Walaupun ramai yang mengetahui Rebecca mempunyai pembantu rumah, mereka tidaklah disuruh untuk buat semua kerja. Apa yang boleh dilakukan sendiri, akan dibuat seperti biasa.
Sebelum ini juga Rebecca pernah berkongsi yang dia menganggap pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri dan tidak membezakan mereka.
Ads
Layanan untuk pembantu rumah sama rata. Jika dia sibuk, tugas jaga anak mereka yang buat.
Jika ada masa luang sikit apa salahnya buat apa yang patut. Sekali-sekala raikan mereka, lagilah mereka rasa dihargai.
Ads
Dalam pada itu, ramai yang memuji cara Rebecca menguruskan rumah tangga dan menjaga suami dan anak-anak. Tiada alasan anak ramai tak boleh memberi komitmen yang baik.
❝Rasulullah ﷺ mencium cucu-cucu Baginda. Baginda mendidik dengan penuh rahmah kepada anak-anak. Ini akan memberi kesan yang besar dalam diri mereka. Jangan didik anak-anak dengan penuh kekerasan.❞
[Habib Musa Kadzim Bin Jaafar Bin Muhammad As-Saggaf]
Tegas tak sama dengan bengis.
Displin tak sama dengan garang.
Hati anak yang lembut, usah di kasari dengan bahasa dan nada yang mengeraskan jiwa.
Jiwa anak yang rapuh, usah di pecahkan dengan tempik dan tengking marah.
Kerana kelak, andai panjang usia, kita akan merasai pahitnya buah hasil keburukan akhlak kita sendiri.
Masa berbaki nyawa di beri,
Moga sempat kita sama sama perbaiki.
Kerna cinta dan kelembutan adalah makanan jiwa paling nyaman.
Yang akan di rindu dan di cari anak untuk menumpang teduh kerana redupnya santun ibu bapa.
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku (Rasulullah) adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”HR. Tirmizi
Dalam sesebuah hubungan, suami lebih suka menjadi pemerhati. Namun dalam rumah tangga, orang perempuan terutamanya isteri sentiasa harapkan pujian. Walaupun dah mempunyai anak, pujian itu dianggap sesuatu yang mahal dan sangat bermakna.
Sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’ tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban bagi membuktikan cinta mereka serta boleh hidup susah dan senang bersama.
Seorang isteri, kecantikannya mula jatuh nombor dua selepas mempunyai anak. Bukan tak nak bergaya, kadang lepas bersalin berat susah nak turun, perut mengeleber, strecth mark masa mengandung jadi parut kekal dan sebagainya.
Namun perkara ini bukan satu masalah buat isteri, kerana dia tetap akan bagi zuriat buat suami selagi ada rezeki. Cumanya bagi pihak suami, pengorbanan isteri ini mereka tak nampak sangat kerana yang dinilainya adalah kecantikan masa zaman anak dara.
Justeru itu, buat suami anda sepatutnya bangga dan hargai wanita yang bergelar ibu buat anak-anak kita. Belum tentu yang kita nampak cantik itu boleh membahagiakan kita sehingga akhir hayat.
Suami yang dihormati..
Parut dan regangan pada perut isterimu melambangkan kesakitan yang datang dengan cinta dan kehidupan. Ingat betapa indahnya dia ketika dia adalah isterimu yang baru-baru kamu nikahi, dia masih wanita yang sama yang kamu jatuh cinta!
Perbezaan sekarang ialah, dia telah memberikan zuriat, dia telah memberikan kehidupan, dia telah memberkatimu dengan sebuah keluarga.
Jangan abaikan isterimu, hargai setiap tanda regangan dan parut yang ada. Jangan tinggalkan isterimu kerana hodoh perutnya, di mana dia menempatkan zuriatmu berbulan-bulan.
Parut dan tanda regangan itu mewakili cintanya kepadamu, kesakitan yang dilaluinya selama 9 bulan adalah bukti kasih sayangnya yang tiada batas sempadan untukmu.
Suami yang dihormati, jangan sakitinya, jangan lukakan hatinya, jangan menghinanya. Hargainya dia dan tunjukkan cinta yang lebih kepada wanita itu, ISTERIMU wahai suamiku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah berumahtangga, banyak benda yang perlu dikongsi bersama temasuklah perkara-perkara penting seperti password bank, nombor akaun bank, simpanan, harta, bil-bil penting dan sebagainya.
Anda perlu bersedia untuk berkongsi semuanya bersama pasangan kerana kelak ia akan memudahkan pasangan untuk menguruskan apa yang patut ketika kecemasan seperti perkongsian daripada super daddy ini.
Tadi waktu LIVE, aku share 5 perkara yang pasangan wajib buat sementara belum kehilangan. Nanti pasangan dah takde korang menyesal pulak. So buat 5 benda ni:
1. Saling menghargai dan meluahkan.
Nanti bila pasangan kau dah takde kau akan rindu nak cakap i love you atau saya sayang awak, saya rindu awak dan sebagainya. Waktu tu kau menyesal macam aku. Dah tak guna okeh. So sementara masih ada ni kau cakaplah setiap hari. Selalu juga cakap terima kasih, suami bawak balik barang dapur cakap terima kasih, isteri masak sedap cakap terima kasih, isteri gosok baju cakap terima kasih.
Luahlah selalu. Jangan harap pasangan masing-masing faham. Saling appreciate each other. Jangan merendahkan kerja suami dan jangan sesekali merendahkan kerja isteri kalau dia hanya duduk di rumah.
2. Belajar skill masing-masing
Isteri, belajar cara jumpstart kereta kalau bateri kong. Belajar dari suami cara isi angin tayar, ikut gi bengkel sesekali dan tengok orang repair dan belajar serba sedikit. Belajar juga macamana nak repair benda-benda simple kat rumah.
Suami belajar cara masak nasi, macamana nak siang dan goreng ikan, macaman nak spaghetti yang anak-anak suka tu. Tak perlu banyak dua tiga masakan dah cukup. Belajar juga cara asingkan dan basuh baju, nak guna setting yang mana dan sebagainya. Macam-macam lagi chores yang kena sama-sama belajar dan ambil tahu.
Macam remeh jer, tapi ini survival skill. It will help a lot.
3. Kongsi semua data pasangan dan keluarga.
Buka file dan simpan maklumat pasal pasangan. Letak dalam tu segala username dan password email, FB, IG apa shaja akaun yang ada. Detail akaun bank, akaun kwsp, tabung haji, segala harta, segala hutang piutang dan sebagainya.
List semua details bayaran bulanan, hutang bank, bayaran takaful dan apa sahaja tanggungan. Nombor pin kad bank tu pun tulis di situ, sangat penting okeh. Lagi satu password handphone pun share jugak, sangat penting. Takut apa, kongsilah semua details.
Buka juga fail untuk anak-anak. Masukkan segala details pasal anak, buku biru dan pink simpan dalam tu, segala jadual imunisasi dia. Pasal sekolah dia, pasal rekod perubatan, ubat dia pernah ambil dan segalanya.
Apa-apa jadi senang nak rujuk. Macam kes aku, semua smooth sebab semua rekod disimpan dengan lengkap.
4. Sediakan Takaful Hibah.
Sediakan wang untuk isteri dan anak-anak. Kalau kita mati, isteri dan anak ada duit untuk teruskan hidup dan mulakan hidup baru. 2 tahun pertama sangat sukar untuk orang yang kehilangan pasangan ni. Kalau takde duit nak survive maka ia akan jadi bertambah sukar.
Cari kawan-kawan ejen takaful dan tanyalah plan hibah yang murah. RM20++ sebulan pun dah boleh dapat RM100K. Cukup untuk pasangan teruskan hidup sementara dia dapat income lain.
5. Sediakan Wasiat.
Kita selalu tak ambik port pasal ni. Sebab tu banyak gila harta orang islam terbeku di Amanah Raya. Tak boleh nak dikeluarkan sebab tak cukup segala dokumen, tiada perwarisan dan sebagainya. Dekat MAIS dengan serendah RM300 dah boleh buat wasiat. Kat As-Salihin Trustee dalam RM1400 macam tu. Buatlah.
Buatlah semua yang aku ceritakan tu.
Benda ni nampak remeh. Alahhh tak perlulah semua tu. Selagi kau tak rasa maka kau tak tahu betapa pentingnya semua benda yang aku senaraikan di atas. Aku dah lalui semua dan aku share supaya semuanya mudah untuk korang nanti.
Semoga semua pasangan panjang umur dan tua bersama. Namun sesungguhnya, salah seorang akan pergi dulu meninggalkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!