Anak kelihatan matang, tapi adakah itu tanda Sindrom Hurried Child?
Sebagai ibu ayah, tentu kita berasa bangga bila anak kelihatan matang, berdikari dan bijak menguruskan diri. Namun, tidak semua ciri “matang awal” itu petanda perkembangan sihat. Ada sebahagian kanak-kanak yang kelihatan tenang, rajin, dan ‘dewasa’ sebenarnya sedang memendam tekanan emosi yang dikenali sebagai Sindrom Hurried Child.
Dalam dunia serba moden, anak-anak semakin kerap terdedah kepada tekanan akademik, jadual padat, serta ekspektasi tinggi ibu ayah dan masyarakat. Dunia kanak-kanak sepatutnya dipenuhi permainan dan penerokaan, tetapi ada yang tidak sempat merasainya.
Apa sebenarnya Sindrom Hurried Child?
Sindrom Hurried Child merujuk kepada keadaan apabila anak dipaksa untuk membesar terlalu cepat, sama ada disebabkan tekanan akademik, masalah keluarga, atau gaya hidup yang menuntut mereka berkelakuan seperti orang dewasa.
Kanak-kanak ini kelihatan:
Rajin buat kerja rumah
Serius dan berhati-hati
Kurang bermain dengan rakan sebaya
Cepat risau bila buat salah
Bertutur seperti orang dewasa
Namun di sebalik tingkah laku “dewasa kecil” ini, tersembunyi rasa takut, cemas dan keinginan untuk memenuhi harapan orang lain.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Evidence-Based Social Work turut menunjukkan bahawa sindrom ini boleh berpunca daripada dasar sekolah yang menekan, ibu bapa yang sibuk, serta masyarakat yang terlalu menekankan kejayaan.
View on Threads
Anak memendam rasa, orang dewasa tak sedar
Anak yang dibesarkan terlalu cepat belajar untuk menyimpan emosi sendiri. Mereka takut mengecewakan ibu ayah, lalu berusaha menjadi “sempurna” dalam segala hal.
Kesan yang sering berlaku:
Ads
Anak cepat cemas
Takut buat kesilapan
Kurang keyakinan diri
Tidak dapat menikmati waktu rehat
Nampak tenang, tapi sebenarnya tertekan
Mereka kelihatan matang dari luar, tetapi di dalam, jiwa mereka masih kecil dan perlukan ruang untuk bermain, menangis dan melakukan kesilapan tanpa dihukum.
Tanda-tanda anak mengalami Sindrom Hurried Child
Ibu ayah boleh mula peka jika anak menunjukkan ciri seperti:
Susah bermain spontan, lebih selesa buat tugasan seperti orang dewasa
Takut mencuba sesuatu yang baru
Mudah menangis bila ditegur
Selalu risau tentang pelajaran
Tak suka waktu santai atau rehat
Terlalu menjadikan kejayaan sebagai ukuran diri
Jika berpanjangan, ia boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti:
Sakit perut
Sakit kepala
Masalah tidur
Kemurungan
Tingkah laku agresif atau menyendiri
Ads
Tekanan perbandingan: luka yang tidak nampak
Antara punca utama sindrom ini ialah budaya perbandingan.
“Kenapa tak macam anak jiran tu?”
“Dia boleh, kenapa kamu tak boleh?”
Ayat sebegini membuat anak rasa tidak cukup baik dan terpaksa meniru orang lain. Mereka mula menyembunyikan keinginan sendiri kerana takut tidak disayangi.
Trend mini adults dan kesannya kepada Sindrom Hurried Child
Selain akademik, media sosial juga menyumbang kepada tekanan ini. Ramai kanak-kanak mula berfesyen seperti orang dewasa dengan memakai makeup, kasut tumit, dan pakaian yang tidak sesuai usia.
Fenomena “mini adults” ini kelihatan comel, tetapi jauh di sudut, ia memberi mesej kepada anak bahawa mereka perlu ‘dewasa’ untuk diterima.
Apa ibu ayah boleh buat?
Peranan kita sangat penting untuk mengurangkan tekanan anak. Antara langkah yang boleh diambil:
Ads
1. Hormati perkembangan anak
Setiap anak ada tempoh tumbesarannya sendiri. Jangan bandingkan.
2. Beri masa untuk bermain
Bermain adalah kerja anak kecil. Ia penting untuk perkembangan emosi dan sosial.
3. Kurangkan jadual padat
Anak perlukan masa rehat. Biarkan mereka bernafas tanpa tekanan.
4. Dengar cerita mereka
Kadang-kadang mereka tak minta penyelesaian, hanya mahu difahami.
5. Hargai usaha, bukan keputusan
Fokus pada proses, bukan hasil. Sokongan ibu ayah membina keyakinan diri anak.
Anak kita bukan mini dewasa
Ingatlah, anak bukan projek untuk dikejar atau perlumbaan untuk menang. Mereka adalah jiwa kecil yang perlukan kasih, ruang dan masa untuk membesar secara semula jadi.
Berilah mereka peluang menikmati zaman kanak-kanak – bermain, membuat kesilapan, bergelak tawa dan belajar dalam suasana ceria. Dengan sokongan lembut ibu ayah, insya-Allah mereka akan membesar menjadi individu yang seimbang, bahagia dan yakin diri.
Dilahirkan dalam keluarga kaya raya, sudah semestinya hadiah hari lahir buat si jantung hati kesayangan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mendapat hadiah yang bukan biasa-biasa.
Sempena hari lahir anak pertama mereka, Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia dua tahun, pasangan popular Indonesia yang juga anak dan menantu Kris Dayanti ini menghadiahkan sebuah kereta buat Ameena.
Bukan biasa-biasa, pada majlis sambutan hari lahir itu, Ameena menerima sebuah kereta Hyundai Staria yang berharga lebih Rp905 juta atau RM277 ribu pada usianya dua tahun.
Kata Atta, hadiah berupa kereta itu bagi memudahkan anak kecilnya itu ke sekolah memandangkan Ameena kini sudah pun bersekolah.
“Itu pun permintaan mamanya juga kerana dia bekerja dan saya juga bekerja.
“Jadi anak-anak sudah mula perlukan kereta kerana sudah mulai bersekolah. Lagi pun mamanya sudah pun memasukkan Ameena ke sekolah. Jadi inilah hadiahnya,” kongsinya.
Kereta Hyundai Staria berwarna hitam itu memiliki tujuh tempat duduk itu merupakan hadiah jangka panjang yang boleh digunakan sehingga Ameena dewasa kelak.
“Alhamdulillah nanti 20 tahun ke hadapan tak perlu beli kereta lagi untuk dia ke sekolah dan sampai bila-bila,” tambahnya.
Bukan bermewah-mewahan, kata Atta, dia memilih untuk memberikan kereta itu kerana mengikut keperluan anaknya untuk ke sekolah selain bermanfaat untuk tujuan lain.
Terdahulu, Ameena Hanna Nur Atta dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata perempuan, Azura Humaira Nur Atta yang kini berusia tiga bulan.
Pelakon jelita, Intan Najuwa sering mendapat perhatian kerana kehidupannya yang mewah tetapi tetap merendah diri. Biarpun berkahwin dengan suami yang berpangkat Datuk, namun dia tidak pernah bermegah-megah dengan kesenangan yang dimiliki.
Ibu kepada Imane Lunara ini juga lebih selesa bekerja dan menguruskan peniagaannya demi kepuasan diri sendiri tanpa berharap kepada suami.
Walaupun begitu, Intan tetap menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik. Malah perkongsian resipi darinya sering dinanti-nantikan warganet. Menerusi Thread, Intan ada mengulas topik ‘husband provider’.
Menurutnya, sebelum berkahwin dia dan suami banyak berbincang tentang masa depan mereka.
Biarpun Intan boleh menguruskan rumah tangganya sendiri, namun suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, tetap menyediakan para pembantu bagi memudahkan urusan sehariannya. Apabila bercakap tentang ‘husband provider’, Intan memberikan pendapat bernas tentang isu ini.
“Ya, saya selalu fikir 100 langkah ke hadapan. Perkahwinan ni bukan semata-mata tentang cincin tetapi kehidupan yang kita nak lalui bersama.
Ia harus datang dengan rasa hormat, kita sokong empayar suami tapi jangan lupa bina kejayaan kita juga. Jangan sampai ‘hilang diri’ kita.”
Kata Intan, sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suaminya banyak berbincang tentang rancangan masa depan, gaya parenting dan bagaimana mereka mahu membesarkan anak-anak. Benarlah kata Intan, sebenarnya untuk menjalani kehidupan yang harmoni bersama pasangan, rasa hormat sangat penting.
Selain itu, sokongan berpanjangan dan saling memahami keinginan pasangan juga perlu dititikberatkan supaya hubungan kekal bahagia dan tiada pihak yang merasa dipinggirkan. Biarpun perkahwinan Intan dan suaminya, masih baharu namun kedua-duanya sangat matang untuk berbincang tentang perkara penting sebelum membina sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, anak kepada hero Malaya, Remy Ishak, si comel Tuah Alam kini sudah pun berusia satu tahun tiga bulan.
Melalui satu entrinya di akaun Tik Tok, pelakon handalan ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
Bahkan Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak, 42, turut berjanji akan mendidik dan membesarkan anaknya sehabis baik hingga nafasnya yang terakhir.
“Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah.
“Ayah janji! ❤️,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Apa yang menarik pastinya bonding kedua beranak itu di pantai. Remy dilihat cukup sporting bila menemani Tuah untuk menghasilkan istana pasir sambil ditemani isteri tercinta, Ezza Yusof.
Begitu juga ketika menemani Tuah di persisiran pantai dan bermain di gigi-gigi air.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen turut mendoakan buat keluarga kecil Remy sentiasa hidup diberkati Ilahi dan bahagia selalu.
Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun mereka berkenalan.
Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai tahun lalu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.