Betullah orang kata ayah adalah cinta pertama di hati anak perempuan. Layanan yang diberikan sejak kecil bukanlah suka-suka tapi ia antara salah satu sebab untuk memastikan anak perempuan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Mungkin bagi seorang ayah melakukan kejutan di hari jadi anak sesuatu yang sukar, namun bagi Aeril Zafrel yang memang dikenali sebagai ayah yang penyayang dan suami romantik, sambutan hari jadi anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang genap tiga tahun semalam buatkan ramai netizen terharu cara layanannya.
Video yang dimuat naik itu menunjukkan Aeril mendukung Hayla dengan mata yang bertutup ke sebuah bilik yang ditunggu Wawa dan anak lelakinya, Ahmad Fakhruddin Attar.
Aeril turut meluahkan perasaannya semalam dengan menyatakan siapa agaknya yang akan menjadi pengganti ayah di hati Hayla nanti.
Ads
Nampaknya Aeril dah fikir jauh mengenai masa depan Hayla dan risau lelaki yang akan bertakhta di hati anak perempuannya nanti tak boleh memberi kebahagiaan sama seperti apa yang dilakukannya pada Hayla.
Bagi Aeril anak-anak adalah keutamaannya dan setiap apa yang dilakukan semuanya untuk melihat senyuman di wajah mereka.
Rakaman video itu ditonton lebih 800,000 dan semua netizen sebak melihat cara Aeril yang betul-betul sebagai hero di hati anak perempuannya itu.
Ads
Sweetnya Ayah, Untung Hayla!Mengalir Air Mata Tengok Ayah Anak Ni
Pendarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ia boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah
Apakah yang menyebabkan hidung berdarah?
Terdapat banyak sebab termasuk:
Sejuk dan alahan.
Jangkitan pada salur hidung (sinus).
Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing di dalam hidung.
Dinding tengah hidung senget.
Ketumbuhan di dalam hidung (contoh: polyps, tumor).
Penyakit lain yang berkaitan (contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia [bilangan platlet yang rendah] dan penyakit darah contoh hemophilia).
Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
Tindak balas bahan kimia.
Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.
Apakah tanda dan gejala?
Apakah rawatan untuk hidung berdarah?
Langkah kecemasan:
Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.
Rawatan bergantung pada sebab-sebab:
Bagaimanakah anda mengelakkan daripada hidung berdarah?
Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.
Apakah komplikasi?
Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum hidung untuk mengelakkan terjadinya hidung “saddle” (berbentuk pelana kuda).
Apakah telahan atau ramalan tentang penyakit ini (prognosis)?
Bergantung pada sebab – sebab pendarahan. 90% pendarahan meningkat daripada kawasan “little” (bahagian hadapan septum hidung) dan peluang untuk sembuh adalah tinggi.
Ada yang tanya, bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin. Sebenarnya ia ikut bila ibu bapa boleh latih anak.
Sebaik-baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa-apa gaya/cara untuk beritahu mereka nak berak atau kencing.
Macam mana nak ajar anak toilet train?
1. Kena cakap betul-betul kat dia.
Kalau nak kencing, cakap nak kencing. Bukan mommy, nak ‘cing’. Nanti kita salah dengar ingat dia sebut kucing. Kat rumah ni pula ada banyak kucing. Macam tu juga nak buang air. Mommy, nak berak. Bukan mommy nak ‘yak’.
2. Kerap bawa dia ke toilet at least 2jam sekali atau tetiba nampak dia cari port nak membuang.
Contoh, ada anak ni kita dah tau dia kalau nak membuang, dia akan ke satu sudut untuk ‘bertelur’. Jadi kita dh dapat agak dia nak buang air atau posisi biasa dia masa memerut macam mencangkung atau apa pun posisi dan daya. Maka, angkatlah ke tandas segera.
3. Boleh beli toddler potty training toilet chair seat jika mahu atau potty training toilet seat yang lembut tu. Ada warna warni aidilfitri dan bermacam-macam gambar untuk tarik minat anak untuk ke tandas. Selain tu, saiz dia mesra punggung anak. Takdelah anak terjerumus ke lubang tandas. Lain cerita pula nanti.
4. Beli underware yang dia suka. Contoh berkartun-kartun, ada upin ipin, ultraman, superman, boboiboy dan lain-lain lagi. Nanti dia seronoklah bertoilet train. Sebab pampers pun tak beraneka kaler macam tu.
