Mengajar kebebasan sejak awal pada anak sangatlah penting. Bermanja-manja boleh saja, tapi jangan sampai melampaui batas. Melatih anak bebas mendorong perkembangan otak, fizikal, dan sosial-emosi anak dengan lebih baik, sehingga dewasa kelak dia boleh menjadi peribadi yang kuat.

Tahukah anda, sikap manja anak boleh timbul kerana ibu ayah merasa anak tidak berdaya untuk kendalikan diri. Menurut psikologi anak dan remaja, Richard Bromfield, Ph.D. dari Harvard Medical, Anda harus mengawal dan mengajar kebebasan pada anak, dengan cara:

Berkomitmen 
Jadikan anda dan suami sebagai pemimpin di rumah, sehingga mereka akan mengikut segala arahan anda. Jadi, bukan hanya anda yang boleh mengikuti kemahuan anak, mereka juga harus boleh mengikuti keinginan ibu ayah. Ajak bergaul juga dengan orang-orang di sekelilingnya, mulai dari adik beradik, sedara mara dan pengasuh.

Komunikasi jelas dan tegas
Beritahu anak mengenai apa yang Anda harapkan secara jelas. Contohnya, tekankan pada mereka untuk boleh belajar mengemas mainannya. Berikan arahan dengan ayat sederhana dan ucapkan secara perlahan, misalnya, “Jom, sekarang kemaskan mainan. Simpan dalam kotak mainan.”

Beritahu akibatnya
Tidak ada salahnya bila anda peringatkan dengan tegas jika dia tidak mahu menuruti Anda. Misalnya ketika dia tidak mahu mengemas mainan, katakan bahawa mainan itu boleh hilang atau rosak.

Sikit-Sikit Menangis! Dari Awal Anak Dah Manja Kena Cepat Perbetulkan Cara Didikan

Harus konsisten
Konsistenlah dengan aturan yang sudah anda tetapkan untuk menjaga wibawa anda di hadapan anak. Kalau anda mengubah-ubah aturan, anak boleh saja tidak menganggap ibu bapa serius.

IKLAN

Tip bagaimana anda sebagai ibu bapa mendorong anak menjadi individu yang berdikari & tidak terus menerus bergantung pada anda:

Biarkan anak membuat pilihan, contohnya “Hari ini kamu ingin pakai baju upin ipin atau boboiboy?”

Tunjukkan penghargaan pada setiap usaha anak. Bantu pula dia dengan memberikan alternatif. Contohnya, “Tidak apa-apa. Tin biskut itu memang susah dibuka. Cuba kamu ungkit dengan sudu.”

Dorong anak untuk meneroka sekeliling, seperti “Hmm.. Kira-kira mainan yang adik nak itu ada di kedai itu ke tidak ya?”

IKLAN

Beri dia motivasi atas setiap keinginannya. “Jadi, kamu mahu cuba ikut mewarna? Wah, pasti seronok sekali, jom kita cuba.”

Menghargai keberhasilan anak.
Ketika anak berhasil mencapai suatu target kebebasan, berikan penghargaan yang membuat anak percaya diri. Anda boleh memberikan pujian atau pelukan.

Sikit-Sikit Menangis! Dari Awal Anak Dah Manja Kena Cepat Perbetulkan Cara Didikan

Hindari:

IKLAN

Jangan terlalu banyak bertanya. Meskipun anda ingin mengetahui keadaannya, biarkan dia bercerita dan jadilah pendengar yang baik, contohnya menyapa anak pulang sekolah, “Seronok ibu lihat kamu dah balik sekolah!”. Belajar apa di sekolah tadi? Selanjutnya biarkan anak bercerita dengan sendirinya.

Jangan pula terburu-buru menjawab pertanyaan anak. Ajukan pertanyaan lanjutan yang akan membantu mengasah rasa ingin tahu dan kreativitinya, seperti “Wah, pertanyaanmu bagus! Menurut adik, bagaimana cara yang paling okey?”

Sekarang anda dah nampak cara kan? Selamat mencuba!

Moga-moga anak kita lebih cepat berdikari dan tidak terlalu manja sehingga menjejaskan tugas harian kita yang lain.

Sumber: Asiah Maharam

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI