Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi untuk mendidik anak-anak supaya sentiasa semangat berpuasa dia memberikan ganjaran untuk anak-anaknya setiap hari jika mereka berpuasa penuh.
Fazley yang mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2 hasil perkahwinannya dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007.
“Saya menyediakan sebuah kotak khas ala-ala cabutan bertuah yang mempunyai hadiah misteri untuk tiga orang anak lelaki saya. Sepanjang 30 hari Ramadan, akan ada satu hadiah untuk mereka jika mereka dapat melengkapkan ibadah puasa.
“Setiap kali Ramadan saya memang galakkan anak-anak saya berpuasa penuh. Saya akan siapkan hadiah harian, hadiah mingguan dan hadiah genap sebulan berpuasa sebagai pembakar semangat kepada mereka. Tahun ni pun saya tetap buat yang sama.
Ads
“Ia bertujuan untuk menaikkan semangat dan memberi dorongan untuk mereka berpuasa penuh. Hadiah harian saya berikan sesuatu yang biasa sahaja tetapi untuk setiap akhir minggu, saya berikan hadiah yang sedikit istimewa berbanding hadiah harian,” katanya.
Fazley ditemui di majlis pelancaran kempen Aidilfitri ‘Semanis Syawal MyTown’ di pusat membeli belah MyTown, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Fazley berkata, tiga orang anak lelakinya bersemangat untuk berpuasa penuh bagi mendapat hadiah misteri yang disediakan.
“Kali ni ada kotak khas yang saya masukkan hadiah terus atau kertas untuk ‘clue’ hadiah yang akan mereka dapat. Kali ni antara clue-nya ialah “Big Hugs” atau “Pelukan Besar”.
Ads
“Alhamdulillah, cara yang dilakukannya bersama isteri berkesan dan anak-anak saya untuk berpuasa penuh dan mereka fokus. Mereka juga tidak mahu ponteng puasa untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan,” kata Fazley lagi.
Pernah tak mama alami masalah bila bagi bayi makanan dengan tekstur kasar sikit anak tolak mentah-mentah, langsung tak boleh terima. Begitu juga bila disuruh gosok gigi, anak muntahnya balik dan takut nak cuba lagi. Inilah sebahagian masalah oral over sensitive yang dimiliki anak kita. Bukan salah dia pun.
Mama kena cepat kesan keadaan ni. Sampai bila nak bagi anak makan puri kan? Dr Ain Zul kongsikan tipnya buat mama.
Masalah anak oral over sensitive?
Mummy nak sharing sikit jawapan kepada problem kawan lama mummy ni. Mummy rasa perlu kongsi dengan ibu-ibu lain jugak sebab maybe ada yang anak problem macam ni kan.
Ada dua isu saja yang nak sentuh dalam kes ni:
1) Anak 1yr 9m tolak makanan tekstur kasar, sepatutnya dah boleh makan macam-macam.
2) Frekuensi susu untuk anak umur 1 tahun ke atas (next post insyaAllah akan sharing part ni).
Macam anak kawan saya ni, even berus gigi pun tersangat lah susah rupanya bila ditanya. Actually bukan salah anak tu tau, tapi otak dia dah terima signal kata makanan kasar ni macam bahaya untuk ditelan so dia kena muntahkan balik.
Sama macam berus gigi, dia tak boleh nak tolerate berus bersentuh dengan bahagian dalam mulut. Sebab tu kebanyakkan anak yang ada masalah oral yang over sensitive prefers benda lembut je, macam bubur nasi atau benda yang dia tak perlu kunyah pun. Kira macam boleh telan terus la camtu.
Apa yang parents boleh buat untuk anak yang ada masalah macam ni:
1- Jangan marah kalau anak muntah, buang balik makanan. Jangan bagi anak rasa waktu makan tu waktu yang stressful untuk dia.
2- Encourage untuk makan satu benda setiap masa, jangan paksa. Contoh introduce balik sayur tapi satu persatu.
3- Try finger foods. Kalau sekarang makan bersuap lagi cuba buat makanan dalam bentuk yang boleh anak pegang. Kita tak boleh suap anak sampai dia besar. Ibu kena belajar tengok meja makan bersepah hikhik.
4- Anak yang over sensitive tend to be picky eater dan kadang-kadang dia lapar tak ikut timing. Ibu kena sediakan snack on the go yang berkhasiat.
5- Boleh sediakan makanan anak dalam bentuk yang menarik e.g. bento for kids.
6- Cuba kenalkan makanan yang bertekstur seawal mungkin bila anak dah nampak bersedia. Contohnya, jangan asyik bagi makan puree walaupun anak dah 10 bulan.
7- Gum massage / Oral massage – boleh tengok youtube
8- Ajar anak aktiviti yang banyak guna oral muscles, macam tiup bubbles, tiup cotton balls, hisap air dengan straw.
Ni antara yang boleh ibu ayah buat di rumah. Tapi nasihat mummy, boleh bawak anak jumpa occupational therapist jugak tau untuk dapatkan nasihat. Biasa OT akan assess anak dan offer cara untuk bantu parents yang ada anak bermasalah oral over sensitive. Sebenarnya OT lagi terer nak handle bab ni.
Tapi jangan biarkan lelama anak yang ada problem macam ni. Jangan tunggu anak dah besar baru nak intervene ye parents.
Kredit: Ain Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelik juga bila ada yang bangga berjaya kawal anak sendiri. Bangga anak patuh arahan. Bangga anak tak pandai meminta-minta.
Kesian anak tu!
Bukan kesian sebab kena control tapi kesian sebab mak ayah tak beri peluang pada dia untuk latih kawalan diri ( self-control ) sejak kecil.
Berikut perkongsian dari seorang bapa, Mohd Fhais yang banyak berkongsi tip keibubapaan
Walaupun self-control tak buat anak jadi bijak tapi anak anda boleh jadi lebih berjaya dari budak bijak yang lain jika ada self-control ni.
Begitu besar manfaat anak yang boleh kawal diri sendiri.
Sebabnya;
1 – Disiplin penting kalau nak berjaya. Tanpa disiplin, otak bijak pun jadi sia-sia. Self-discipline terhasil bila anak ada self-control.
2 – Ada kajian mengatakan, anak yang tinggi self-control ni jarang ada masalah kemurungan atau depresi. Bermakna mereka bijak mengawal emosi sendiri.
3 – Berakhlak baik, tak menyampuk bila orang bercakap dan sopan santun depan orang tua. Anak yang kurang ajar tu bukan sebab dia nakal atau jahat tapi puncanya self-control dia lemah. Baiki self-control, nescaya dia akan jadi anak yang baik.
4 – Self-control terbahagi pada 3 kategori iaitu impulse control, emotional control dan movement control. Lengkap ketiga-tiga ni maknanya anak anda dah 50% berjaya dalam hidup dia.
5 – Motivasi tinggi dan tak cepat mengalah. Inilah 2 ramuan penting untuk berjaya. Tanpa motivasi diri jadi lemau, tak bersemangat. Tanpa hati yang cekal tak mudah mengalah, jadi hangat-hangat tahi ayam je la. Mula semangat tapi bila gagal sekali terus mengalah. Semua ni perlukan self-control dalam diri.
Oleh itu mak ayah sekalian, janganlah bangga sangat bila dapat control anak anda. Sebab yang anda berjaya control tu jasad anak sahaja, minda, emosi dan jiwa anak masih lagi “tak terkawal”.
Nak anak ikut cakap anda, anda tak perlu bagi arahan pun. Cukup sekadar jadi “influencer” pada mereka. Jadi orang paling berpengaruh dalam hidup mereka.
Nak anak berubah jadi apa yang anda idamkan? Anda dulu kena ubah diri anda jadi seperti yang anda idamkan.
Kita tak boleh kawal dan ubah orang lain termasuk anak sendiri, tapi kita confirm boleh kawal dan ubah diri sendiri. Ini bukan janji tapi pasti!
Maklumlah kalau yang pertama kali bergelar ibu ayah sudah tentu masih kurang lagi pengalaman menangani masalah anak muntah bila tak sihat. Kalau begitu adalah lebih baik anda baca perkongsian ditulis oleh Dr Erna Nadia mengenai apa langkah awal perlu buat bila anak muntah?
Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak-nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.
Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak kanak muntah.
Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.
Penyebab kanak kanak muntah adalah:
1.Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan
– akan sembuh dalam masa 1-3 hari.
2.Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan
– Sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.
– Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.
– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.
3.Keracunan
– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus,makanan mentah atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.
4.Masalah usus
– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.
Jangkitan kuman yang lain
– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.
Penyebab muntah kepada bayi pula adalah:
1.Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
2.Gastroesophageal reflux
– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.
3.Alahan makanan atau bahan lain
4.Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.
5.Masalah kongenital
– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.
6.Intussusception
– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.
7.Strangulated hernia
– Angin pasang bersimpul.
8.Terlebih makan atau minum.
Bila perlu risau anak kita muntah?
a. Muntah yang melebihi 24-28 jam.
b. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu).
c. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas).
d. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk.
e. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu.
f. Anak kurang makan dan minum.
g. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering
– Menangis tapi tiada air mata
– Lesu dan nampak celaru
– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)
h. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk
i. Asyik mengadu sakit /menangis
j. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.
k. Perut kelihatan kembung atau keras.
l. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.
Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.
Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya. Perhatikan anak anda sebaiknya. Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.
Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor. Masa adalah nyawa.
Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:
1.Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
2.Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
3.Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
4.Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
5.Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
6.Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.
Berikut rawatan yang sesuai untuk dilakukan di rumah:
Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Perfeksionis dalam kalangan anak boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan keyakinan diri rendah. Kenali 10 tanda penting, punca serta cara ibu ayah membantu anak mengatasinya.