Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita merancang untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak. Kebanyakan ibu bapa mengambil inisiatif untuk membuat simpanan bagi kemudahan pembelajaran anak-anak pada masa hadapan. Banyak perkara perlu diberikan pertimbangan sebelum ibu bapa memilih cara simpanan wang yang terbaik.

Salah satu pelan penabungan terbaik untuk anak-anak adalah melalui SSPN-i Plus. Dengan pakej serendah RM1 sehari, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan. Melalui SSPN-i Plus, anda akan menikmati semua keistimewaan SSPN-i (kecuali Geran Sepadan dan manfaat takaful Ringgit ke Ringgit secara percuma); kerana pelan ini telah lengkap dengan simpanan dan takaful.

Siapa Sangka, Buat Simpanan Untuk Anak Dapat Pelepasan Cukai

PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI, KEISTIMEWAAN TABUNGAN SSPN

Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan dalam SSPN mula diberikan mulai tahun taksiran 2007 sebanyak RM3,000 setahun ke atas mereka yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan. Menerusi pembentangan Belanjawan 2013, jumlah pelepasan taksiran cukai dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000. Terbaharu, menerusi pembentangan Belanjawan 2019, sekali lagi jumlah pelepasan taksiran cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 setahun.

Kelebihan yang ditawarkan kepada pendeposit ini adalah satu galakan kepada ibu bapa untuk menabung bagi simpanan pendidikan anak-anak. Istimewanya SSPN ini adalah kerana ia satu-satunya produk simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit atau mereka yang membuat simpanan.

IKLAN

Ibu bapa yang membuat simpanan di dalam SSPN-i Plus layak menerima pelepasan taksiran cukai sehingga RM11,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam SSPN-i Plus dan RM3,000 bagi caruman takaful. Bagi pendeposit yang memilih skim pencen layak menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM15,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih dalam SSPN-i Plus dan RM7,000 bagi caruman takaful.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA TAKSIRAN CUKAI INI?

Bagi membolehkan pendeposit layak menerima taksiran cukai ini, ada dua kategori yang perlu diketahui. Yang pertama adalah taksiran berasingan yang memberi pelepasan taksiran cukai maksimum RM8,000 setahun untuk setiap suami dan isteri manakala taksiran bersama pula menawarkan pelepasan taksiran cukai maksimum RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

Siapa Sangka, Buat Simpanan Untuk Anak Dapat Pelepasan Cukai

IKLAN

Jika pendeposit (suami isteri) membuat taksiran cukai secara berasingan, mereka boleh membuka akaun berasingan untuk anak yang sama agar dapat menikmati pelepasan taksiran cukai maksimum sehingga RM8,000 seorang.

Syarat kelayakan bagi mendapat pelepasan taksiran cukai bagi SSPN-i dan SSPN-i Plus ini dikira berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa. Pendeposit juga mestilah terdiri daripada ibu bapa kandung atau ibu bapa angkat atau penjaga sah yang membuka akaun untuk manfaat anak.

 BAGAIMANA UNTUK BUAT SEMAKAN AMAUN?
  • Pendeposit boleh menyemak atau mencetak Penyata Ringkasan Akaun SSPN untuk Pelepasan Cukai di Portal Rasmi PTPTN (ptptn.gov.my). Amaun yang terdapat di dalam penyata ringkas adalah amaun yang layak pelepasan cukai bagi tahun taksiran yang dinyatakan.
  • Maklumat simpanan bersih telah dimasukkan di dalam e-filing (LHDNM) untuk memudahkan pendeposit SSPN yang merupakan pembayar cukai. Penyata Ringkasan Akaun SSPN untuk Pelepasan Cukai juga boleh digunakan sebagai dokumen sokongan sekiranya LHDNM membuat auditan terhadap pelepasan cukai pendapatan bagi SSPN.
 INSENTIF LAIN YANG MENARIK!

 Satu kelainan pada tahun ini kerana PTPTN menyediakan dua cabutan serentak iaitu Cabutan WOW! untuk pendeposit SSPN-i Plus dan Cabutan 15 Tahun untuk pendeposit SSPN-i. Hadiah utama yang ditawarkan Cabutan WOW! SSPN-i Plus adalah berupa kereta Proton X70 Premium manakala untuk Cabutan 15 Tahun SSPN-i adalah berupa wang tunai lebih RM151 ribu. Kedua-dua cabutan ini menawarkan dua kategori cabutan iaitu Cabutan Siri dan Cabutan Tahunan.

IKLAN

Siapa Sangka, Buat Simpanan Untuk Anak Dapat Pelepasan Cukai

Untuk kategori Cabutan Siri, masih terdapat Cabutan Siri Ke-3 iaitu tempoh promosi bermula November hingga Disember 2019 manakala Cabutan Tahunan tempoh promosinya sejak Januari lalu hingga Disember tahun ini.

Jangan bertangguh lagi! Ayuh mulakan sekarang sebelum 31 Disember ini untuk simpanan anak-anak anda bagi mencapai cita-cita mereka ke menara gading. Maklumat lanjut dan pembukaan/penambahan akaun layari www.lovesspn.com.

“Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!”

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI