“Sibuk Macam Mana Pun Mommy Akan Cuba Susukan Vea Selama Dua Tahun.” Ini Janji Syakirin Selepas Dinobatkan Sebagai Pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita
Pengacara berbakat ini baharu sahaja dinobatkan sebagai pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita pada hari Khamis yang lalu. Ketika diminta memberikan ucapannya, paling menarik adalah dia berjanji kepada anaknya, Vea Khadija, biar sesibuk manapun dia akan berusaha untuk menyusukan anak selama dua tahun.
Pa&Ma tersentuh dengan ucapan ibu muda ini dan tidak melepaskan peluang untuk mendekatinya bagi mengorek rahsia Syakirin menyusukan anak dengan komited selama tujuh bulan.
Menurut Syakirin, dia kini dalam usaha menurunkan berat badan tetapi tidaklah berdiet terlalu ketat. Berkongsi tentang menu yang menjadi pilihannya, Syakirin memberitahu dia banyak mengambil makanan yang dibakar mahupun sup. Syakirin juga mengamalkan pengambilan sayuran hijau.
Ads
Tidak meninggalkan pengambilan nasi, Syakirin turut memberitahu yang dia mengelakkan daripada mengambil makanan bersifat sejuk dan sayuran putih seperti kobis dan bunga kobis. Katanya lagi, dia sensitif dengan sayur ini kerana menyebabkan angin.
Syakirin banyak makan ikan dan turut mengambil lobak putih di dalam dietnya untuk memperbanyakkan susu badan. Ketika ditanyakan tentang milk booster, Syakirin memberitahu yang dia tidak mengamalkan sebarang suplemen cuma banyak minum air masak dan kuatkan minda.
Ads
Dia berpegang kepada prinsip, untuk menyusukan anak, ibu perlu gembira. Jadi emosi itu akan berjangkit kepada anak. Untuk menyusukan anak dengan berkesan, ibu perlu fokus (sentiasa positif untuk menyusukan) dan disiplin. Sentiasa yakin ketika menyusukan anak dan susukan anak mengikut jdual. Jika anak tidak mahu menyusu, jangan culas untuk mengepam keluar susu dari payudara.
Ads
Walaupun tidak berdiet ketat, Syakirin tetap susut dan bajunya sudah banyak yang longgar. Katanya, sudah merasai perubahan bentuk badannya tanpa perlu menimbang berat badan. Syakirin turut menambah, jika mahu cepat susut rajinlah menyusukan anak.
Pa&Ma ingin mengucapkan tahniah kepada Syakirin Husnal di atas kemenangannya itu dan semoga terus berjaya untuk meneruskan perjuangannya menyusukan si baby comel, Vea Khadija.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi seorang anak, wanita yang bergelar ibu sanggup lakukan apa sahaja asalkan anak yang dikandung selama 9 bulan itu membesar dengan sihat dan mampu memberi kegembiraan berpanjangan. Hakikatnya tak semua pasangan suami isteri akan tercapai impian itu.
Ada yang diuji dengan anak yang sakit, ada pula diberikan ujian kehilangan anak sewaktu nak melahirkan dan beberapa faktor lain lagi. Apa sekalipun yang terjadi, hanya satu yang dipinta oleh seorang ibu iaitu nak lihat senyuman anak sehingga ke akhir hayatnya.
Bagi seorang ibu ini, diuji dengan anak yang sakit jantung benar-benar ujian yang tak diduga. Saat dapat tahu diri hamil selepas 9 tahun menanti adalah suatu berita yang sangat mengembirakannya dan suami.
Bagaimanapun, ketika buat details scan semasa usia kehamilan 26 minggu, kami diberitahu oleh doktor ada nampak satu lubang kecil di jantung bayi. Apabila datang semula buat temujanji untuk scan, lubang tersebut dah tak ada.
Saat itu dah rasa lega hati kami. Namun berita gembira ini bertukar sedih saat kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu apabila doktor beritahu Maryam mengalami masalah kesihatan yang serius.
Tiap kali renung wajah Maryam yang penuh dengan wayar dibadannya, sungguh sedih hati ini. Bukan mempertikaikan takdir Allah tapi tak sampai hati melihatnya. Sebagai suami isteri yang diberi tanggungjawab menjadi ibu ayah kepada Maryam kami benar-benar harapkan ada sinar baru untuknya.
Doa kami sejak tahu Maryam ada dalam kandungan adalah mahu dia membesar seperti kanak-kanak yang lain dan menjadi penyejuk hati kami suami isteri. Kami tak akan putus asa dan yakin ada peluang untuk Maryam dapat rawatan terbaik.
Berikut perkongsian ibu Maryam
Assalamualaikum semua.. Saya Shazwani Bt Azami ibu kepada Maryam Bt Mohd Fajari dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan seikhlas hati untuk kos pembedahan jantung Maryam yang semakin lemah sebab ada 3 lubang.
Atas saranan doktor, pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera dan hanya IJN je yang boleh melakukannya kerana jika di hospital kerajaan perlu menunggu giliran yang terlalu lama dan tidak sesuai untuk keadaan Maryam sekarang. Anggaran kos bagi pembedahan ini RM60,000.
9 tahun menanti kehadiran cahaya mata..Besar dugaan ni buat kami.. Berilah kami peluang dan kesempatan untuk membesarkan anak kecil ini Ya Allah.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh melalui akaun Maybank Shazwani seperti di bawah :
Terima kasih untuk semua yang sudi membantu..Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi ibu Maryam di talian 012-9721979.
Doakan kesihatan Maryam berada dalam keadaan baik dan semoga urusannya untuk menjalani pembedahan dipermudahkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua.
Kredit: Wanny Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak ekzema teruk, gatal dan menggaru. Ibu ayah mesti periksa punca pencetusnya, bukan pemakanan sahaja. Stres juga tidak terkecuali.
Bagi ibu ayah yang mempunyai anak ekzema, cabaran besar ialah supaya ekzema tidak flare up atau meradang kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan mengganggu perkembangan si kecil.
Menurut Pakar Dermatologi & Estetik Dr Norbaizura Mohd Ismail, memahami punca pencetus atau trigger factor sangat mustahak. Ia tidak semestinya pemakanan semata-mata.
Apa yang mencetuskan ekzema
Faktor yang dapat menyebabkan eczema itu banyak. Tidak hanya bergantung pd faktor pemakanan semata-mata tapi juga bergantung pada faktor2 lain yang tidak kita jangka.
Triggering factor bagi setiap org juga berbeza. If seseorang tu allergic atau triggered by seafood, tak semestinya org lain pun allergic dan tak boleh makan jugak.
So setiap pesakit eczema (ibu bapa) haruslah kenal pasti sendiri apa yg menyebabkan eczema mereka flare!
Antara faktor yang dapat trigger eczema adalah: #1. Kulit kering
Kulit yang kering memang merupakan ciri kulit eczema. Tetapi sekiranya berterusan dan terlalu kering, keadaan ini akan menyebabkan gatal dan eczema akan flare.
#2. Irritant
Bahan-bahan yang digunakan sehari-hari juga dapat menyebabkan flare contohnya seperti sabun mandi, shampoo, detergent, disinfectant dan sebagainya. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan pencuci yang bersifat gentle/lembut, fragrance-free, less preservative/harsh chemicals.
#3. Cuaca
Cuaca juga memainkn peranan. Cuaca yg terlalu panas, atau kelembapan yg kering (tempat beraircond) juga dpt mnyebabkan flare. Peluh kita juga dipanggil natural irritant kerana dapat menyebabkan kulit menjadi bertambah gatal.
#4. Persekitaran
Persekitaran yg berdebu/habuk merupakan penyebab penting utk flare eczema ni. Contohnya debu dari karpet, haiwan2 berbulu, pollen/debunga atau house dust/mite.
#5. Stress
Emotional stress juga dpt menyebabkan eczema flare.
#6. Pemakanan
Makanan seperti seafood, telur, kekacang, berries dapat memperburukkan lagi eczema. Tetapi lain orang, lain responnya.
So, setiap orang harus kenal pasti apa triggering factor masing-masing and is best to avoid the factor to prevent flare!
Tengok gaya ibu kepada enam anak, ramai yang tak menyangka Ozylnn dah pun genap usia 40 tahun. Baru melahirkan anak keenamnya pada 3 September dan kini sedang dalam tempoh berpantang, ramai yang tertanya-tanya apa rahsianya dapat kekal berat badan dan sentiasa bertenaga.
Menerusi perkongsian Ozlynn rahsianya mengekalkan tubuh yang langsing dengan berat badan hanya sekitar 50kg dengan enam anak adalah jaga pemakanan dan sentiasa buat senaman.
“Jaga makan dan exercise tu sama penting. Ya, jaga makan mungkin boleh menurunkan berat badan tapi untuk bagi badan fit dan firm, kena juga bersenam.”
Ozylnn tak nafikan dia mengamalkan kaedah berpantang cara orang dulu-dulu yang ketat, dari zaman anak pertama lagi. Dan selalunya hanya selepas beberapa minggu berpantang, berat badannya sudah boleh turun dengan banyak.
Cuma kali ini agak slow sikitlah nak turun. Lepas bersalin, berat saya 62kg dan sekarang selepas dua minggu dah turun 57kg. Kalau dulu, lagi laju turun. Faktor usia agaknya,” kongsinya.
Bagi memudahkan ibu-ibu tahu bagaimana cara Ozylnn mengamalkan pantang selepas bersalin, ini antara perkongsiannya. Apa yang penting setiap ibu jangan terlalu stres dan mesti enjoy dengan apa yang dilakukan. Pasti akan dapat hasilnya!
Tips dan amalan berpantang Ozylnn:
1) Kita lebih tahu kondisi badan kita. Lain orang, lain badan dan kemampuan untuk turun dan sebagainya. Contoh macam cara makan, ada orang tak boleh makan sesuatu benda tu sebab angin, ada orang okey setakat rasa-rasa. Jadi kita sendiri kena tahu badan kita macam mana dulu.
2) Waktu berpantanglah waktu terbaik nak ‘repair’ badan. Kalau tak dijaga, mengembanglah jawabnya. Ada kala, luaran nampak okey tapi dalaman kita tak tahu. Kalau dalaman sihat, insyaAllah, luaran pasti okey.
3) Saya mengamalkan pemakaian bengkung lama yang panjangnya 20 meter tu. Datanglah semoden mana pun bengkung zaman sekarang, saya tetap pilih yang itu sebab bengkung lama tu dia balut badan kita dengan kemas dan diikat sekuat tenaga kita melilitnya. Ia akan bagi ‘shape’ yang cantik dari atas lutut hingga paras bawah dada. Tak macam korset yang hanya tertumpu pada pinggang akan buat bentuk badan nampak pelik.
4) Saya juga mengamalkan kaedah bertungku. Ia membantu melancarkan aliran darah nifas.
5) Berurut juga saya suka selain bersauna dan bertangas. Memang saya buat semua amalan tradisional itu sepanjang berpantang.
6) Ingat enam bulan pertama melahirkan adalah proses water retention. Inilah masa terbaik untuk turunkan berat secara pantas.
7) Satu lagi tips penting untuk ibu bersalin, pastikan bagi susu badan dengan kerap sekitar jam 10 malam ke 5 pagi. Mengantuk macam mana pun, usahakan untuk susukan bayi selang sejam atau pam susu itu. Waktu inilah bayi menyedut lemak ibunya menerusi susu.
8) Dan, ya memang kita akan kurang tidur ketika dalam pantang, namun usahakan untuk mendapat tidur yang cukup. Pandai-pandailah curi masa ketika bayi sedang nyenyak.
9) Satu ke dua tahun saya tidak akan minum ais. Saya memang lebih suka air biasa saja.
10) Jaga makan. Saya memang potong gula, kalau minum Milo pun tak ditambah gula lagi. Garam pun saya kurangkan, saya masak menggunakan liquid aminos gantikan garam. Organic aloevera menggantikan serbuk perasa. Mula-mula mungkin rasa pelik tapi lama-lama lidah biasa.
11) Banyakkan makan sayur. Tapi jangan pula anggap nasi atau roti tu tak boleh ambil. Sebenarnya makan nasi lebih elok sebab mengenyangkan cuma jaga portion. Ibu berpantang perlu makan untuk bagi khasiat kepada bayi.
12) Saya juga pernah melalui proses beranak czer dan secara normal. Ikutkan pengalaman beranak normal lebih mudah nak jaga badan. Kalau czer nanti, perut agak susah nak dikempiskan, ambil masa. Apa pun kena work out kalau nak kempiskan perut, jaga makan saja tak cukup.
13) Akhir sekali jangan stres apabila tengok badan orang lain. Tak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita boleh ikut apa saja tips yang dikongsikan tapi tak perlu sampai stres okey?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!