Kalau tak nak anak jadi ‘tuan’, ibu ayah kena biasakan mereka dengan kepayahan sebelum mendapatkan sesuatu yang diingini. Jangan pula terlalu memanjakan anak dengan memenuhi semua keperluan mereka.

Ini bukan bermakna kita tak sayang akan mereka tetapi bila semua kehendak diikutkan maka anak pun akan naik lemak, mengada-ngada dan mempunyai karektor yang degil dan bersikap seperti ‘tuan’.

Perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah patut dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Salah satu cara untuk mencantikkan personaliti dan perkembangan karakter kanak-kanak adalah dengan membiasakan diri dengan kesusahan dan kepayahan hidup sebagai persediaan untuk masa hadapan. Dengan kata lain, kanak-kanak perlu tahu dan faham untuk mendapatkan sesuatu kita perlu bekerja keras.

Jika mereka tidak didedahkan dengan kepayahan sebelum untuk mendapatkan sesuatu, mereka akan mudah rasa kecewa. Akan berterusan sehinggalah mereka dewasa! Tetapi, haruslah menepati tahap perkembangan mereka juga.

Cuma sebagai ibu bapa kita pun perlu faham tahap asas mereka. Umur selepas kelahiran sehingga 6 tahun, adalah waktu bilamana mereka TIDAK MAMPU menerima arahan secara terus/langsung (direct instruction). Sebaliknya untuk umur 7 ke atas, pemikiran mereka sudah mula berkembang dan mampu untuk menerima arahan secara terus/langsung.

“Buang sampah di dalam tong sampah.”

IKLAN

“Jangan bazirkan air dan makanan.”

Untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, percayalah jika ibu bapa hanya memberi arahan seperti ini TANPA menunjukkan contoh, maka arahan anda hanyalah bersifat sia-sia.

Sebab itulah, untuk range umur sebegini, arahan perlulah bersifat indirect, tanpa ada tekanan psikologi. Apa maksudnya? Kanak-kanak akan memerhati dan membiasakan diri dengan sekeliling. Karakter dan personaliti mereka terbina, terpahat di dalam kepala dek manusia di sekeliling mereka.

Ibu Ayah Kan Role Model Anak

IKLAN

Menjadi figura atau role model yang terbaik untuk anak-anak bukan perkara yang main-main. Jadi, jika kita tidak menjadi contoh dan teladan untuk anak sendiri, siapa lagi?

Kalau si ayah sendiri tak reti membuang sampah ke dalam tong sampah, jangan marah kalau si kecil buang sampah merata.

Jika si ibu membazir makanan yang dimasak, jangan kecewa kalau anak anda tidak menghabiskan makanan yang di masak for whatever reason.

Sebabnya kita sendiri juga, kerana (1) kita tidak bertegas untuk melatih mereka membina personaliti dan karakter yang baik (2) kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik.

Apa sahaja peraturan yang kita tetapkan dan menepati tahap perkembangan karakter dan personaliti si kecil, maka ia bersifat mendidik. Tapi, perlu konsisten.

IKLAN

Contohnya, jika si anak meminta untuk belikan alat tulis Smiggle, maka tugas ibu bapa adalah

  1. Letakkan syarat, dan jadikan ia sebagai positive reinforcement. Untuk dapatkan alat tulis itu, si anak perlu membuat sesuatu atau melaksanakan tugas terlebih dahulu. Jika berjaya, maka ibu bapa akan beli kan. Jangan ibu bapa mungkir pula ya.
  2. Jika memang tidak mampu, berterus-terang untuk kata tidak mampu. Beri option yang lain, atau ajar untuk tidak berlebih-lebih. CUMA, ibu bapa jangan pula berlebih-lebih ya. Anak-anak memerhati. Ibu dengan tudung pelbagai warna, baju sampai tak muat almari. Ayahnya dengan membeli rokok. Ironi pula kalau cakap tidak mampu kan?

Ini adalah contoh bagaimana untuk membiasakan diri anak-anak dengan kesusahan.

Ada 4 cara bagaimana kita boleh mendidik karakter kanak-kanak.

  1. Apa sahaja kanak-kanak mampu buat, maka kita perlu terima.
  2. Kanak-kanak tidak disuruh untuk melakukan tugas yang melebihi keupayaan mereka.
  3. Kanak-kanak tidak dipaksa/dipujuk untuk melakukan dosa atau memberontak.
  4. Kanak-kanak tidak disuruh untuk berbohong, dan kita tidak boleh melakukan benda kurang baik di hadapan mereka.

Nampak ringkas, tapi padat. Walaubagaimanapun, seringkas-ringkas ini masih gagal dicerna oleh kita.

Cuba semak balik, antara di atas ini, yang mana kita masih belum melaksanakannya?

Sumber: Hazhari Ismail

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI