Bakal menimang cahaya mata kelima, isteri kepada Fad Bocey, Syaheera Rahman meluahkan rasa lega selepas kini berjaya melepasi trimester pertama kehamilannya.
Mana tidaknya, akui Syaheera, dia mengalami alahan yang teruk di awal trimester pertama kehamilannya seperti tiga kandungannya sebelum ini.
“Sikit lagi perjalanan anak ke-5 mommy.
“Rasa macam tak percaya dah selesai fasa morning sickness yang teruk,” luahnya berkongsi.
Ads
Akui ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, setiap kali hamil dia akan berdepan dengan alahan yang teruk dan muntah.
Namun dia kini bersyukur berjaya melepasi tempoh sukar itu dan kini berada di trimester kedua kehamila sebelum melahirkan anak kelimanya tidak lama lagi.
Ads
“Tak ada beza sebab semuanya memang teruk muntah. So cuba teka sekarang mommy dah berapa bulan?,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fad Bocey dan isteri mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dab Favian Adrazin Zayyan, 6, Nur Aminah Mishall, 5 dan Ibrahim Jibriel, 3 tahun.
Trimester pertama ialah permulaan kepada kehamilan anda. Ada 9 amalan yang anda lakukan dalam tempoh ini yang boleh melicinkan proses kehamilan dan kelahiran.
Bila disahkan hamil, ada ‘seseorang’ dalam rahim anda iaitu janin. Anda seolah-olah tidak percaya dan dalam masa sama teruja dan gembira. Bermula dari saat itu juga, anda harus menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.
Dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada trimester pertama hingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu lakukannya bagi mendapatkan maklumat penting agar dapat menjalani kehamilan yang sihat. Dapatkannya melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, Internet dan lain-lain.
Di trimester pertama, anda sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.
Anda tidak perlu makan untuk dua orang! Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda seimbang.
Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. Dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindarkan rasa mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap pra eklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak
Mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda elak kemurungan semasa hamil. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.
Sejak daripada awal kehamilan, anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.
Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. Dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi atau
empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-sebaiknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan segar.
Alternatif lain ialah minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila disahkan hamil, automatik perasaan teruja itu ada dalam diri setiap wanita. Namun nak melalui fasa mengandung dan melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang mengalami alahan teruk dan ada juga yang mengalami pelbagai masalah kesihatan sehingga waktu nak bersalin.
Setiap orang pengalaman mengandung dan melahirkan berbeza. Sebab itu pentingnya kena jaga pemakanan dan kesihatan sewaktu hamil. Kesihatan yang baik dan emosi positif memberi kesan yang mudah untuk bersalin secara senang dan tenang.
Berikut ada 4 tip yang boleh diamalkan:
Pertama:
Penting ambil makanan yang sihat, makan makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Elak makanan yang diproses kerana di dalamnya mengandungi pengawet pewarna perasa yang melemahkan imun badan. Mengandung bukan tiket nak makan segala, craving all the time. Boleh amalkan green juice dari sayuran hijau dan jus buah-buahan segar. Organik lebih baik tapi kalau semua organik boleh kanser poket kita. So tak organik pun ok beli local punya, rendam dengan cuka epal/cuka kurma cuka tiruan pun boleh sebab dalam cuka ada probiotik yang membantu menyingkirkan racun. Elak sayuran dari China kerana isu tanah bertoksik dan begitu juga USA yang banyak GMO.
Kalau takde cuka guna baking soda dicampur air suam pun boleh. ,Pilih ulam-ulam lagi sedap. Kena ingat, apa yang ibu mengandung makan sekarang memberi kesan kepada tiga generasi akan datang, epigenetics. Kita nak jaga kesihatan keturunan kita kan.
Kedua:
Bergerak aktif penting. Alahan diawal pregnant antara tanda kekurangan magnesium. Kita ni selalu fokus tentang kalsium tetapi selalu lupa tentang mineral penting ni. Ini hasil pembacaan . Alahan, kita tahu itu perkara biasa. jadi, kalau alahan pun kena usaha untuk bergerak, cuba dapatkan cahaya matahari vitamin D natural tu bagus sangat untuk kita. Banyak bergerak bantu pengaliran darah berjalan baik dan kita juga dapat refreshment kan. Dihujung kehamilan lagi aktif. Menggolek gym ball, squat, turun naik tangga abaikan lift.
Ketiga:
Ceria emosi. Ini memang penting. Wanita ni ada beribu-ribu emosi sebab kita ada banyak hormon yang macam-macam tindak balasnya. Ini adakala paling susah nak buat kadang-kadang sendu sendirianlah jawabnya tapi jangan biarkan berlarutan. Belajar untuk jangan fikir perkara diluar kawalan, breath and let it go. Bila tenang, hormon oksitosin pun dirembes dengan baik. Uterus pun seronok melayan contraction. Baby pun tenang, dapat oksigen dengan baik mudahlah baby keluar.
Keempat:
Yakin sampai masa baby nak keluar, ia akan keluar sendiri. Enjoy layan surge sambil membayangkan betapa seronok nak jumpa baby. Bila seronok, contraction yang memulas membelit ruang perut yang dirasa masa 1st time bersalin dulu, hanyalah mild saja. Faham fisiologi melahirkan itu penting. Bila ibu stres, melayan macam-macam emosi yang tidak sihat, hormon kortisol pun meninggi. Badan melawan ombak contraction dengan keras maka stres lah badan ibu. Baby dalam perut pun stres macam mana baby nak keluar dengan baik. Macam mana uri nak sama-sama keluar ikut baby keluar bila sama-sama stres. Baby ni Allah jadikan sampai masa ia akan keluar sendiri.
Alhamdulillah. Senang dan tenang melahirkan, atas usaha sungguh-sungguh dan izinNya.
Setelah mengumumkan berita kehamilan baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam berkongsi pula berita yang agak sedih sama ada boleh atau tak dia meneruskan kandungan.
Mesra disapa mommy Becca, dia memberitahu ini berikutan pengalamannya bersalin semua anak adalah secara czer. Bagaimanapun, pada Jumaat (7 Oktober) Rebecca dan suami telah berjumpa dengan Pakar O&G untuk mendapatkan kata sepakat dengan doktor.
Hasil daripada perbincangan dan melakukan scan, Rebecca menyatakan dia bertekad untuk meneruskan kandungannya.
Dalam perkongsian di insta storiesnya, dia memohon doa orang ramai agar dirinya terus kuat untuk membawa amanah ini dan semoga dipermudahkan urusannya sehingga bersalin kelak.
“InsyaAllah doakan saya strong. InsyaAllah saya keep this baby. tadi scan baby dah ada jantung, dengar degupan jantung dia. Jatuh air mata saya,” tulisnya.
Rebecca juga turut berkongsi perkembangan bayi yang dikandungnya.
“Saya percaya saya boleh, InsyaAllah. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya dan ‘baby bump’,” kongsinya.
Sementara itu, Rebecca juga turut berkongsi gambarnya dan suami pergi membuat pemeriksaan kandungan serta sedutan video pendek dihadapan bilik doktor.
“Today check up and scan time for my baby bump, Bismillah 🤰😉
“Doa kan yang baik-baik k, di pagi Jumaat Barakoh ni dan semoga doa yang baik-baik semua buat anda juga,” tulisnya.
Sebelum ini, Rebecca menyatakan doktor risau dengan kehamilan ini jika diteruskan sebab takut dirinya tak kuat sehingga kandungan 9 bulan, ia mungkin membahayakan nyawanya. Namun pada bayi, insyaallah ok.
Diharapkan kehamilan keenam Rebecca akan dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Amin.
Kredit: IG Rebecca Nur Al-Islam
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Sabak apabila mendengar pengakuan pelakon Uqasha Senrose mengenai rumah tangganya diluar Mahkamah pada hari ini.
Ketika ditembual oleh wartawan, Uqasha menangis teresak-esak. Dalam suasana penuh emosi,...