Seramai 30 bayi daripada 2 kategori telah mencetuskan suasana penuh ceria di One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini. Aksi lincah dan ceria ini telah dapat disaksikan dalam Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 sempena One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad. Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 merupakan pertandingan kali ke 13 dianjurkan oleh Majalah Pa&Ma.
Pencarian yang bermula sejak bulan Februari sehingga Ogos lepas telah melibatkan empat zon iaitu zon utara, selatan, timur dan tengah. Pada masa yang sama penyertaan turut dibuka dalam majalah Pa&Ma bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri sesi pencarian di zon terbabit.
Pencarian yang mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih satu ribu penyertaan daripada pembaca Pa&Ma ini berakhir pada petang hari Sabtu lepas. Para peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu A (bawah setahun) dan B (bawah dua tahun) bagi 30 bayi yang terpilih ke peringkat separuh akhir. Manakala 16 daripada terpilih untuk ke peringkat akhir.
Ads
Ads
Ads
Walaupun kesemua bayi yang terpilih comel belaka tetapi hanya satu pemenang bagi setiap kategori perlu dipilih berdasarkan penilaian dari segi personaliti, kecerdasan minda dan kecergasan fizikal. Siapakah bayi-bayi yang bertuah tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut nama pemenang Bayi Pa&Ma 2014 bagi kedua kategori A & B dapatkan majalah PA&MA isu November yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti menarik disusun buat semua pengunjung. Malah deretan kedai jualan yang terletak di Convention Hall, berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Antara tarikan utama terutama dalam kalangan kanak-kanak adalah Petting Zoo, Rumah Hantu, permainan video AR dan VR, Superkids Face Painting, Zon Doktor Gigi.
Selaku penaja utama Pa&Ma Superkids Fiesta 2019, SSPN juga menyediakan kemudahan kepada ibu bapa untuk terus membuka akaun simpanan anak mereka serta berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah tahunan.
Selain daripada itu pelbagai hadiah menarik juga turut ditawarkan kepada semua yang membuka akaun simpanan SSPN sepanjang tiga hari pesta berlangsung. Ternyata booth SSPN mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dengan tawaran pembukaan akaun serendah RM20. SSPN juga memeriahkan pesta kali ini dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak di pentas utama.
Selain itu SSPN juga turut menjadi penaja pertandingan Himpunan Cita-Cita Pa&Ma yang mendapat sambutan begitu menggalakkan. Seramai 60 orang peserta kanak-kanak berusia dari 4 hingga 12 tahun bergaya dengan pakaian profesion idaman mereka serta mempersembahkan sketsa menarik berdasarkan cita-cita tersebut.
Pertandingan ini bukan hanya mencabar keberanian anak-anak kecil di pentas bahkan mencungkil bakat muda dalam mempamerkan cita-cita yang mereka ingini melalui persembahan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN,
Menariknya kali ini, Pa&Ma menganjurkan tiga acara berbeza khusus untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Ianya berjaya mencungkil bakat kanak-kanak selain daripada majlis ilmu khusus untuk ibu bapa mendidik anak-anak.
Bahkan di booth Pa&Ma sendiri, telah diadakan jualan lelong Kids Pre-loved yang menjual pelbagai barangan bayi, kanak-kanak dan ibu terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta kerjasama dengan butik Tateh seluruh Lembah Klang. Jumlah kutipan jualan tersebut akan disumbangkan kepada golongan asnaf terpilih kelak.
Seminar Keluarga Talk membuka tirai acara dengan membincangkan topik Ibu Bapa Excellent Anak Genius. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi ini berjaya memberikan input berguna kepada semua peserta yang terdiri daripada ibu bapa.
Malah perkongsian penceramah terkenal, Profesor Dr Nik Salida Suhaila, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama moderator selebriti yang juga ibu kepada dua cahayamata, Irma Hasmie mengupas persoalan yang cukup bermanfaat untuk semua peserta. Rata-rata peserta berpuas hati dengan kupasan demi kupasan yang dikongsikan.
Pertandingan Bakat Pa&Ma Cilik pula menyaksikan 16 peserta akhir mempersembahkan bakat masing-masing di pentas utama. Kesemua peserta menunjukkan bakat nyanyian, lakonan dan tarian, bercerita pada acara berkenaan. Banyak bakat-bakat baru berjaya dicungkil menerusi pertandingan ini.
