Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdullah, 63, dan isteri, Zai Izzati Khiruddin, 27, sepakat memilih tarikh cantik, 22 Februari depan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kelimanya.
Tidak hanya berkongsi tarikh kelahiran, bahkan bapa kepada empat cahaya mata ini juga sudah punya nama istimewa untuk buah hati kelimanya itu.
Menurut kata Datuk Jamal lagi, isterinya dijangka bersalin pada 28 Februari ini, namun isterinya sanggup melahirkan anak secara pembedahan kerana mahu mendapatkan tarikh kelahiran ‘cantik’ itu.
“Jika diikutkan, isteri akan bersalin pada 28 Februari. Namun, Insya-Allah, Zai melahirkan anak secara pembedahan pada 22 Februari ini.
“Tarikh 22 Februari dipilih kerana angka cantik. Tetapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang,” katanya berkongsi.
Pilih nama Iskandar Rayyan Yamani
Tidak hanya berkongsi tarikh bahkan Datuk Jamal dan isteri juga sudah punya nama indah buat si comel kesayangan mereka.
Ads
Pasangan ini sepakat memilih nama Iskandar Rayyan Yamani buat putera mereka kelak.
Mengulas mengenai pemilihan nama itu, penyanyi yang sentiasa dekat di hati dengan nyanyiannya yang merdu ini juga memilih nama itu kerana sangat unik di mata mereka.
“Pada mulanya hendak letak nama Iskandar Zulkarnain. Namun, nama itu sudah biasa didengar. Jadi, kami pilih Iskandar Rayyan,” katanya.
Sedia kembali jaga bayi
Walaupun diusianya 63 tahun, namun kata Datuk Jamal lagi dia tidak lokek membantu isterinya menjaga dua anak mereka dan kini kembali bersedia untuk menimang cahaya mata baru.
Ads
Semuanya kerana tidak sanggup melihat isteri terbeban menjaga dua anak kecil mereka, Nur Azura Yamani dan El Issac Yamani.
“Memang ‘stress’ hendak kembali menjaga bayi. Tetapi, hendak buat macam mana, kenalah sentiasa saya bersiap sedia.
“Saya fikir, orang rumah saya pun bersusah payah kiri dan kanan menjaga anak. Pembantu rumah kami pun tahun ini sahaja sudah empat orang berhenti kerja.
Terdahulu, Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3 tahun dan El Issac Yamani yang kini berusia 1 tahun lebih.
Datuk Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit foto: @zaiizattidja
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila mama atau papa nampak sedih atau kepenatan pulang dari kerja, ada anak yang tanpa disuruh datang dan membawa segelas minuman. Rasa sejuk hati, hilang rasa penat lelah dan tekanan seharian.
Apakah ada antara anak-anak anda yang bersikap begitu? Menurut Dr Redza Zainol, jika ada si kecil anda yang bersikap begini boleh jadi secara tidak sedar anda telah mendidik mereka dari kecil untuk jadi anak yang penyayang.
Namun untuk membuatkan sifat tersebut lebih kuat dan cepat, beliau sarankan mama papa buat 5 perkara yang dinyatakan di bawah:
Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?
Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :
✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Bila dah nampak anak kita dah mula ada ciri kanak-kanak penyayang ni, sebaiknya buat 5 benda ni supaya sifat penyayang tu jadi makin kuat dengan cepat :
👉🏻 Beri contoh teladan yang baik. Bila mak ayah bercakap yang baik dan hormat pada semua orang, anak kita sedang memerhati.
👉🏻 Ajar anak tentang berkhidmat untuk orang lain. Contohnya : Menderma, volunteer untuk berkhidmat pada orang yang memerlukan.
👉🏻 Ajar anak tentang Self Care. Kita hanya boleh berikan benda yang kita ada pada orang lain. Kalau anak sayang pada diri sendiri, barulah dia boleh sebarkan rasa sayang tu pada orang lain pula.
👉🏻 Puji secara spesifik. Bila anak berbuat baik, terus puji anak. Fokuskan pujian tu pada emosi gembira anak bila dia buat perkara yang baik.
Contoh : Mama suka kakak kongsi permainan ni dengan budak perempuan tu. Seronokkan bila dapat main sama-sama. Esok kita datang, bolehlah main sama-sama lagi.
👉🏻 Biarkan anak (termasuk anak lelaki) tolong kita di rumah. Contohnya :
– sapu lantai
– masukkan baju dalam mesin basuh
– kemas permainan sendiri.
– susun pinggan dan cawan atas meja
Jom #sebarkan ilmu ni pada pasangan dan mak ayah yang lain juga
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
“Apabila dokumen itu dibawa kepada JPN nanti, kita akan tahu sama ada ia sahih atau tidak. Anak yang dilahirkan pada tahun depan akan mendapat sijil kelahiran versi baharu itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempena Hari Pendaftaran Negara 2022.
Hamzah bagaimanapun menjelaskan, sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.
Sementara itu, JPN dalam kenyataan sempena program berkenaan pula memaklumkan, sebanyak 38 dokumen keselamatan jabatan itu termasuk sijil kelahiran dan daftar perkahwinan, ditingkatkan ciri keselamatan bermula tahun depan bagi menjaga aspek ketulenan.
Menurut JPN, antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah pada reka bentuk dokumen, kertas digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan. – BERNAMA
Setiap kehamilan tentunya mempunyai perjalanan dan cerita yang tersendiri. Begitu juga yang dialami oleh Nieyl Jailani atau lebih dikenali dengan Nieyl Mentor. Baru-baru ini penyanyi ini berkongsi kepada umum tentang kehamilan anak ketiganya di Instagram.
Menurut Nieyl, kandungan yang memasuki usia 18 minggu itu berdepan pelbagai pancaroba di awal kehamilan.
“Alhamdulilah.. Doakan Nieyl.. Dunia penuh pancaroba.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Zaman sekarang, fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan – ia satu keperluan. Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah. Jangan...