Kebanyakan ibu sudah tahu akan kebaikan menyusukan anak. Selain dapat membekalkan nutrisi terbaik buat si manja, ia juga membantu para ibu untuk menurunkan berat badan secara semula jadi. begitu juga dengan Instafamous popular, Dr. Fatin Liyana yang menyusukan anak keduanya, Hail Nolan Anwar Fazal, secara ekslusif sejak dia dilahirkan.
Berkongsi dengan Pa&Ma tentang caranya menyusukan Nolan, kaedah ini mungkin dapat membantu para ibu yang berniat untuk menyusukan anak secara ekslusif. Turut berkongsi rahsianya memerah susu badan, anda boleh mencuba tip yang dikongsikan oleh Dr. Fatin ini.
Ads
“Saya buat stok susu sejak anak berusia dua bulan. Ketika pantang dan tempoh bercuti, susu biasanya akan mencurah-curah. Gunakan peluang ini untuk buat stok. Kadang-kadang saya tak perlu pam, hanya menggunakan milk collector on one side ketika Nolan sedang menyusu pada payudara sebelah lagi. Untuk membuat stok, biasanya saya akan pam dua kali sehari.
Ads
Pagi selepas bangun tidur dan waktu lewat malam kerana pada waktu ni hormon prolaktin tinggi, maka susu yang dihasilkan sangat banyak. Setiap kali mengepam, hasil perahan lebih kurang 9oz ke 10oz. Maka saya dapat simpan lebih kurang 18oz-20oz setiap hari. Menggunakan konsep demand & supply, saya akan menyusukan Nolan sekerap mungkin pada waktu siang untuk mewujudkan permintaan.
Ads
Bila menyusukan Nolan sudah ‘kukuh’, saya ajar dia minum guna botol susu. Penting untuk ajar awal kerana kita tidak tahu jika terjadi apa-apa pada kita. Kasihan pula anak tidak pandai menyusu botol. Saya ajar Nolan menggunakan botol ketika dia berusia sebulan. Setiap dua atau tiga hari saya akan beri dia minum guna botol untuk tujuan melatihnya,” kata Dr. fatin ketika sesi temu ramah bersama team Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kecil mempunyai jiwa yang sering ingin mengeskplorasi dan sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Oleh kerana itulah, di mana-mana sahaja, mereka mahu meneroka, menyetuh, melihat, bermain, bereksperimen itu dan ini. Sememangnya fitrah anak-anak kecil. Jadi sudah tentulah ruang sekeliling akan bersepah. Namun, kita tidak boleh menghalang anak-anak berkreativiti, selama ianya selamat dan tidak bahaya.
Sampai bila ibu bapa mahu membiarkan rumah bersepah? Ada waktunya ibu bapa tidak boleh hanya menutup mata melihat keadaan rumah yang sebegitu. Nanti kita pula dilihat dan dilabel sebagai pengotor. Namun, ibu bapa juga tidak boleh menjadi ‘tukang kemas’ setiap kali rumah bersepah akibat perbuatan anak-anak.
Beberapa perkara kita boleh jadikan panduan untuk memiliki kediaman yang kemas dan bersih:
1. Rangsang
Seawal umur 2 tahun, anak-anak sudah pandai menerima dan memahami setiap arahan. Jadikan kesempatan ini untuk melatih anak anda untuk berlatih mengemas. Ini boleh dimulakan dengan mengajaknya mengemas bersama-sama dengan anda.
Jadikan ini sebagai momen yang menyeronokkan. Contohnya, ambil anak patungnya dan buat seolah-olah ia berjalan dan mahu masuk tidur ke dalam kotak simpanan mainan. “Kakak, tengok ni, doll dah mengantuk. Warghhh.. Dia dah menguaplah! Jom tidurkan dia dalam kotak ni”. Sama-sama dengan anak anda ambil blok-blok mainan dan masukkan ke tempat simpanan sambil belajar mengira. Buat lakonan dengan ceria untuk mengambil perhatian anak, dan anak akan berasa seronok.
2. Puji dan dorong
Anak-anak kecil, malah kita sendiri sebagai orang dewasa suka dipuji. Pujian adalah strategi disiplin yang mudah, tetapi berkesan yang dapat meningkatkan tingkah laku yang baik. Tetapi pujian tersebut mestilah kena dengan cara, tempat dan waktunya. Para ahli psikologi berpendapat, memberi pujian kepada anak adalah salah satu cara mendidik peribadi yang baik. Sebaliknya, jika pujian diberi pada keadaan yang kurang tepat, ia akan membuatkan anak-anak sentiasa bergantung kepada pujian dan menurunkan motivasi anak-anak jika tidak mendapat pujian kelak. Puji anak anda apabila dia pandai mengemas mainan selepas bermain.
Puji hasil kerjanya walaupun tidak seberapa kemas, setanding dengan umurnya. “Kakak kemas dulu mainan atas meja ni, dah siap nanti tunjukkan kepada ibu ya?” Anak saya suka menunjukkan hasil kerja mengemasnya kepada saya. “Ibu, tengok ni. Surprise!”, katanya setelah siap mengemas. Kemudian saya akan buat seperti teruja gembira, “Wahh..pandainya Kakak kemas..” Wajahnya bertukar menjadi gembira. Bermaksud ‘self esteem’ telah meningkat. Kadang-kala ada sedikit lagi barang yang bersepah, saya tetap beri pujian dan menyambung ayat, “Jom kita kemas lagi, ada lagi sikit je lagi ni”.
