Kurang tidur siang bermaksud si kecil sudah membesar menjadi seorang kanak-kanak. Tetapi bagaimana untuk mengetahui jika mereka sudah bersedia untuk perkara tersebut?
Keperluan tidur siang
Berbeza dengan bayi, anak yang semakin membesar biasanya akan memilih untuk bermain sepanjang hari. Ini bermakna ada kemungkinan mereka langsung tidak tidur siang atau napping mahupun hanya melelapkan mata pada waktu siang dalam tempoh yang sekejap.
Umumnya, keadaan ini adalah perkara biasa seiring dengan peningkatan usia anak. Berita baiknya, apabila anak kurang tidur pada waktu siang, mereka akan lebih cenderung dan mudah untuk memejam mata dengan lena sepanjang malam.
Ini maknanya anda juga boleh melelapkan mata pada waktu malam dengan lebih nyenyak, kan?
Namun sebagai ibu bapa, pastinya anda ingin betul-betul memastikan bahawa anak sudah tidak memerlukan tidur pada waktu siang atau ia hanya akan mengundang tantrum.Dan mungkinkah ada cara yang boleh anda lakukan untuk membantu melancarkan peralihan itu?
Bersediakah anak?
Secara realitinya, tiada peraturan tetap yang dapat menentukan bilakah masanya anak anda tidak lagi memerlukan tidur siang. Ini kerana sama seperti proses tumbesaran yang berbeza bagi setiap anak, keperluan tidur pada waktu siang juga adalah berlainan.
Oleh itu, anak anda mungkin akan berhenti napping lebih awal berbanding rakannya atau lebih cepat daripada adik-beradiknya yang lain. Ia adalah bergantung kepada anak itu sendiri, tahap tenaga, kuantiti rehat di malam hari dan berapa aktifnya mereka pada waktu siang.
Namun dikatakan kebanyakan anak kecil tidak akan berhenti tidur siang sehingga mereka mula melangkah ke alam prasekolah.Menurut National Sleep Foundation (NSF) menganggarkan bahawa hanya sekitar 50% kanak-kanak masih perlu melelapkan mata pada waktu siang di usia 4 tahun dan hanya 30% ketika berumur 5 tahun.
Perbezaan antara anak yang napping dan tidak adalah, mereka yang tidak melelapkan mata pada waktu siang akan mendapatkan masa tidur yang lebih banyak di malam hari.
Ads
Apa yang penting kebanyakan kanak-kanak disarankan untuk memenuhi keperluan tidur berkualiti untuk tempoh 12 jam sehari.
Jadi ibu perlu pastikan anak mendapat masa melelapkan mata yang cukup ya?
Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak akan berhenti napping pada usia 4 tahun. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar berasakan tempoh tersebut mungkin masih terlalu awal.
Sekiranya si kecil dengan mudah dapat memejamkan mata waktu siang, ini bermakna mereka masih memerlukan tempoh rehat tersebut. Pun begitu, sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda di bawah, sesi melelapkan mata pada waktu siang mungkin tidak lagi diperlukan.
Cuma berikan mereka tempoh untuk berehat daripada bermain atau aktif di siang hari.
1. Mempunyai emosi yang stabil
Anak anda mempunyai personaliti konsisten bermula daripada bangun pagi hingga ke waktu malam, walaupun berdepan hari yang sibuk. Si kecil pastinya mengalami emosi pasang surut sepanjang hari.
Namun untuk anak yang sudah bersedia untuk berhenti tidur siang, emosi mereka biasanya lebih stabil.
Ads
2. Mengalami kesukaran untuk memejamkan mata pada siang hari
Apabila anda meminta mereka untuk melelapkan mata pada waktu siang, mereka jarang tertidur. Bahkan, mereka tampak gelisah. Itu tanda anak sudah bersedia untuk berhenti napping.
3. Napping mengganggu rutin tidur malam
Apabila anak melelapkan mata pada waktu siang, mereka akan menjadi sukar untuk tidur di malam hari. Mereka mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk lena atau akan terjaga lebih awal daripada sepatutnya.
4. Lena malam lebih mudah tanpa tidur siang
Walaupun anak tidak memejamkan mata pada siang hari, mereka dapat melelapkan mata pada waktu yang munasabah dan lena sepanjang malam.
5. Tidak mengalami keletihan sepanjang hari
Adakah si kecil mudah tertidur ketika dalam perjalanan kereta singkat setelah berhenti napping? Anda perasan anak sering menguap, menggosok mata atau mudah emosi pada siang hari?
Ads
Kesemua itu adalah tanda-tanda anak terlalu letih dan mereka mungkin masih memerlukan tidur siang.
6. Proses tumbesaran baik
Anak dapat belajar perkara baharu dengan mudah dan boleh memberikan tumpuan mengikut jangka masa sesuai pada tahap usia mereka. Mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menderita selesema atau sebarang masalah kesihatan lain.
Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk berhenti melelapkan mata, ia adalah proses berperingkat dan mustahil untuk terjadi dapat sekelip mata. Sekiranya anak tidak lagi perlu memejamkan mata pada waktu siang, mereka akan lebih mudah melelapkan mata di malam hari dan lena sepanjang malam.
Ini sekali gus menjadikan rutin anak untuk memejamkan mata lebih mudah bagi anda. Walaupun ada sesetengah kanak-kanak boleh berhenti daripada tidur siang dengan sendiri, namun dorongan daripada anda sebagai ibu bapa mungkin masih diperlukan.
Anak akan perlahan-lahan dapat menyesuaikan diri dengan kurangnya kuantiti tidur pada waktu siang. Tetapi harus diingatkan, ini bermakna mereka perlu untuk melelapkan mata dengan lebih lama pada waktu malam.
Jadi ibu ayah perlu bersedia untuk menyesuaikan rutin jadual baharu ini!
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka?
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Caranya:
1. Masa berkualiti.
Masa di mana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau komen di facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar-kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan?
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak.
2. Pelukan dan sentuhan
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak.
3. Urutan
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis di samping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan.
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun.
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan perkembangan yang baik dari segala aspek.
Tidur berdiri banyak berlaku, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Mungkin kerana tahan mata tak mahu tidur atau badan terlalu letih.
Anak comel Shukri Yahya & Tya Adnan ini selalu beraksi comel. Baru berusia 2 tahun, Ameena nampak pintar dan ceria.
Terbaru, Aaira Ameena tertidur di kerusi dalam keadaan berdiri dengan bersandar kepada sebuah kerusi lengan. Video ini telah dimuat naik ke Instagram si cilik ini dengan kapsyen;
Dah bosan tidur baring…. tidur berdiri pulak lah ?
Tidur dalam keadaan berdiri memang banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Aksi cute dan comel Ameena ini menarik perhatian para netizen. Ramai yang kata ia lucu dan menghiburkan.
Bila melarang anak biarlah berpada-pada. Melarang anak bermain kotor tidak ada salahnya. Akan tetapi jika cubaan yang dibuat oleh anak kecil kita ada kebaikan dan mampu merangsang motornya, apa salahnya kan?
Anak sebenarnya makin kreatif bila otaknya ligat berfikir ketika dia bermain atau fokus kepada sesuatu. Messy play antara aktiviti yang mampu merangsang perkembangan motor dan sensori anak kecil kita. Kotor sikit-sikit tak apa.
Perkongsian Dr Ain Zul di facebooknya ini memang menarik. Malah menurutnya lagi, sensory play juga boleh dibahagikan kepada ‘Dry Play’ dan ‘Messy Play’. Jom cuba pada anak di rumah.
Sebenarnya, sensory play jugak boleh dibahagikan kepada ‘Dry Play’ dan ‘Messy Play’. Dry Play kita guna bahan yang kering, boleh bermain dalam rumah dan tak mengotorkan anak contohnya guna beras, biji kacang, play doh dan sebagainya.
Kalau Messy Play pulak mestilah sinonim dengan namanya, wajib kotor dan bersepahkan so better main di luar rumah
So untuk post kali ini, memang mummy nak share dengan mommies semua aktiviti yang wajib cuba bersama anak, senang dan mudah.
1. PLAY WITH STICKERS & GLUE
Akan asah skill – Kekuatan tangan melalui gerakan motor halus dan kekuatan small muscles di bahagian tangan waktu anak cuba cabut sticker dan tampalkan. – Sentuhan: Bahagian yang licin, bahagian yang melekat – Body Awareness: Tampal sticker di bahagian badan sambil mengenal anggota badan – Penglihatan: Skill diperlukan untuk membaca, mencari barang dalam bilik yang crowded
Contoh kesan pada perkembangan kalau tidak didedahkan – Ganggu pembelajaran contohnya kerja yang perlu menggunakan gam, anak jadi geli nak pegang gam bila nak tampal sesuatu – Tak pandai pegang gunting atau pen dengan betul – Lambat nak butangkan baju sendiri
2. PLAYING WITH COLOURS – contohnya Aileen main cat dan warnakan kotak
Akan asah skill – Penglihatan – Komunikasi percakapan – Asas kepada pengenalan huruf dan nombor – Body awareness – Pergerakan motor kasar bila anak bangun dan duduk – Sentuhan
Contoh kesan pada perkembangan kalau tidak didedahkan – Lambat mengenal huruf dan warna – Anak tak suka bila pegang benda yang kotor
3. BERMAIN DENGAN DOH / TANAH LIAT/ PASIR
4. MERANGKAK DALAM TEROWONG/TUNNEL
Akan asah skill – Pemerhatian dan daya berfikir, menjana minda dan kreativiti anak dan meningkatkan kemahiran mengikut arahan – Bantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan dan mata – Sentuhan melalui tekstur bahan – Bantu mengenal warna – Sosial – Kuatkan motor kasar anak
Contoh kesan pada perkembangan kalau tidak didedahkan – Anak jadi picky eater, sebab dia geli dengan jenis tekstur makanan, kebiasaannya nasi sebab lembik – Memilih nak pakai baju, kalau satin taknak sebab lembut – Ganggu proses nak toilet training – sebab anak geli nak basuh poo poo sendiri? – Geli pegang pasir, pijak rumput – Kurang gemar aktiviti yang banyak kena move around, lebih prefer duduk diam
So let them enjoy their childhood time mommies Let them play Let them explore Let them get messy Sesungguhnya bermain tu fitrah seorang anak kecil. Kita semua dulu pun pernah main kotor hehe.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...