Benarlah telatah anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Hilang segala rasa stres bila tengok aksi comel mereka. Kadang-kadang anak suka buat perangai pelik yang tak pernah kita terfikir. Bila diingatkan kembali, boleh jadi memori indah untuk kita.
Bila ada ‘bukti’ lagi seronok, boleh tunjuk pada anak bila dia dah besar nanti. Selagi kita berkesempatan untuk ambil gambar anak atau rakam video mereka, buatlah. Duduk-duduk saja boleh tengok semua, percayalah pasti boleh buat kita tersenyum.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun dearlynnn_, video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis sambil memegang pengurut kepala.
Apa yang mencuit hati adalah apabila kanak-kanak tersebut yang sedang menangis dan merajuk akan berhenti setiap kali ditegur oleh ibunya. Selepas menjawab yang dia belum selesai, kanak-kanak comel ini akan sambung menangis semula.
Ketika sedang menangis, dia terhenti semula ketika mendengar lagu Sayunk I Love You nyanyian Chombi. Ketika sedang seronok mendengar lagu, apabila ditanyakan oleh ibunya sama ada sudah selesai atau belum, katanya tidak dan secara automatik terus sambung menangis.
Menurut si ibu, anaknya itu merajuk dan menangis kerana dia juga mahukan pengurut kepala dan mempersoalkan kenapa tidak dibelikan satu untuknya. Memang lucu!
Kita niat untuk bersedekah sepanjang bulan Syawal namun ada pula rupanya yang menjadikan Syawal sebagai medan menyumpul duit raya anak.
Banyak namun berapa pula yang dikeluarkan oleh mak ayah? Persoalan itu sepatutnya tidak perlu dikeluarkan kerana kita niat untuk bersedekah kepada anak-anak demi mengeratkan silaturrahim. Bukan menghitung berapa banyak dikeluarkan.
Perkongsian Halijah Siti ini benar-benar belaka. Kita fikirkanlah.
Tadi baca komen orang kat satu page ni, dia kata anak-anak dia dapat duit raya setakat hari raya ke-4 ni sebanyak RM800++. Untung dia kata.
Pastu dia sambung, “Anak dapat duit raya RM800++, tapi saya dah habis RM1,200++ bagi duit raya kat anak-anak orang”. Sambil dia letak emoji menangis.
Pastu ada perempuan komen, “Sebab tu jangan seronok anak korang dapat duit raya banyak, korang kena tengok jugak berapa duit korang keluar bagi duit raya. Kalau balik modal tak pelah, kalau tak balik modal, nangis bucu katil”
Weh, dia buat macam pergi beraya ni macam pergi berniaga pulak, main keluar-keluar modal bagai.
Rasa kelakar tapi inilah jadinya kalau raya kita dijadikan pesta kumpul duit raya. Hilang tujuan utama pergi beraya untuk eratkan balik silaturahim.
Janganlah fikir duit korang yang dah keluar bagi duit raya tu, tu semua dah jadi sedekah. Takkan dah sedekah pun nak menyesal. Setahun sekali je kot. Tu pun nak berkira.
Orang tak bagi duit raya pun tak payah nak rasa apa-apa atau mengata. Bersilaturahim tu pun rezeki, memanjangkan usia. Raikan tetamu, jangan fikir kena keluar duit raya je.
Kena ingat hadis ni :
“Jika ada tamu yang masuk ke dalam rumah seorang mukmin maka akan masuk bersama tamu itu seribu berkah dan seribu rahmat. Allah akan menulis untuk pemilik rumah itu pada setiap kali suap makanan yang dimakan tamu seperti pahala haji dan umrah.”
Kat komen tu siap ada yang check berapa duit raya anak dorang dapat. Dorang yang bukak sampul-sampul raya anak check berapa keluarga belah ni bagi. Tan Sri baca terus Tan Sri macam risau nak pergi beraya. Risau kita bagi duit raya dipertikai pulak jumlah isinya.
“Percuma aje agent cuckoo, nama Tan Sri pulak tu, tapi bagi duit raya RM1 je.”. Ah ghisau mak bapak zaman sekarang ni lah.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebak. Hati mana yang tak luluh bila membaca kisah seorang bayi kecil yang belum sempat kenal erti dunia, sudah diuji dengan takdir yang begitu berat. Kisah ibu meninggal lepas bersalin ini bukan sekadar berita biasa, tetapi sebuah cerita yang membuat ramai termenung panjang tentang erti kasih sayang, pengorbanan dan realiti hidup yang tidak semua orang mampu bayangkan.
Di saat ramai pasangan berusaha, berdoa dan menanti zuriat bertahun-tahun lamanya, ada pula kisah yang membuka mata kita tentang kehidupan yang penuh liku. Setiap bayi yang lahir membawa harapan, tetapi tidak semua kisah kelahiran bermula dengan kebahagiaan yang sempurna.
Namun dalam kejadian yang berlaku pada 3 Februari lalu, cerita ini membawa sisi yang sangat berbeza dan menyentuh perasaan ramai orang yang membacanya.
Kehidupan seorang bayi perempuan kecil berubah sekelip mata selepas ibu meninggal lepas bersalin. Bayi yang baru beberapa hari mengenal dunia itu akhirnya terpaksa melalui permulaan hidup yang tidak pernah dijangka.
Tiada siapa menyangka bahawa kisah menyayat hati ini akan bermula hanya dengan satu tangisan kecil di luar rumah seseorang.
Seorang wanita yang sedang berehat di rumah tiba-tiba terdengar suara bayi menangis dari luar rumahnya. Pada awalnya mungkin disangka bunyi biasa, tetapi tangisan itu berlarutan dan cukup jelas, seolah-olah benar-benar meminta perhatian seseorang.
Rasa bimbang mula menguasai fikiran. Tangisan itu tidak berhenti, malah kedengaran semakin kuat. Hatinya mula tidak sedap, lalu dia segera keluar untuk meninjau keadaan di sekitar rumah.
Di sebuah gerobak jualan makanan berhampiran rumahnya, dia terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang dibungkus rapi di dalam sebuah beg. Bayi kecil itu terus menangis seolah-olah meminta diselamatkan.
Tanpa berlengah, wanita itu terus membawa bayi tersebut masuk ke dalam rumahnya.
Lampin bayi yang sudah kotor segera ditukar. Tubuh kecil itu dibersihkan dengan penuh berhati-hati dan ditenangkan sebaik mungkin. Selepas beberapa ketika, tangisan bayi itu perlahan-lahan reda, seolah-olah tahu dia sudah berada di tempat yang lebih selamat.
Tiada siapa tahu ketika itu bahawa kisah bayi tersebut sebenarnya berkait dengan tragedi ibu meninggal lepas bersalin yang sangat menyayat hati.
Ketika memeriksa beg tersebut, wanita itu menemui beberapa barangan keperluan bayi. Antaranya sekotak susu tepung, tisu basah, serta sarung tangan kecil yang biasa dipakai oleh bayi baru lahir.
Namun apa yang paling menyentuh hati bukanlah barangan tersebut, tetapi sepucuk nota panjang yang turut ditinggalkan bersama bayi itu.
Penulis surat tersebut memperkenalkan dirinya sebagai kakak kepada bayi berkenaan. Dalam setiap baris tulisannya, jelas terasa beban yang dipikul dan kasih yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Menurut surat itu, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan pada 2 Mac. Namun kegembiraan kelahiran itu tidak bertahan lama kerana ibu meninggal lepas bersalin sejurus selepas melahirkan bayi tersebut.
Situasi itu menjadikan kehidupan mereka berdua semakin sukar.
Dalam nota tersebut, si kakak menulis:
Assalamualaikum,
Kepada ibu atau bapa yang menemui adik saya. Nama saya Zidan. Saya ingin meminta tolong agar menjaga dan merawat adik saya ini. Ibu saya telah meninggal dunia ketika melahirkannya.
Saya berharap ibu atau bapa dapat menganggap adik saya seperti anak sendiri kerana saya tidak akan dapat menemuinya atau melawatnya lagi. Saya tidak mahu masa depan adik saya menjadi seperti saya.
Terima kasih atas bantuan dan kebaikan hati anda.
Zidan, 12 tahun
Adik saya lahir pada 2 Mac 2026. Namanya Ameera Ramadani.
Ayat itu cukup menggambarkan betapa berat keputusan yang terpaksa dibuatnya.
Kehilangan ibu selepas kelahiran membuatkan kehidupan mereka berubah sepenuhnya. Dengan keadaan hidup yang serba kekurangan selepas ibu meninggal lepas bersalin, si kakak percaya dia tidak mampu memberikan kehidupan yang baik kepada adiknya.
Kerana itu, dia mengambil keputusan yang mungkin paling menyakitkan dalam hidupnya — meninggalkan adik kecil tersebut di tempat yang dirasakan lebih selamat.
Bersama bayi itu ditinggalkan juga sedikit keperluan asas serta sepucuk nota yang penuh harapan agar orang yang menemui bayi tersebut dapat menjaganya dengan baik.
Walaupun tindakan itu sukar difahami oleh sesetengah orang, ada juga yang melihatnya dari sudut berbeza. Bagi mereka, keputusan itu mungkin lahir daripada rasa kasih yang terlalu besar.
Kisah ibu meninggal lepas bersalin ini bukan sekadar cerita tentang seorang bayi yang ditinggalkan. Ia juga tentang seorang kakak yang mungkin terpaksa membuat pilihan paling sukar demi memastikan adiknya mempunyai peluang hidup yang lebih baik.
Kini, bayi kecil bernama Ameera itu menjadi simbol harapan dalam kisah yang penuh emosi ini. Ramai yang tersentuh hati apabila membaca kisahnya, apatah lagi memikirkan masa depan yang bakal ditempuh oleh bayi tersebut selepas tragedi ibu meninggal lepas bersalin yang menimpa keluarganya.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa setiap kehidupan mempunyai cerita yang tidak kita ketahui. Di sebalik setiap keputusan yang kelihatan sukar difahami, mungkin tersembunyi pengorbanan dan kasih sayang yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Dan di suatu tempat, seorang kakak mungkin masih berharap agar adiknya membesar dengan penuh kasih sayang — walaupun bukan lagi di sisinya.
Pasukan peguam yang mewakili Puan Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, mengambil keputusan untuk menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan laporan bedah siasat anaknya. Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan percanggahan maklumat sebelum laporan rasmi pihak hospital dikeluarkan.
Menurut kenyataan bersama peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi, mereka mahu memastikan segala maklumat yang dikongsi kepada orang ramai adalah tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan. Tambahan pula, kes ini cukup sensitif dan menyentuh hati banyak pihak.
“Demi mengelakkan berlaku percanggahan di antara laporan lisan bedah siasat yang dimaklumkan kepada kami dan ibu Zara Qairina selepas tamatnya bedah siasat pada Ahad lalu dengan laporan rasmi bedah siasat yang akan dikeluarkan oleh pihak hospital, kami menahan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan laporan itu,” kata mereka.
Dalam kenyataan itu juga, mereka menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mengarahkan pihak polis membuat permohonan untuk menggali semula kubur arwah bagi menjalankan proses bedah siasat. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada pihak polis yang mengawal ketat sepanjang proses berkenaan bagi memastikan ia berjalan lancar.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengamal media yang setia berada di tanah perkuburan dan di sekitar Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dari pagi hingga malam, bagi membuat liputan proses penggalian semula, pengebumian dan bedah siasat arwah.
“Sokongan anda semua amat kami hargai,” tambah mereka.
Bagi seorang ibu, kehilangan anak adalah luka yang tidak pernah sembuh. Apa yang sedang dilalui oleh Puan Noraidah memerlukan kekuatan luar biasa. Keputusan pasukan peguam untuk berdiam diri sementara waktu adalah satu langkah bijak demi menjaga emosi keluarga dan menghormati proses siasatan.
Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan buat Puan Noraidah, keluarga serta semua yang menyayangi arwah Zara Qairina. Kita sama-sama doakan agar kebenaran akan terungkap dan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Shila Amzah mengesahkan bakal berhijrah ke China bersama keluarga menjelang hujung tahun depan susulan kontrak baharu dan komitmen kerjaya, sambil menegaskan Malaysia tetap penting dalam perjalanan seninya.