5. Keraplah tanya dia nak ke tandas ke tak. Kalau agak lama tak ke tandas tu, bawalah dia kesana. Takutlah dia ni tahan dari membuang sebab takut kena marah kalau karpet basah.
6. Masa nak toilet train anak, elakkanlah pasang karpet mahal kat dalam rumah/ruang tamu. Nanti karpet mahal basah, anak pula kita sesah.
7. Latih anak 3 hari pertama dengan sela masa berbeza.
– Hari pertama contoh bawa anak setiap 30 min sekali.
– Hari kedua bawa setiap satu jam sekali.
– Hari ketiga, bawa setiap 2jam sekali.
Pastikan masa train tu, betul-betul ZERO pampers.
– Waktu malam pula, elakkan bagi anak minum air yang banyak waktu malam supaya dia tidak kerap kencing malam. Pastikan anak kencing dahulu sebelum tidur dan ingatkan berkali-kali yang dia tak pakai pampers malam tu. Buat latihan sekurang-kurang dua minggu.
8. Elakkan marah anak kalau dia terkucil di lantai/seluar. Nanti elok dia nak beri kerjasama, tetiba dia mogok. Paling koman dia tahan pula nak membuang. Ada tu terkucil bila dengar suara tarzan mak dan ayah.
9. Sabar. Kalau minggu ni gagal, minggu depan cuba lagi.
10. Jangan lupa pula ajar anak cara cuci kemaluan selepas membuang. Bab buang air besar tu mungkin kita boleh lagi bantu kan.
11. Bagi rewards pada anak bila melepasi fasa latihan tertentu supaya anak seronok.
12. Jangan bezakan anak orang lain, anak-anak sebelum dengan anak sekarang. Sebab budak-budak ni perkembangan berbeza-beza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia moden yang serba pantas ini, ramai ibu bapa sering terperangkap dengan tekanan akademik hingga terlupa bahawa pembangunan anak-anak bukan sekadar tentang buku dan gred. Video dari saluran Bintang Kecil bertajuk “Wehh Power Betul ‘SKATEBOARDER’ Cilik!” menjadi satu tamparan manis buat kita — mengingatkan bahawa minat dan bakat anak-anak perlu disokong sejak kecil,bukan hanya bermain, tapi berkembang sebagai individu yang berani dan yakin diri.
Apa yang paling menyentuh dalam video ini bukan hanya aksi mereka atas papan skateboard, tetapi kehadiran dan sokongan penuh dari ibu bapa mereka. Di usia semuda enam dan sembilan tahun, mereka berani mencuba aksi-aksi mencabar kerana tahu ada insan tersayang di sisi yang percaya pada mereka. Ini menunjukkan bahawa sokongan emosi dan kepercayaan ibu bapa mampu menjadi ‘bahan bakar’ yang menggerakkan potensi luar biasa dalam diri seorang anak — tak kira apa minat mereka.
Skateboarding, walaupun sering dilihat sebagai aktiviti santai atau hanya untuk berseronok, sebenarnya mendidik banyak nilai penting. Anak-anak belajar tentang keseimbangan, ketekunan, ketahanan mental bila jatuh, dan semangat untuk bangkit semula. Ia bukan sekadar aktiviti fizikal — ia adalah latihan kehidupan yang sangat bernilai. Dalam video ini, kita dapat lihat bagaimana mereka membina keyakinan, berani mencuba, dan belajar untuk tidak mudah putus asa.
Video ini memberi mesej jelas: bila anak dibenarkan mengejar minat mereka, mereka bukan sahaja gembira, malah boleh cemerlang dalam cara yang kita sendiri tak jangka. Mungkin bukan semua akan jadi atlet profesional, tapi nilai yang diperoleh dari proses itu — seperti disiplin dan semangat kerja keras — adalah pelaburan jangka panjang dalam pembentukan sahsiah mereka. Bayangkan generasi masa depan yang dibentuk bukan dengan tekanan, tetapi dengan sokongan dan galakan untuk jadi versi terbaik diri mereka.
Sebagai ibu bapa, mungkin sudah tiba masanya kita bertanya semula — adakah kita benar-benar mendengar suara hati anak-anak kita? Video ini mungkin hanya beberapa minit panjangnya, tetapi impaknya cukup besar untuk membuka mata dan hati kita. Mari jadi penyokong nombor satu dalam hidup anak-anak, bukan pengkritik pertama. Siapa tahu, di bawah topi keledar dan atas papan selaju itu, tersembunyi bintang masa depan yang hanya menunggu untuk bersinar… dengan izin dan sokongan kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.