3. Disiplin
Ibu bapa harus membuat perkara nombor 1 dan 2 berulang-ulang kali. Jangan marah kerana anak-anak kecil perlukan masa untuk memahami perkara yang baru dipelajari. Beri masa yang cukup untuk mereka mengemas. Tepai, tugas mengemas itu harus disiapkan juga, tidak kira apa. Beri arahan dengan tegas berulang kali apabila anak membuat sepah.
Perkara ini, apabila dijadikan sebagai rutin, anak-anak akan jadi terbiasa. Ingat, semua ini harus dimulakan sejak anak kecil lagi. Janganlah pula anak dah berumur 4 atau 5 tahun baru kita nak mula mengajarnya mengemas.
Kredit: Farah Suraya Md Nasrudin
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Bila dah hidup berpasangan, masing-masing perlu bertolak ansur dan tak boleh fikirkan untuk diri sendiri semata-mata. Sebahagian hidup isteri kini untuk suaminya, manakala suami pula untuk isteri.
Sebab itu, kedua-duanya perlu sentiasa bertolak ansur dan memahami satu sama lain. Menurut Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, suami mesti perlu menghargai dan berbuat baik dengan isteri.
Wahai suami, buat baiklah pada isteri. Jangan berkira dan jangan buat sambil lewa. Walaupun kamu tengok dia boleh buat macam-macam. Tetap. Jangan biar dia buat seorang diri.
Ambil tahu emosi dan perasaannya. Cuba kamu tanya pada diri sendiri, “kalau aku sakit, siapa nak jaga aku ye?”
Bayangkan sesuatu berlaku pada kamu. Kena admit masuk hospital, hilang upaya baik yang sementara atau kekal.
Siapa nak jaga kamu? Siapa yang akan masak untuk kamu? Suapkan kamu? Siapa yang akan mandikan kamu, lapkan badan kamu? Siapa pula nak ganti tempat kamu untuk cari rezeki? Dah tentu isteri kamu.
Waktu kamu sihat ni, kamu jaga dia tak? Waktu kamu sihat ni, kamu ambil tahu tak tentang dia.
Sihat ke badannya, sihat ke mental dan emosinya? Kena tanya belaka. Kena tanya selalu. Sekarang, benda tu mungkin tak jadi lagi. Maka kamu rasa tak apalah. Kenapa nak fikir sekarang. Tapi kalau nauzubillah berlaku?
Dan masa itu, tiba-tiba isteri pergi. Taknak jaga kamu. Bila ditanya,
“Dulu waktu abang sihat, abang ada jaga saya tak? Sekarang bila abang sakit, saya nak jaga abang?”
Cuba bayangkan apa kamu rasa bila dengar macam itu?
Wahai para suami, Tok abah bukan nak menakutkan. Jauh sekali mendoakan. Tok abah cuma nak kita beringat dan berfikir betapa besar jasa dan pengorbanan isteri kita.
Kena ambil berat dan selalu tanya keadaan mereka walau mereka ini hari-hari ada depan mata kita. Kerana, biasanya yang dizahirkan nampak okay, tetapi yang di dalamnya itu memendam keperitan yang tak selalu kita sedari.
Buah oren antara yang menjadi kegemaran ramai. Buah ini dikategorikan sebagai buah sitrus sama seperti buah lemon, limau nipis, limau mandarin dan lain-lain. Dalam sebiji buah itu, ia kaya dengan serat, vitamin C, folat, kalium dan antioksidan serta dimakan segar atau dibuat jus.
Bagi anak-anak yang menggemari buah oren, ia sangat bagus. Cuma mungkin ada anak-anak bila makan oren tak suka ada empulur putih dan hanya menghisap airnya saja. Buat pengetahuan ibu ayah semua, rugi sangat kalau anak tak makannya dengan empulur putih itu.
Berikut adalah kupasan lanjut daripada Dr Mazliana Mazlan dan lepas dah tahu ini boleh minta anak makan sekali ya!
Ajar anak makan oren sekali dengan empulur putih di celah-celah buah. Dalam buah oren, ada kandungan limonoids.
Kajian menyatakan limonoids bertindak sebagai antivirus, antifungus dan juga antibakteria. Dalam sebiji buah oren, bahagian empulur yang ramai anak-anak kita tak nak makan itulah yang paling tinggi kandungan limonoids.
Ada juga kandungan Hesperidin. Ia bekerja bersama-sama dengan vitamin C dalam buah oren, untuk menjaga jantung, melawan sel kanser dan juga jangkitan kuman.
Macam-macam kan khasiat yang anak kita boleh dapat jika ambil makanan dari sumber yang asli.
Bagi anak makan buah oren sebagai buah adalah lebih baik dari jus buah oren. Kalau nak bagi anak minum jus oren, minum sekali dengan empulur dan serat-seratnya, tak perlu tapis.
Barulah anak dapat khasiat yang maksima kan. Sama-sama kita cuba ya. ❤️
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!