu termuda di Singapura yang memperoleh gred A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi mata pelajaran Kimia, peperiksaan setaraf O Level.
Ads
Bukan itu sahaja bahkan, Theodore juga memegang lima rekod kebangsaan Singapura, antaranya peserta termuda yang berjaya mendapat markah penuh dalam Olimpik Sains.
Menurut ibunya, Crystal Tang, yang kini sedang melanjutkan pengajian PhD di sekolah perubatan NTU, Theodore memang sangat dahagakan ilmu.
Ads
“Theodore selalu meminta untuk belajar kimia pada tahap lebih tinggi. Kami amat berterima kasih kerana Dr Pullarkat memberi peluang kepadanya untuk mengikuti kuliah tanpa sebarang tekanan peperiksaan,” katanya.
Tambah ibunya lagi, peluang menghadiri kuliah universiti pada usia semuda ini adalah impian anaknya yang menjadi kenyataan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam berlangsungnya majlis Baby Shower & Gender Reveal Amyra Rosli di Delicious, Bangsar Village. Majlis tersebut dihadiri ahli keluarga serta rakan media bagi meraikan pelakon itu yang sedang hamil tujuh bulan. Menariknya kerana Amar Baharin juga tidak mengetahui jantina anak dalam kandungan Amyra.
Sempat berkongsi tentang pengalamannya mengandung kali ini, Amyra memberitahu dia sukakan makanan manis. Pun begitu, dia tetap mengawal pengambilan makanan manis kerana khuatir mendapat kencing manis.
Berbeza dengan kandungan kali pertama, pada waktu itu Amyra lebih suka makan masam-masam. Pelakon cantik ini juga berkongsi yang kali ini badannya lebih besar. Doktor juga mengatakan yang berkemungkinan bayinya akan lebih besar dari anak pertama mereka.
Bukan sahaja tetamu yang hadir dikejutkan dengan pendedahan jantina anak kedua mereka, Amar sendiri terkejut apabila mendapat bayi mereka perempuan. “Dia memang rahsiakan daripada saya, dua bulan lamanya. Bila saya tanya, dia tak cerita apa-apa.
Waktu jumpa doktor pun, saya tak diberitahu tentang jantina anak. Jadi bila dapat tahu yang saya akan dapat anak perempuan, saya bersyukur sangat. Naluri saya merasakan anak lelaki, tapi tidak,” kata Amar apabila ditanyakan tentang kejutan ini.
Menurut Amar lagi, untuk kandungan kedua ini Amyra sangat suka mengemas rumah. Kadang-kadang sehingga dia sendiri menyuruh Amyra untuk berehat. Berbeza dengan kandungan sebelum ini, Amyra juga suka memasak. “Dulu dia tak boleh memasak langsung. Pernah sekali dia minta saya belikan daun sup, saya tersalah beli daun ketumbar. Disebabkan bau daun ketumbar tu, Amyra terus tak boleh memasak. Tapi kali ni, asyik nak masak je. Apa saja yang ada, dia akan masak,” tambah Amar lagi.
Amyra memberitahu yang dari dahulu Amar merasakan bayi mereka lelaki. Tetapi kebanyakan peminat membuat andaian yang dia hamilkan anak perempuan. Amar juga tidak tahu dari mana mereka dapat meneka jantina bayi mereka, tetapi katanya mungkin kerana peminat mahukan mereka mendapat ‘anak sepasang’, sebab itulah rata-rata peminat mengatakan yang kandungan isterinya itu adalah bayi perempuan.
Apabila ditanyakan tentang nama anak, Amyra mengatakan yang mereka akan mula berbincang selepas pendedahan dibuat. “Letih dua bulan rahsia dengan Amar ni. Sebelum ini nak cerita apa-apa pun tak boleh, termasuklah nak rancang nama anak. Jadi, balik ni kami bincang tentang tu,” kata Amyra. Tambahnya lagi, hanya ibu dan adik-adiknya serta doktor yang tahu tentang jantina anak keduanya. Suaminya langsung tidak tahu dan bukan mudah untuk dia merahsikan hal sebesar ini daripada pengetahuan suaminya.
Ada juga doktor beritahu, kandungan kali ini lebih besar dar Anaqi dulu. Berat badan saya pun naik banyak kali ini. Badan pun rasa lebih letih,” cerita Amyra. Kata Amar, untuk kandungan kali ini Amyra lebih banyak letih dan alahan berbanding dahulu. Walaupun nampak semua perbezaan itu, Amar tetap merasakan kandungan isterinya adalah lelaki kerana Amyra cenderung ke arah itu.
“Dia tengok nama lelaki, lepas tu cara bercerita pun macam baby boy. Rupanya semua itu lakonan dia untuk mengelirukan saya,” tambah Amar lagi.
Pa&Ma mendoakan agar setiap urusan anda berdua dipermudahkan dan semoga baby dilahirkan dengan selamat. Amyra dijangka akan bersalin pada bulan Februari 2020 nanti. Tahniah buat Amar dan Amyra!
Mereka bukan sekadar penumpang mereka adalah anak, sahabat, bakal guru pembawa harapan bangsa. Tapi dalam sekelip mata, semuanya diragut dalam tragedi yang tak terjangka. Bas yang sepatutnya membawa mereka pulang, akhirnya membawa sebahagian daripada mereka kepada titik akhir kehidupan.
Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan Ilahi. Siapa kita untuk menafikannya. Difahamkan bahawa seramai 44 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah memberikan nama untuk menaiki bas berkenaan. Namun, dua daripada mereka dikatakan tidak berbuat demikian, menjadikan jumlah penumpang ketika kejadian hanya seramai 42 orang.
Menceritakan pengalaman seorang penuntut yang tidak menaiki bas tersebut, dia yang dikenali sebagai Alia meluahkan rasa terkejut dan sedih selepas menerima berita tragis mengenai kemalangan yang melibatkan rakan-rakan universitinya.
“Sekitar jam tiga pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa bas yang membawa rakan-rakan terlibat kemalangan, sepatutnya saya juga menaiki kenderaan berkenaan.
“Memang terkejut, terkedu mendengar rakan-rakan terbabit dengan kemalangan. Malah, ramai juga menyangka saya berada dalam bas itu memandangkan nama saya ada,” katanya.
Menurut laporan media tempatan, Alia sepatutnya menyambut Hari Raya Aidiladha di Setiu, Terengganu dan dijadualkan pulang bersama-sama rakan-rakannya dengan menaiki bas yang sama.
Namun, Alia membuat keputusan untuk mengubah perancangan dengan pulang ke kampus lebih awal dan menyambut Hari Raya Aidiladha di tempat pengajian, sekali gus menyelamatkan dirinya daripada tragedi yang tidak diduga itu.
“Saya sepatutnya menyambut Aidiladha di Setiu, Terengganu dan akan pulang dengan menaiki bas bersama-sama malam tadi, namun saya ubah perancangan untuk pulang ke kampus lebih awal.
“Namun, pagi ini ramai yang menghubungi kerana menyangka saya juga berada dalam bas,” katanya.
Alia yang juga pelajar tahun pertama itu berkata, kesemua mangsa yang berada dalam bas berkenaan berasal dari Besut dan Setiu, Terengganu.
Terdahulu, SinarPlus melaporkan bahawa seramai 15 pelajar universiti terbabit disahkan maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua orang boleh cakap macam-macam, tetapi yang tak berada dalam situasi ini mereka tak akan faham. Ibu mana sanggup serahkan anak dikandung selama 9 bulan sebelum ini kepada pengasuh yang sanggup menganiayai sehingga pergi buat selamanya andai dia tahu hal sebenar.
Seperti kejadian yang berlaku pada arwah adik Afiq, 9 bulan yang dianiayai oleh suami pengasuh sendiri sehingga sanggup meliwat dan menekup mulut arwah ia benar-benar meninggalkan trauma buat seluruh ahli keluarganya. Walaupun kejadian ini akan dilupakan seiring dengan peredaran masa, tetapi bagi ibu yang melahirkan Afiq, sampai bila-bila akan diingat.
Menerusi perkongsian Robiatul Adawiah, selepas kejadian yang berlaku itu, bertalu-talu soalan yang ditanya orang ramai sehingga hatinya sedih.
Berjiran dengan pengasuh
Ramai yang tanya, tak siasat dulu ke sebelum hantar? Tak tanya jiran-jiran dulu ke pengasuh ni macamana? Tak kan la tak tahu mereka penagih dadah?
Tuan-tuan, puan-puan..
Andai saya tahu mereka penagih dadah tak gila saya pergi hantar anak kami pada dia. Secara fizikal tengok diaorang tak macam penagih pun, saya selalu berborak dengan pengasuh elok je.
Tak ada pula macam orang penagih. Dah lama kami berjiran. Saya jiran yang paling dekat, rumah saya dengan rumah dia sebelah je, jalan seminit pun tak sampai. Kalau jiran sebelah rumah tak tahu jiran yang lain lagi lah tak tahu.
Ada juga yang komen “walaupun saya bergaji besar saya sanggup berhenti kerja jaga anak”. Motif awak cakap macam tu???
Kita semua berbeza. Saiz kasut kita pun berbeza. Jangan bandingkan saya dengan awak. Mungkin suami awak bergaji besar.
Kalau tak mampu nak bagi semangat kat saya tolong jangan downkan saya.
“Kakak selalu cium baju adik..”
Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru Puan Robiatul Adawiah juga, lagi bertambah sayu melihat si kakak yang sangat-sangat merindui adiknya. Tengok kakak macam ni ibu sedih sangat. Dia masih tak boleh terima adik dia dah tak ada.
Kakak seolah-olah masih tak dapat terima pemergian adik. Walaupun dah diberitahu adik dah tunggu di syurga, rindu kakak tiada penghujungnya.
Lagi bertambah sebak melihat si kakak mencium baju arwah adik benar-benar buatkan sesiapa pun boleh menitiskan air mata.
Diharapkan akan ada keadilan buat arwah adik Afiq dan seisi keluarga terus tabah melalui ujian ini. Percayalah Allah akan hadirkan sinar kegembiraan di penghujungnya nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!