Anak-anak kecil mempunyai jiwa yang sering ingin mengeskplorasi dan sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Oleh kerana itulah, di mana-mana sahaja, mereka mahu meneroka, menyetuh, melihat, bermain, bereksperimen itu dan ini. Sememangnya fitrah anak-anak kecil. Jadi sudah tentulah ruang sekeliling akan bersepah. Namun, kita tidak boleh menghalang anak-anak berkreativiti, selama ianya selamat dan tidak bahaya.

Rumah Bersepah Tak Apa. Ajar Anak Dari 2 Tahun Sama-Sama Kemas!

Sampai bila ibu bapa mahu membiarkan rumah bersepah? Ada waktunya ibu bapa tidak boleh hanya menutup mata melihat keadaan rumah yang sebegitu. Nanti kita pula dilihat dan dilabel sebagai pengotor. Namun, ibu bapa juga tidak boleh menjadi ‘tukang kemas’ setiap kali rumah bersepah akibat perbuatan anak-anak.

Beberapa perkara kita boleh jadikan panduan untuk memiliki kediaman yang kemas dan bersih:

1. Rangsang

Seawal umur 2 tahun, anak-anak sudah pandai menerima dan memahami setiap arahan. Jadikan kesempatan ini untuk melatih anak anda untuk berlatih mengemas. Ini boleh dimulakan dengan mengajaknya mengemas bersama-sama dengan anda.

IKLAN

Jadikan ini sebagai momen yang menyeronokkan. Contohnya, ambil anak patungnya dan buat seolah-olah ia berjalan dan mahu masuk tidur ke dalam kotak simpanan mainan. “Kakak, tengok ni, doll dah mengantuk. Warghhh.. Dia dah menguaplah! Jom tidurkan dia dalam kotak ni”. Sama-sama dengan anak anda ambil blok-blok mainan dan masukkan ke tempat simpanan sambil belajar mengira. Buat lakonan dengan ceria untuk mengambil perhatian anak, dan anak akan berasa seronok.

2. Puji dan dorong

Anak-anak kecil, malah kita sendiri sebagai orang dewasa suka dipuji. Pujian adalah strategi disiplin yang mudah, tetapi berkesan yang dapat meningkatkan tingkah laku yang baik. Tetapi pujian tersebut mestilah kena dengan cara, tempat dan waktunya. Para ahli psikologi berpendapat, memberi pujian kepada anak adalah salah satu cara mendidik peribadi yang baik. Sebaliknya, jika pujian diberi pada keadaan yang kurang tepat, ia akan membuatkan anak-anak sentiasa bergantung kepada pujian dan menurunkan motivasi anak-anak jika tidak mendapat pujian kelak. Puji anak anda apabila dia pandai mengemas mainan selepas bermain.

IKLAN

Puji hasil kerjanya walaupun tidak seberapa kemas, setanding dengan umurnya. “Kakak kemas dulu mainan atas meja ni, dah siap nanti tunjukkan kepada ibu ya?” Anak saya suka menunjukkan hasil kerja mengemasnya kepada saya. “Ibu, tengok ni. Surprise!”, katanya setelah siap mengemas. Kemudian saya akan buat seperti teruja gembira, “Wahh..pandainya Kakak kemas..” Wajahnya bertukar menjadi gembira. Bermaksud ‘self esteem’ telah meningkat. Kadang-kala ada sedikit lagi barang yang bersepah, saya tetap beri pujian dan menyambung ayat, “Jom kita kemas lagi, ada lagi sikit je lagi ni”.

3. Disiplin

Ibu bapa harus membuat perkara nombor 1 dan 2 berulang-ulang kali. Jangan marah kerana anak-anak kecil perlukan masa untuk memahami perkara yang baru dipelajari. Beri masa yang cukup untuk mereka mengemas. Tepai, tugas mengemas itu harus disiapkan juga, tidak kira apa. Beri arahan dengan tegas berulang kali apabila anak membuat sepah.

Perkara ini, apabila dijadikan sebagai rutin, anak-anak akan jadi terbiasa. Ingat, semua ini harus dimulakan sejak anak kecil lagi. Janganlah pula anak dah berumur 4 atau 5 tahun baru kita nak mula mengajarnya mengemas.

IKLAN

Kredit: Farah Suraya Md Nasrudin

 

Rumah Bersepah Tak Apa. Ajar Anak Dari 2 Tahun Sama-Sama Kemas!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI