Bila anak tak sihat, mak-mak lah orang yang paling risau. Ada pelbagai cara untuk sembuhkan penyakit anak-anak terutama menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekeliling.
Ada beberapa cara untuk melegakan batuk yang boleh mama papa gunakan untuk mengubati anak-anak secara semulajadi yang dikongsi oleh Dr Mazliana.
Anak saya tak sihat baru ni. Jumaat malam dia start batuk. Lepas termakan keropok. Saya perasan, dia sangat cepat alah dengan makanan tinggi MSG.
Lepas makan keropok yang kawan dia bagi, tak sampai 10 minit, dia terus batuk tak berhenti.
Start batuk dan berkahak, kemudian hari Ahad ada demam sikit. Hanya sehari demam, dan Isnin dah sembuh dari demam dan batuk, alhamdulillah.
Kalini, saya hanya buat 4 remedies. Allah izin anak sembuh demam dan batuk dalam 3 hari, alhamdulillah.
Ads
Saya share dengan korang, mana tahu ada anak yang tengah tak sihat sekarang.
1. Magnesium flakes
– Terus saya start anak dengan rendaman magnesium flakes bila dengar dia batuk. Nak cairkan kahak, nak detox badan dia balik.
2. Air kelapa
– Cari air kelapa, bagi anak minum. Untuk detox dan hydration jugak, sebab dia demam tak lalu makan apa langsung satu hari.
Ads
3. Honey garlic
– Sungguh mujarab yang ini. Bila dengar anak batuk tak berhenti, saya bancuh 1 sudu kecil dengan air, kemudian bagi anak minum. Memang nampak perubahan batuk dah berkurang banyak sangat.
– Setiap hari bagi makan, ketara betul perubahan batuk anak.
Ads
4. Sup singo pear
– Reneh singo pear dengan air, saya masak guna mode slow cook dalam Thermomix. Nutrisi lebih terpelihara, sebab masak suhu rendah.
Saya buat semua ni, ikhtiar untuk anak hilang batuk dalam masa singkat, setahun saya cuba cari yang serasi dengan anak.
Bila dah jumpa yang serasi, memang cepat Allah izin kita tackle masalah bila anak tak sihat.
Korang boleh try k. Mana tahu membantu korang jaga anak yang tengah tak sihat sekarang ni.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsangan sepanjang tempoh pertumbuhannya sejak usia bayi. Daripada pelbagai jenis rangsangan yang perlu diberi, salah satunya melibatkan pemakanan.
Makanan berkhasiat berupaya membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Mari kita kenali makanan yang dapat membantu kepintaran anak anda.
1. Bijirin penuh (wholemeal)
Roti merupakan salah satu makanan bijirin penuh yang boleh diambil. Disarankan mengambil bijirin untuk sarapan kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengah hari boleh melesukan otak yang dipaksa ‘bekerja’ pada waktu pagi.
Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak kerana dapat mengelakkan masalah lupa dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunah Rasulullah SAW adalah barli dan gandum yang dibuat menjadi roti.
2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
Kebanyakan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Masyarakat Jepun gemar menikmati menu ikan mentah, didapati mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Selain daripada ikan, khasiat ini turut boleh didapati daripada minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut. Sementara itu, kekurangan DHA dan EPA meningkatkan risiko Alzheimer dan menjejaskan kapasiti memori. Keduanya boleh didapati dalam minyak ikan.
3. Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang mengurus daya ingatan. Khasiat daripada telur turut meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak.
4. Kekacang
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Bangsa Yahudi mengamalkannya untuk mendapatkan anaknya cerdas dan pintar. Disarankan untuk mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatus sauda’ sebelum tidur selama 44 hari.
Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Diseases menunjukkan, kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia. Jenis kekacang lain yang boleh diambil adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji-bijan.
5. Sayur-sayuran
David Perlmutter di dalam bukunya, The Better Brain Book menyatakan, bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak. Jadi, sayur hijau pekat dan berwarna terang dapat membantu membendung serangan ini. Sebagai contoh, bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak.
Vitamin C dan E di dalamnya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
6. Buah-buahan
Untuk otak lebih cerdas, amalkan memakan buah setiap hari. Kajian Universiti Tuft, Amerika Syarikat menunjukkan keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek. Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam mempunyai tinggi anthocyanidin iaitu antioksida, sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Buah epal pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
Buah sitrus kaya dengan vitamin C. Oren mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu, ia mempunyai flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak. Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan menghilangkan rasa mengantuk.
Buah delima juga mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Dikenali sebagai superfruit, jus delima yang diambil sepanjang kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
7. Coklat
Coklat yang baik untuk otak ialah coklat tulen (pure butter cocoa) dan bukannya coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate). Ia mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak lalu meningkatkan kemampuan memori.
Perkongsian ini dibuat menerusi instagram stories dan ignya.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya, yang solat hajat untuk dia, yang DM dan mesej saya bagi kata-kata semangat.
“Alhamdulillah Jebat dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Nabila juga memanjat rasa syukur dengan perkembangan positif Jebat.
Keadaan anak saya semakin baik dan doktor menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sementara itu, aktor Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyayangi Jebat di Instagram (IG) miliknya.
Masalah pendengaran bayi bukan lagi sesuatu yang jarang berlaku. Berdasarkan laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendedahkan bahawa empat daripada setiap 1,000 bayi yang dilahirkan di negeri Johor mengalami masalah pendengaran. Data ini diperoleh hasil pemeriksaan terhadap 86.75 peratus daripada keseluruhan bayi yang dilahirkan di negeri itu pada tahun lalu.
Menurut Pengarah JKNJ, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad, pihaknya berhasrat untuk meningkatkan kadar pemeriksaan pendengaran bayi baru lahir kepada 90 peratus pada tahun ini bagi memastikan masalah dapat dikesan dan dirawat seawal mungkin. Beliau menjelaskan bahawa setiap bayi akan menjalani saringan dan pemeriksaan pendengaran dalam tempoh 28 hari selepas lahir.
Menurut Dr Mohtar, nisbah bayi mempunyai masalah pendengaran di negeri ini didapati lebih tinggi berbanding nisbah antarabangsa iaitu tiga daripada 1,000 bayi bagi kelahiran.
“Di peringkat dunia, terdapat tiga dalam 1,000 bayi dilahirkan mempunyai masalah pendengaran.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan lebih 700 juta penduduk dunia akan mengalami masalah pendengaran pada 2050.
“Di Johor, program saringan pendengaran bayi universal (UNHS) dijalankan di enam hospital berpakar sejak 2017. Sekiranya tidak dibuat di hospital, pemeriksaan dilakukan di klinik kesihatan,” katanya.
Menurut Dr. Mohtar, nisbah bayi mempunyai masalah pendengaran bayi di negeri ini didapati lebih tinggi berbanding nisbah antarabangsa iaitu tiga daripada 1,000 bayi bagi kelahiran. Di peringkat dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan lebih 700 juta penduduk dunia akan mengalami masalah pendengaran pada tahun 2050.
Di Johor, Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) dijalankan di enam hospital berpakar sejak 2017. Sekiranya tidak dilakukan di hospital, pemeriksaan dilakukan di klinik kesihatan bagi memastikan setiap bayi diperiksa seawal mungkin.
Masalah pendengaran bayi atau “hearing loss” merujuk kepada keadaan di mana bayi tidak dapat mendengar bunyi dengan jelas atau langsung tidak mendengar. Dalam konteks perubatan, keadaan ini boleh berpunca daripada kecacatan struktur telinga, jangkitan, faktor genetik, komplikasi ketika lahir, atau pendedahan kepada bunyi kuat semasa dalam rahim atau selepas kelahiran.
Menurut WHO, tiga daripada setiap 1,000 bayi di dunia dilahirkan dengan masalah pendengaran. Ini menunjukkan isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi turut menjadi cabaran global akibat gaya hidup moden dan pendedahan kepada bunyi bising berlebihan.
Salah satu cabaran utama dalam mengenal pasti masalah pendengaran bayi ialah mereka belum mampu memberi respon secara verbal. Oleh itu, saringan awal sangat penting. Namun, ibu bapa masih boleh memerhati beberapa tanda berikut:
Pemeriksaan awal biasanya menggunakan dua jenis ujian utama:
Kedua-dua ujian ini tidak menyakitkan dan boleh dilakukan seawal bayi baru lahir.
Menurut Dr. Mohtar, intervensi awal adalah kunci utama dalam menangani masalah pendengaran bayi. Apabila dikesan awal, peluang bayi untuk membesar dengan kemahiran komunikasi dan bahasa yang normal adalah lebih tinggi.
Rawatan bergantung kepada tahap kehilangan pendengaran:
Menurut Dr. Mohamad Khir Abdullah, Ketua Kepakaran Otorinolaringologi Johor, rawatan bergantung kepada keputusan saringan dan penilaian lanjut oleh pakar ENT.
Sejak 2017, Johor melaksanakan Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) di enam hospital berpakar. Program ini memastikan setiap bayi baru lahir menjalani pemeriksaan asas pendengaran sebelum dibenarkan pulang. Jika saringan tidak dilakukan di hospital, klinik kesihatan akan meneruskan pemeriksaan susulan.
Program ini sangat penting kerana lebih cepat masalah dikenal pasti, lebih besar peluang bayi untuk mendapat rawatan berkesan dan membesar dengan kemampuan komunikasi yang normal.
Walaupun tidak semua kes kehilangan pendengaran boleh dicegah, ibu bapa boleh mengambil langkah berikut untuk melindungi kesihatan telinga anak:
Ibu bapa juga disarankan membawa anak untuk pemeriksaan susulan sekiranya mereka curiga bayi tidak memberi tindak balas terhadap bunyi.
Pengesanan awal masalah pendengaran bayi amat penting. Kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah dan mendapat intervensi seawal umur enam bulan berpotensi untuk bertutur dan mempunyai perkembangan bahasa yang sama seperti kanak-kanak sebaya yang mempunyai pendengaran normal.
Kanak-kanak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah pendengaran bayi jika mereka mengalami mana-mana perkara berikut:
Masalah pendengaran bayi ialah isu kesihatan serius yang boleh menjejaskan perkembangan bahasa, komunikasi, dan pembelajaran anak. Statistik dari JKN Johor jelas menunjukkan keperluan untuk memperluas saringan awal di semua hospital dan klinik kesihatan.
Dengan kesedaran ibu bapa, pemeriksaan awal, dan intervensi profesional, ramai bayi dengan masalah pendengaran dapat membesar secara normal dan berdaya saing seperti kanak-kanak lain.
Masalah ini bukan sekadar isu telinga, tetapi juga isu masa depan anak-anak kita. Setiap tangisan pertama bayi bukan sekadar tanda kehidupan, tetapi juga detik penting untuk memastikan mereka benar-benar mendengar dunia dengan sempurna.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.