Tugas guru bukan setakat mengajar tetapi ada sebahagiannya secara sukarela sanggup membantu anak murid sendiri yang ada masalah. Seperti tindakan seorang guru ini yang tular di media sosial apabila dia bertindak memotong dan membersihkan rambut muridnya yang dipenuhi kutu.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok milik guru itu sendiri iaitu @zeraazzahra dan menunjukkan keadaan rambut murid yang dipenuhi kutu. Wajah anak murid tidak ditunjukkan, hanya bahagian belakangnya sahaja yang ada ditunjukkan.
Menerusi video tersebut, kelihatan guru berkenaan bawa anak muridnya keluar kelas dan kemudiannya mula menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.
@zeraazzahra♬ Ojo Dibandingke Farel Prayoga X Filla Talia (Rmp Channel) – Riza Productions
Guru bernama Zera itu kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tahu rambutnya dipenuhi kutu.
“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab pelajar itu.
Menurut Cikgu Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak.
Ini juga pengalaman kali pertama Zera mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah banyak kutu di rambutnya.
“Semangat anak cantik, cikgu akan terus pantau sampai kamu bebas kutu,” jelas cikgu berkenaan.
@zeraazzahraSemangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan
Perkongsian video tersebut ditonton jutaan penonton dan di ruangan komen ramai yang memuji tindakan guru berkenaan demi keselesaan anak muridnya.
“Insya Allah jadi anak yang baik, solehah ye…cikgu tu yang pegang kepala dia mesti dia ingat sampai bila-bila.”
“Terbaik cikgu… Tq sebab menjaga ank muridmu seperti anak-anak cikgu jua..”
Sumber: Wolipop; TikTok Zera Az Zahra
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikutkan Kehendak Isteri, Buat Dia Bahagia. Tak Sangka Rezeki ‘Mengalir Deras’
Sudah menjadi tanggung jawab seorang suami untuk mencari nafkah buat mengisi perut si isteri dan anak-anak. Betapa gigihnya seorang suami bekerja siang malam untuk emmastikan setiap keperluan insan tersayang dapat dipenuhi. Dalam setiap kesenangan, pasti ada pengorbanan yang harus dibuat. Tidak semua bernasib baik dapat bekerja di siang hari, ada juga yang terpaksa bekerja pada waktu malam. Dalam keterpaksaan diturutkan demi sesuap nasi buat keluarga di rumah.
Tertarik dengan perkongsian selebriti berbakat besar, Azmi Saat yang berkongsi di laman Faceook peribadinya, tentang kisah sahabatnya yang berpisah dengan isteri kerana tidak menemui kata sepakat. Puncanya kerana si suami terpaksa bekerja pada waktu malam dan ada masanya tidak dapat pulang ke rumah. Turut bersimpati dengan nasib sahabatnya itu kerana Azmi masih ingat lagi ketika dihubungi tidak lama dahulu oleh temannya itu, dia diberitahu yang dia bakal menjadi seorang bapa selepas lama berikhtiar. Kali ini, apabila bertemu sahabatnya memberitahu baharu saja berpisah dnegan isterinya.
Azmi juga ada berkongsi kisahnya. Dia dan isterinya juga pernah bergaduh kerana hal begini. Dia dan band Caliph Busker banyak mendapat undangan menyanyi, ada masanya Azmi pulang lewat atau tidak pulang langsung kerana terpaksa bekerja di luar kawasan. Isterinya pula tidak suka kehidupan begitu. Isteri Azmi lebih selesa dnegan kehidupan mereka, biarpun tidak senang tetapi Azmi sentiasa adanya dengannya setiap malam. Kata Azmi kerana kerap bertengkar hal ini, banyak tawaran pekerjaan terpaksa ditolak. Biar untuk menyanyi atau berlakon, Azmi tidak terima.
Kata Azmi, dari awal perkahwinan isterinya tidak pernah meminta untuk diberikan kemewahan. Cuma menginginkan Azmi sentiasa dengannya. memikirkan keadaan isterinya di rumah, Azmi mengatakan yang dia selalu menghiburkan orang tetapi hatinya sendiri tidak terhibur. Selalu menggembirakan orang sedangkan isteri sendiri bersedih.
Minggu lepas berpeluang jumpa dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Alang-alang ada kerja di Johor, curilah masa sedikit bertemu beliau walau pun letih sebenarnya.
_____________________________________________________________________
Dalam kami berbual, sempat saya tanyakan “anak kau dah boleh buat apa sekarang?”
“Anak aku dah mula bercakap. Tapi aku sedihlah. Aku baru je berpisah dengan isteri aku.
“
Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Punyalah terkejut saya. Masih terngiang-ngiang perbualan saya dan beliau dalam telefon beberapa tahun lepas. Punyalah teruja beliau bercerita yang beliau bakal menhjadi bapa selepas gigih berikhtiar. Tup tup hari ni jumpa dah berpisah. Macam tak percaya.
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Isteri aku tak faham kerja kita Mi. Biasalah pemuzik. Kadang-kadang kena pergi buat persembahan jauh-jauh. Kalau musim sibuk aku jarang ada masa dengan dia. Waktu itulah dia asyik merungut. Lama-lama tak tahan juga aku.”
“Oh. Sabarlah ya. Ini ujian untuk kau orang.” Hanya itu yang mampu saya katakan pada beliau walau pun dalam hati macam-macam yang mahu saya kongsikan namun tak sanggup Mengenangkan beliau baru sahaja berpisah.
Sebenarnya saya juga pernah melalui pengalaman begitu. Baru-baru ini saya menolak tawaran berlakun drama yang sepatutnya penggambarannya akan dilaksanakan dalam bulan oktober ini kerana perlu meninggalkan isteri selama satu minggu. Saya pernah juga tolak tawaran menjadi artis rakaman walau pun lagunya sudah dirakamkan kerana jadual promosi yang memerlukan saya terpaksa meninggalkan isteri beberapa hari. Banyak lagi undangan yang pernah saya tolak walau pun bayarannya agak lumayan. Semuanya kerana jadual yang padat memerlukan saya terpaksa mengorbankan masa bersama isteri.
Sejak awal perkahwinan saya dan isteri, dia tak pernah minta kemewahan. Cuma satu yang dia minta ia itu masa di sebelah malam. Isteri saya boleh jadi sampai tak boleh tidur kalau ditinggalkan waktu malam. Tak tahulah kenapa. Dia akan resah, bimbang dan takut bila berseorangan waktu malam. Tak ramai orang yang faham. Cuma orang yang rapat sahaja yang tahu masalah dia.
Dulu saya dan isteri kerap bertengkar. Waktu awal Caliph Buskers dikenali, jadual kami terlalu padat. Saya tak boleh tolak undangan kerana saya penyanyi utama. Biasanya penganjur tak mahu mengundang jika saya tak ada.
Setiap kali undangan yang memerlukan kami bermalam, setiap kali itulah saya dan isteri akan bertengkar. Ia sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan perasaan saya sewaktu bekerja. Walau pun dapat bayaran tapi tak ada ketenangan. Saya menghiburkan orang tapi diri sendiri tak terhibur. Saya menggembirakan orang tapi isteri sendiri dirumah bersedih. Apakah maknanya?
Sampailah satu masa bila terlalu banyak bergaduh, isteri saya meluahkan isi hatinya. “Dari awal perkahwinan kita cuma satu sahaja yang saya minta. Saya sangat memerlukan awak di waktu malam. Semenjak awak dah jadi artis saya selalu ditinggalkan. Saya faham awak ada kerjaya sekarang tapi saya sangat perlukan awak. Saya tak kisah kita hidup susah sekalipun asalkan awak selalu ada dengan saya.”
“Siapalah saya untuk menghalang awak mengejar kerjaya awak. Sekarang saya minta awak buatlah pilihan. Jika awak benar-benar mahu mengejar kerjaya sebagai penyanyi yang sibuk, tolonglah lepaskan saya. Namun seandainya awak lebih memilih saya, buatlah sesuatu supaya saya tak selalu ditinggalkan bersendirian.”
Apa lagi yang mampu saya katakan? Sejak dari saya tak punya apa-apa walaupun duit untuk hantaran perkahwinan kami dialah yang bantu saya. Dua tiga tahun awal perkahwinan saya tak mampu memberi nafkah secukupnya pada dia tapi tak pernah sekali pun dia merungut. Malah dialah yang banyak membantu sampai saya boleh menjadi pemuzik. Dia pinjamkan duit untuk saya beli barang-barang muzik. Dia teman saya bmenyertai pertandingan menyanyi sana sini supaya orang tahu bakat saya. Dia yang beri semangat supaya saya jangan berhenti menyanyi walaupun waktu itu rasanya mustahil seorang buta boleh menjadi penyanyi di Malaysia.
Akhirnya, saya ambil keputusan untuk maklumkan pada ahli-ahli Caliph Buskers tentang pendirian saya. Sekiranya ada kerja yang memerlukan kita bermalam tolong maklumkan awal supaya saya boleh carikan teman untuk isteri saya. Jika tak ada orang yang boleh temankan, saya terpaksa tolak sebesar apa pun juga tawarannya. Begitu jugalah yang saya sampaikan pada pihak KRU Music selaku pihak yang bertanggungjawab menguruskan kami waktu itu.
Bermacam-macam kata-kata yang saya terima selepas saya suarakan pendirian saya. Ada yang kata saya takut bini. Ada yang kata saya tak akan ke mana kalau berpendirian begitu. Ada juga yang kata saya bodoh kerana menolak rezeki. Pernah juga saya terima nasihat,”Kau bincanglah elok-elok dengan isteri kau. Kerja sebagai artist ni bukannya bertahan lama. Setiap tahun akan ada penyanyi baru yang muncul. Waktu kau tengah naik inilah masa untuk kau kumpul duit banyak-banyak. Nanti kau dah tak popular kau peluklah isteri kau 24 jam.”
Jujurnya tertekan juga dengan kata-kata mereka. Sampailah akhirnya saya ditemukan dengan seseorang yang benar-benar membuat saya tekad dengan pendirian saya. Masih saya ingat kata-kata beliau. “Mi. Isteri ni tanggungjawab kita. Selain bagi makan, tempat tinggal dan pakaian, ketenangan dan kebahagian juga wajib seorang suami berikan pada isteri. Untuk apa banyak duit kalau tak gembira. Untuk apa kaya kalau tak bahagia.?
“Isteri yang baik tak akan sama nilainya dengan semua kemewahan yang ada di dunia ni Mi. Mereka akan sentiasa ada waktu kita susah. Mereka yang jaga waktu kita sakit. Mereka akan sambut waktu kita jatuh. Aku dapat rasakan isteri kau seorang yang baik. Kau hargailah dia. Tak akan pernah rugi kalau kau bahagiakan isteri yang baik. Kalau kau orang sepakat dalam berumah tangga, percayalah rezeki akan datang melimpah ruah lepas ni.”
Saya jadi tenang bila dengar nasihat itu. Tanpa saya sangka, macam-macam tawaran yang saya dapat selepas isteri redha dengan apa yang saya buat. Saya ditawarkan untuk menyertai Gema Gegar Vaganza musim pertama dan dapat ke final. Saya dapat tawaran menggantikan Faizal Tahir untuk AJL 32 dan dapat tempat k dua. Dapat juga berpeluang menjadi juri untuk Mikrofon Impian awal tahun itu hari. Baru-baru ini saya dapat pula tawaran bertanding di Muzikal Lawak Superstar. Semua ini peluang-peluang yang tak pernah saya terfikir akan saya terima. Dalam masa yang sama Caliph Buskers juga tak pernah putus rezeki walau pun kami sepenuh masa mencari nafkah dengan bermuzik.
Kawan-kawan. Sayangilah pasangan yang benar-benar sayangkan kalian. Dalam sibuk mencari rezeki, luangkanlah masa bersama kerana itu juga hak mereka. Fahamilah pasangan kalian kerana tiada siapa lagi yang layak memahami mereka selain kita. Yakinlah rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang pasti akan diberkati. Mudah-mudahan Allah limpahkan banyaknya kebaikan. Begitulah hendaknya.
Sumber: Azmi Saat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diperlekeh Pakai Kasut Tak Original, Adik Arman Dapat Kasut Baru Dari Stesen Radio. Rezeki Betul!
Rezeki tak pernah salah alamat. Tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai adik Arman diperlekehkan oleh netizen gara-gara tidak memakai kasut sukan original daripada salah satu jenama terkenal.
Difahamkan kasut sukan tersebut adalah pemberian hadiah daripada ibu adik Arman yang dikatakan tidak mampu untuk membelikan kasut original buat anaknya. Pun begitu anak kecil ini amat menghargai pemberian ibunya.
Dek keprihatinan itu, stesen radio terkenal, Era FM menghadiahkan kasut sukan baharu buat adik Arman yang telah berjaya menarik perhatian warganet.
Arman dan keluarga terlebih dahulu di bawa ke konti radio dan ditemubual bersama ibunya.
“Saya rasa macam sedih sebab itu hadiah dari mak.
“Saya rasa macam sebak, walaupun copy original tapi ibu beli bukan murah,” kata adik Arman berkongsi ketika di konti radio.
Menerusi temubual itu, akui ibunya, anak kecilnya itu kelihatan murung selepas membaca komen-komen yang tidak sepatutnya ditinggalkan diruangan komen.
“Waktu dia baca tu, dia terus jadi murung dan terus tidur.
“Saya beli online campur postage tak sampai RM80,” katanya berkongsi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Era.je di laman Instagram, penyampai radio Nabil Ahmad, Azad dan Radin Amir telah membawa adik Arman dan sekeluarga di sebuah kedai kasut.
Tidak hanya Arman bahkan adik dan abangnya serta kedua ibu bapanya juga turut dibelikan kasut baru. Memang rezeki.
Rata-rata wargamaya memuji Tindakan anak kecil ini malah amat berterima kasih atas keprihatinan stesen radio berkenaan yang prihatin.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hamil Trimester Ketiga, Isteri Harris Annuar Ada Tabiat Nak Cium Bau Dinding Simen Hari-Hari!
Alahan atau mengidam wanita yang sedang mengandung ni ada macam-macam. Teringin nak makan sabun, ada yang suka bau minyak, nak mandi hujan dan macam-macam lagi.
Bila dikenangkan mengidam waktu hamil ni memang lucu dan rasa pelik tapi itulah yang kita nak sangat waktu mengandung kan?
Setiap wanita hamil melalui pengalaman yang berbeza. Jika okay sahaja tak ada ‘mabuk-mabuk’ memang syukur sangat. Namun ada juga yang terpaksa berehat dan asyik muntah sepanjang kehamilan. Sampai masuk hospital pun ada!
Baca Juga:
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama
“Siapa Tahu Apa Dadija Cuba Sampaikan?”. Video Anak Tomok Membebel Buat Ramai Terhibur. Kecoh!
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon, Harris Annuar, isterinya kini yang sedang mengandung di trimester ketiga mempunyai satu tabiat pelik iaitu sukakan bau simen.
Sebuah video pendek yang dimuatnaik oleh Harris menunjukkan Asha Merican berjalan perlahan-lahan di ruang tangga kecemasan untuk menghidu bau dinding simen.
“Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan 🤣 Siapa macam ni jugak?”.
Sambil menemani Asha, Harris sempat mengusik isterinya itu. Beberapa kali berhenti semata-mata nak hidu bau simen. Biarpun terpaksa memanjat tangga, nampaknya ia tak menghalang Asha untuk memenuhi keinginan menghidu dinding tersebut.
Kebetulan ada cebisan cat yang terkopek dari dinding, Asha terus ambil dan cium. Harris juga bertanya sama ada isterinya sudah puas apabila dapat hidu bau dinding dan meminta supaya Asha masukkan cebisan itu di dalam hidung.
Tambah lucu bila Harris sudah keluar tetapi sempat merakam isterinya yang ‘curi-curi’ bau dinding sebelum keluar. Macam-macam kerenah ibu mengandung ni, rasanya banyak yang melalui pengalaman yang sama cuma mungkin berbeza benda yang diidamkan.
Sama-sama kita doakan semoga perjalanan kehamilan Asha dipermudahkan serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Tahniah, Harris dan Asha!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI