Bagi memberi pendedahan tentang manfaat menyimpan kepada anak-anak, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan Simpan Challenge Hunt yang berlangsung pada 29 Julai 2023 yang lalu. Acara tersebut telah berlangsung di The Bentong Farm, Bentong, Pahang dan seramai 30 peserta telah mendaftar untuk turut serta.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Editor Pengurusan Family & Parenting, Wan Erni Liza (kiri) bergambar kenangan bersama team Simpan SSPN

Untuk pertama kalinya, acara tahunan Pa&Ma dan Simpan SSPN ini telah diadakan secara ‘on ground’ dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Menariknya, selain anak-anak didedahkan dengan kebaikan membuat simpanan demi masa depan, mereka juga dapat belajar tentang haiwan dan alam semulajadi.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Antara peserta yang memeriahkan Simpan Challenge Hunt

Berkumpul Dari Awal Pagi
Ternyata semua peserta bersemangat untuk menyahut cabaran Simpan Challenge Hunt kerana mereka telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Tambah meriah kerana setiap peserta diberikan t-shirt khas berwarna ungu tua dan semuanya tampil sedondon!

Usai pendaftaran, para peserta mengikuti sesi Zumba untuk memanaskan badan. Pemilihan lagu rancak serta rentak tari yang menarik membuatkan ibu ayah serta anak-anak begitu teruja berzumba. Selain itu juga, para peserta telah diberikan penerangan ringkas bagaimana Simpan Challenge Hunt akan berjalan.

Ada 10 Checkpoint!
Supaya anak-anak lebih menghargai nilai wang dan suka menyimpan, setiap peserta diminta untuk pergi ke 10 checkpoint berbeza. Di setiap checkpoint yang berbeza ini, para peserta perlu menyelesaikan tugasan yang diberi. Selesai setiap tugasan, renjer akan memberi mereka token sebelum mereka ke checkpoint yang seterusnya.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Bersungguh-sungguh ya buat tugasan!

Suasana menjadi gamat kerana setiap peserta bersungguh-sungguh untuk memenuhi arahan serta menjalankan tugasan yang diberi. Anak-anak pula seronok kerana dapat belajar banyak perkara baharu serta begitu teruja setiap kali mendapat token dari renjer bertugas.

IKLAN
Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Seronok dapat token dari renjer bertugas, senyum lebar!

Antara checkpoint yang perlu peserta pergi adalah seperti Savannah, Aviary, Reptile, Tortoise, Moo2 & Friends, Pet Village, Kampung Orang Asli dan beberapa yang lain. Tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta adalah seperti memberi haiwan makan, memancing ikan, mewarna, mengasingkan barangan kitar semula serta serta banyak lagi.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Pandainya dia bagi kambing makan!

Buat Tabung Istimewa Simpan SSPN
Selesai melakukan setiap tugasan di checkpoint yang ditetapkan, para peserta harus berlari ke garisan penamat untuk mendapatkan tabung emas istimewa Simpan SSPN. Sebanyak 10 buah kumpulan yang terawal kemudiannya perlu berentap di pusingan akhir untuk menghasilkan tabung Simpan SSPN yang paling kreatif.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Kerjasama hebat antara ayah dan anak perempuannya

Alat tulis serta barangan asas untuk membuat tabung telah disediakan, para peserta hanya perlu membuat tabung tercantik bagi memancing perhatian juri. Bukan itu saja, para peserta juga perlu memastikan pelekat Simpan SSPN digunakan untuk menghiasi tabung rekaan mereka.

IKLAN
Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Masing-masing semangat tiup belon, seronok sangat!

Sementara menunggu keputusan akhir, para peserta juga telah menyertai sesi istimewa bersama Simpan SSPN serta cabutan hadiah istimewa. Ternyata kesemua peserta sangat gembira, syok betul!

Tahniah Kepada Pemenang
Semua 10 peserta peringkat akhir membawa pulang hadiah wang tunai yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN. Selain itu, mereka juga menerima barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Semua pemenang bergambar kenangan bersama team Simpan SSPN

Tahniah buat kesemua pemenang! Untuk pemenang tempat pertama, menerima wang tunai RM500 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN adalah adik Iqlima Wafeeya Rahimi manakala tempat kedua pula disandang oleh adik Sharifah Awliya Humaira, menerima RM300 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.

IKLAN
Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Tahniah adik Iqlima!

Pemenang tempat ketiga pula adalah adik Nazreen Rehanaa Rahimi yang mendapat RM200 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Tahniah adik Awliya!

Pemenang-pemenang saguhati pula menerima RM100 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN setiap seorang beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.

Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN diiringi Editor Pengurusan Family & Parenting, Pn. Wan Erni Liza.

Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN, Meriah & Beri Impak Positif! Peserta Seronok, Belajar Banyak Benda Baru
Tahniah adik Nazreen!

Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN. Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar tentang kepentingan menyimpan serta acara pada hari tersebut merupakan ‘bonding time’ terbaik antara ibu ayah dan anak-anak.

Tahniah kepada semua peserta dan teruskan memberi sokongan kepada Pa&Ma dan Simpan SSPN!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI