Rina yang merupakan anak kepada influencer media sosial Riyzal Ibrahim dan Maryam kini sudah berusia 13 bulan. Telatahnya yang comel sering mendapat perhatian warganet kerana dapat dilihat dia seorang anak yang bijak dan aktif.
Bukan sahaja video Rina makan sering dikongsi pasangan ini tetapi aksi comelnya yang lain turut dimuatnaik di laman Instagram mereka. Baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan Rina sibuk mengelap lantai mencuit hati orang ramai.
Di dalam video tersebut, Rina dilihat memegang sehelai kain dan begitu tekun mengelap lantai. Biarpun Maryam menegurnya, Rina buat tak endah sahaja dan tetap fokus mengelap lantai. Bersungguh-sungguh betul muka dia!
Gelagat Rina itu membuatkan Maryam dan Ryzal tergelak kerana anak mereka langsung tidak mempedulikan hal lain dan hanya sibuk mengelap lantai. Kecil-kecil dah rajin, mungkin dah selalu tengok ibu ayahnya mengelap lantai, ia menjadi ikutan Rina. Memang kagum dengan gaya parenting Maryam dan Ryzal ni!
Pelakon popular, Nabila Huda meluahkan rasa sedih dan mengakui menyesal kerana tidak berpantang secara betul selepas keguguran lalu sebanyak dua kali.
Nabila atau mesra dipanggil Abil mengakui mungkin faktor usia juga memainkan peranan dan kebarangkalian dia sukar hamil pada usia 37 tahun.
“Ala, kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti i akan count days and mengharap, tapi tak sangkut jugak.”
Namun menurut Abil yang juga anak kepada Amy Search, penyayi rock no.1 Malaysia mengakui dia tidak terlalu bersedih dan tahu belum tiba masanya untuk mempunyai zuriat pada masa sekarang.
“Tapi Abil take la down sangat, Abil redha senan yang nak bagi rezeki kat kita tu, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Maybe not the time yet.”
“And i think salah tu datang dari Abil juga sebab masa miscarriage 2 times, Abil tak tahu kena berpantang macam orang lepas beranak. I betul-betul tak tahu dan menyesal sangat”
“Maybe tu adalah satu punca kenapa tak boleh pregnant kan?? Hmm ish bencikan bila dah mula fikir negative. Ok kena posituive, sekarang Abil rasa Abil kena pulihkan apa yang patut”
Melalui luahan hati tersebut, Abil mengakui dia terlalu inginkan zuriat dan sanggup berpantang kembali jika itu salah satu rawatan yang membolehkan dia kembali hamil memandangkan lagi 3 tahun dia akan masuk awal 40an.
“Boleh kan walaupun kita dah lama miscarriage tapi kita nak ganti balik pantang tu? Masih tak terlambatkan? Maybe it helps untuk Abil nak mengandung lagi..Abil terlalu nak sangat ada zuriat. Terlalu nak sangat tak tahu nak explain”
“Selagi tak start kerja ni, ada masa lapang banyak ni baik Abil buat package pantang..Abil kena usaha no matter what”
“Lagi 3 years nak masuk 40 ni, i nak anak ramai. Boleh tak anyone suggest contact orang yang jaga pantang best?? Yang macam lepas beranak tu”
Buat masa sekarang dia hanya ingin mencuba rawatan tradisional berbanding rawatan moden kerana dia pernah hamil dan melahirkan anak sebelum ini.
“Or kalau korang ada suggestion, idea untuk Abil DM Please. Just wanna let u guys know, IVF takde dalam list sebab Abil dah pernah melahirkan sebelum ni. So for now, Abil nak usaha dengan cara tradisional dulu”
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abil dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Laila.
Kami sama-sama doakan agar Nabila Huda dikurniakan zuriat selepas rawatan yang bakal dilakukan nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada peringkat awal umur anak-anak, mereka menunjukkan tingkah laku tanpa memahami perasaan sebenar yang dialami. Anak pada usia lima atau enam tahun boleh bertindak agresif. Ia berlaku disebabkan mereka tidak memahami dan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan. Semakin membesar anak-anak bermakna mereka akan memahami lebih banyak bentuk perasaan seperti cemburu, bosan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja dapat memahami perasaan diri sendiri tetapi juga perasaan orang lain.
Ibu bapa berperanan untuk membantu anak-anak memahami dan menyatakan perasaan dengan baik.
Anak-anak yang faham dan dapat meluahkan perasaan dengan baik akan membentuk tingkah laku positif. Mereka juga dapat mengawal dan menangani perasaan kecewa atau marah dengan lebih berkesan. Ikuti tiga tindakan yang harus ibu bapa lakukan untuk membantu anak mengawal tingkah lakunya.
1.Memahami perasaan
Anak-anak dapat dibantu untuk memahami perasaan diri sendiri melalui interaksi positif yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Cara ini akan menggalakkan anak-anak mengenalpasti perasaan yang dialami. Apabila anak menunjukkan tingkahlaku bermasalah, ibu bapa boleh bertanyakan kepada mereka apa sebenarnya perasaan yang dirasakan ketika itu.
Juga bertanyakan kesan tingkahlaku tersebut ke atas orang lain dan juga terhadap dirinya sendiri.
Teknik ini membantu anak-anak untuk memahami perasaan dirinya sendiri dan perasaan orang lain dalam persekitarannya.
Kadangkala anak-anak menunjukkan tingkah laku yang bermasalah kesan daripada perasaan negatif yang dialami seperti kecewa dan marah. Ibu bapa akan menyalahkan anak atas tingkahlaku yang ditunjukkan akan menyebabkan anak keliru dan memberontak.
Ini kerana anak-anak belum cukup bijak untuk memahami dan mengawal perasaan diri sendiri.
Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah cuba memahami apa perasaan kanak-kanak sehingga bertingkahlaku bermasalah.
Melalui komunikasi secara terbuka dan berkesan, anak-anak dapat dibantu memahami perasaan dan mengawal perasaan dengan baik.
Terdapat beberapa bentuk arahan yang selalu digunakan oleh ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak-anak. Arahan-arahan ini ada berbentuk positif dan ada juga berbentuk negatif.
Arahan berbentuk positif akan memberi kesan yang positif kepada anak-anak, manakala arahan berbentuk negatif akan memberi kesan yang sebaliknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadangkala kita tidak menjangka bakat anak. Tak sangka dari posing suka-suka rupanya membawa tuah. Ikuti perkongsian ibu ini tentang anaknya, Umyra yang menonjolkan bakat dalam bidang peragaan, nyanyian & lakonan.
Sejak kecil lagi Umyra Az Zahrah, 6 tahun boleh dikatakan , mula menonjolkan bakat dalam bidang ini secara serius di usia 5 tahun. Menurut ibunya, Haznita Fazleen Hashim, Umyra telah mula tunjuk bakat sejak usia 2 tahun lagi. Si cilik ini bersama ibunya juga turut muncul dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk Anak-Anak Millenial yang ke udara pada 12 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
“Pada mulanya kami sekeluarga hanya memerhati gelagat Umyra apabila umyra mempamerkan aksi-aksi peragaan ala-ala model cilik di hadapan kamera seawal usia 2 tahun.
“Tapi lama kelamaan, apabila usia Umyra menginjak ke 4 tahun, kami perhatikan cara Umyra berposing di hadapan camera dan hasil gambar-gambar Umyra lebih baik dan ‘advance’ dari rakan-rakan seusianya,” kata Haznita.
RAMAI TEGUR BAKAT UMYRA
Kata Haznita, ahli keluarga dan rakan-rakan perasan & menegur bakat yang ditunjukkan Umyra.
“Ahli keluarga yang lain, kawan-kawan & ada ketikanya orang-orang luar menegur keistimewaan Umyra mempamerkan aksi ala-ala modelnya. Dalam masa yang sama, Umyra juga sering membisikkan rahsia cita-citanya pada seawal usia 5 tahun untuk menjadi model kepada kakak & abangnya. Pada waktu itulah kami sedar yang Umyra cuba menyampaikan kepada kami bakat yang ada pada dirinya di bidang peragaan,” kata ibu kepada 6 anak ini.
BANTU ANAK KEMBANGKAN BAKAT
Sokongan ibu bapa amat penting bagi menyerlahkan lagi bakat si kecil. Bagi menajamkan skil dan kelebihan yang ada, Haznita dan suami memberikan dorongan padu buat Umyra dalam hobinya iaitu melukis dan mewarna.
“Bagi menyokong lagi hobi melukis & mewarna Umyra Az Zahrah, kami sering membekalkan peralatan melukis dan mewarna yang baru, terkini dan sesuai dengan usianya supaya umyra lebih rancak berkarya. Kami juga membenarkan Umyra download beberapa aplikasi mewarna & melukis di handphone untuk dia gunakan di masa lapang dan berpeluang menjadi lebih kreatif.
“Perkembangan pemikiran, bakat & daya kreativiti anak-anak seharusnya lebih disokong dan dibantu dengan aktiviti yang digemari oleh anak-anak. Oleh yang demikian, saya tidak pernah sesekali menentukan apa aktiviti yang harus Umyra buat mengikut kehendak saya, tapi sebaliknya, saya akan membantu dan mendorong Umyra mengembangkan lagi daya pemikiran, penelitian dan kreativiti Umyra menerusi aktiviti pilihannya sendiri. Ini lebih baik,” ujar Haznita.
PERKEMBANGAN TERKINI
Sejak menjalani sesi photoshoot pertama kali bersama Glitz pada hujung tahun 2018, bakat yang pada Umyra mula mendapat perhatian dari beberapa Talent agensi. Butik Pakaian Kanak-Kanak yang berminat untuk menawarkan Umyra sebagai model produk mereka.
Umyra juga baru sahaja selesai satu penggambaran sebuah rancangan Talk Show, Si Cilik Licik untuk siaran Astro Ceria. Dan yang paling terkini, Haznita memberitahu yang dia baru sahaja dihubungi oleh wakil sebuah Model Talent Agency dari Indonesia & Singapura yang berminat untuk membuat sesi Photoshoot & Casting untuk Umyra. Dia berharap ada rezeki untuk Umyra buat anak bongsunya itu.
BAKAT NYANYIAN DARIPADA AYAH
Dari segi nyanyian, Umyra 100% mendapat bakat dari ayahnya. Tarian pula mungkin dari bakat ibu susuannya yang juga merupakan makcik kandungnya yang memang berbakat dalam bidang tarian.
“Nampaknya Umyra perlu masa lagi dalam mengasah bakatnya dalam kedua bidang tersebut. Tapi saya tidak menafikan memang ada bakat nyanyian & tarian pada Umyra. Senang & mudah menghafal lirik lagu, cepat menguasai step-step tarian dari pemerhatian yang singkat melalui siaran tv, Youtube mahu pun secara langsung,” kata Haznita.
GIFTED TETAPI PERLU DILENTUR. IBU AYAH PERLU JADI TULANG BELAKANG
“Bagi ibu ini bakat adalah gifted yang perlu dilentur untuk anak-anak. “Seandainya bakat pada anak adalah gifted tanpa kita lentur, kanak-kanak tidak akan dapat mengasah bakat secara semulajadi. Kita perlu menjadi tulang belakang yang kuat untuk anak-anak lebih mengenali, memahami dan yakin dengan gifted dalam diri mereka. Seandainya bakat semulajadi, mahupun gifted, tanpa kita bantu mereka untuk melentur dengan baik, ianya akan menjadi sia-sia dan tidak adil bagi anak-anak
“Sebagai ibu, saya benar-benar mengharapkan Umyra Az Zahrah akan benar-benar memahami jiwa & naluri hatinya sendiri dalam apa juga bidang yang diceburinya pada masa akan datang. Saya sangat berharap agar saya tidak akan pernah untuk mendengar keluhan atau kekecewaan dari Umyra dalam menongkah semua arus dalam kerjaya pilihannya & kehidupan yg bakal ditempuhinya nanti. Harapan saya sama untuk ke enam enam anak saya, saya ingin sentiasa mendengar kebahagiaan mereka. Insya allah,” kata Haznita mengakhiri perbualan.
TIP KEMBANGKAN BAKAT ANAK DARIPADA IBU BAPA UMYRA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
JPN menafikan dakwaan mengenai operasi khas tukar alamat MyKad. Ketahui penjelasan rasmi, tanggungjawab pemilik MyKad serta bayaran RM10 untuk pertukaran alamat.