Mereka bukan sahaja menunjukkan pelbagai bakat bahkan turut mempamerkan keberanian dan keyakinan diri anak-anak kecil tersebut untuk membuat persembahn di pentas utama.
Bukan itu sahaja malah sepanjang tiga hari ini, pentas utama juga turut diisi dengan pelbagai aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna, VIP Princess Gathering, Superkids Beyblade Battle yang mencatatkan sejarah tersendiri yang pastinya memberi pengalaman bermakna buat anak-anak yang sedang membesar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.
BERPAKAIAN WATAK SUPERHERO
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga 12 tahun berpakaian watak-watak superhero antaranya Spiderman, Thor, Supergirl, Batman dan Hulk. Lebih manis, acara ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya majalah Keluarga setelah berjaya mengumpulkan kanak-kanak seramai 100 orang!
10 KUMPULAN KANAK-KANAK MEMERIAHKAN ACARA
Setiap kanak-kanak di bahagikan menjadi 10 kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yang dianggotai seramai 10 orang kanak-kanak. Kumpulan berkenaan diberi nama mengikut abjad seperti A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J yang diketuai oleh seorang ketua kumpuan membantu kanak-kanak membuat aksi superhero secara serentak.
Terdahulu sebelum acara, peserta perlu bergaya di booth Pa&Ma dengan sesi fotografi. Acara bermula dengan perarakan masuk kumpulan mengikut urutan abjad ke pentas utama. Kemudian disusuli juga perarakan dengan persembahan Percussion dari Kidzania, Kuala Lumpur yang diiringi oleh 10 orang kanak-kanak superhero. Acara seterusnya memperlihatkan 100 orang kanak-kanak naik ke atas pentas dengan gaya superhero tersendiri.
PERSEMBAHAN SILAP MATA
Dalam pada itu, acara menarik ialah persembahan silap mata dari Kidzania Kuala Lumpur, permainan paper dance dan tiup belon. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Majlis meriah didiserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurusan Nu Ideaktif, Puan Ani Nadila tanda sokongan program kekeluargaan ini.
KING & QUEEN TERPILIH MENJUARAI
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Juara Superhero Jr Gader iaitu dengan gelaran King dimenangi oleh Muhammad Rayyan Rifqi dan Queen: Delisya Dayana. Manakala 10 pemenang paling bergaya dan 10 pemenang paling sporting serta pemenang paper dance dan tiup belon.Majlis diserikan dengan acara potong kek Superhero dengan disusuli laungan ‘We Are The Superhero’.
TERIMA KASIH BUAT PENAJA
Terima kasih kepada penaja seperti Style Charming, Chewies, Dora The Movie, Homepop Corn, SuperPark Malaysia, Kidzania Kuala Lumpur, Restoran Hersha, Kek Lili Jamaluddin dan roti Gardenia. Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyokong penuh penyusuan susu ibu, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bertujuan menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan serta perkongsian pengalaman kepada masyarakat setempat.
Pa&Ma yang sememangnya memperjuangkan penyusuan susu ibu bertindak sebagai media rasmi memberikan sokongan kepada kempen ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh merasmikan program berharap program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepentingan penyusuan susu ibu.
Program setengah hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran umum khususnya pasangan muda mengenai kepentingan penyusuan ibu, memberikan motivasi dan garis panduan untuk penyusuan ibu, menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan khasnya berkaitan wanita kepada masyarakat serta mendekatkan masyarakat setempat dengan staf kesihatan terutamanya daripada Hospital Pengajar UPM (HPUPM).
Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2019 yang bertemakan “Caknakan Ibu bapa, Jayakan Penyusuan” itu diisi dengan pelbagai program seperti forum ‘Eh! Mudahnya Breastfeeding’, peragaan fesyen busana penyusuan, kuiz, kaunseling serta demonstrasi penyusuan dan masakan mesra penyusuan.
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi FPSK turut berkolaborasi dengan Klinik As-Salam dan Pusat Laktasi Kebangsaan, 9 bulan 10 hari serta HPUPM dalam menjayakan program ini.