Selalu kita disajikan dengan ikan siakap stim limau dan siakap tiga rasa. Bosan dengan dua resipi kebiasaan ini, apa kata kita olah dengan menu yang lebih sihat buat anak-anak di rumah. Resipi Ikan Siakap Chinese Style ini cukup istimewa kerana dihidangkan dengan cara yang cukup mudah dan ringkas proses masakannya.

Paling istimewa kerana ia merupakan air tangan istimewa Superdaddy, Khairul Abdullah yang dibuat dengan kasih sayang buat anak-anaknya. Nak tahu bagaimana rasa powernya siakap ala cina ini, jom kita cuba. Memang padu!


Ehhh peminat ikan siakap, jomlah masak cara lain pulak. Asyik siakap stim limau jer kan? Aku dah repeat banyak kali menu ni. Layan baqhang. So semalam aku singgah kedai Aceh beli siakap dengan sedikit bahan lain untuk masak tengah hari ni.

Modal tak sampai RM12 pun. Aku dah pernah share sebelum ni, bagi yang terlepas dan yang belum pernah rasa, jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah ni. Mudah sangat aihhh.

Bahan-bahan untuk projek hari ini ialah:

1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam

IKLAN

1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.

2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu tak nak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.

3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.

4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.

5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.

6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.

7. Siap dan hidangkan.

Oihh mudah kemain kan? Korang cubalah.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents