Bayangkan pagi biasa yang penuh tawa jadi panik bila bayi tiba-tiba muntah, cirit-birit tak henti, dan lemah tak bermaya. Ramai mak ayah akan fikir, “Ala, mungkin salah makan.” Tapi tahukah anda, ini mungkin bukan kes biasa. Ini mungkin ROTAVIRUS — sejenis jangkitan virus yang sangat common tapi boleh jadi sangat merbahaya terutama kepada bayi bawah 5 tahun.

Rotavirus ni bukan bakteria, tapi virus yang menyerang sistem pencernaan. Ia tersebar sangat mudah melalui tangan, barang mainan, makanan, malah permukaan yang tercemar dengan najis. Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti biasanya akan alami cirit-birit teruk, muntah, demam dan sakit perut. Nampak macam sakit perut biasa, tapi sebenarnya boleh jadi serius.

Si Kecil Nampak Macam Cirit Biasa, Tapi Bahaya Kalau Dibiar!

Kenapa Bahaya Untuk Bayi?

Masalah utama bila dijangkiti rotavirus ialah dehidrasi. Bila badan kecil kehilangan terlalu banyak air sebab muntah dan cirit, mereka boleh jadi lemah, lesu, dan lebih teruk — boleh bawa maut kalau tak dirawat cepat. Bayi belum pandai nak cakap mereka haus atau penat, jadi tanda-tanda dehidrasi tu kadang susah mak ayah nak cam.

Ads

Antara tanda bahaya dehidrasi:

  • Bibir kering dan pecah

  • Mata cengkung

  • Kurang air mata bila menangis

  • Kurang kencing atau lampin kering

  • Terlalu lemah atau mengantuk luar biasa

Tanda-Tanda Rotavirus 

Gejala biasanya muncul 1–3 hari selepas terdedah kepada virus. Perhatikan jika bayi anda mengalami:

Ads
  • Cirit-birit cair yang banyak & kerap

  • Muntah lebih dari 2 kali sehari

  • Kurang menyusu atau menolak makanan

  • Demam

  • Kurang aktif atau kelihatan sangat letih

  • Menangis tanpa air mata

  • Kurang buang air kecil (lampin kering lebih dari 6 jam)

Jika 2 atau lebih gejala ini berlaku, segera bawa ke klinik atau hospital.

Boleh Elak Tak Rotavirus Ni?

YES! Dan langkah paling powerful ialah vaksin rotavirus. Di Malaysia, vaksin ni tak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan, jadi mak ayah kena ambil inisiatif sendiri. Vaksin ni selamat dan berkesan, diberikan secara oral (titisan ke mulut), biasanya sebelum bayi berusia 6 bulan.

Ads

Selain vaksin, kena amalkan kebersihan yang ketat:

  • Basuh tangan dengan sabun (bukan air je!)

  • Bersihkan mainan anak dengan kerap

  • Hati-hati bila tukar lampin – basuh tangan selepas tu

  • Jangan kongsi botol, sudu, puting dengan anak lain

Antibiotik tidak berkesan, kerana ini adalah jangkitan virus, bukan bakteria.

Rotavirus bukanlah sekadar “masalah perut” biasa. Ia boleh menyebabkan bayi kehilangan cecair dengan cepat, dan jika tidak dirawat, membawa kepada komplikasi yang serius. Ramai yang ingat rotavirus ni ‘biasa je’ sebab semua orang pernah cirit-birit masa kecil. Tapi bila melibatkan bayi, especially bawah 1 tahun, sistem badan mereka belum cukup kuat. Jangan tunggu sampai terlambat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI