
Sebagai ibu ayah, tentu kita berasa bangga bila anak kelihatan matang, berdikari dan bijak menguruskan diri. Namun, tidak semua ciri “matang awal” itu petanda perkembangan sihat. Ada sebahagian kanak-kanak yang kelihatan tenang, rajin, dan ‘dewasa’ sebenarnya sedang memendam tekanan emosi yang dikenali sebagai Sindrom Hurried Child.
Dalam dunia serba moden, anak-anak semakin kerap terdedah kepada tekanan akademik, jadual padat, serta ekspektasi tinggi ibu ayah dan masyarakat. Dunia kanak-kanak sepatutnya dipenuhi permainan dan penerokaan, tetapi ada yang tidak sempat merasainya.
Sindrom Hurried Child merujuk kepada keadaan apabila anak dipaksa untuk membesar terlalu cepat, sama ada disebabkan tekanan akademik, masalah keluarga, atau gaya hidup yang menuntut mereka berkelakuan seperti orang dewasa.
Kanak-kanak ini kelihatan:
Namun di sebalik tingkah laku “dewasa kecil” ini, tersembunyi rasa takut, cemas dan keinginan untuk memenuhi harapan orang lain.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Evidence-Based Social Work turut menunjukkan bahawa sindrom ini boleh berpunca daripada dasar sekolah yang menekan, ibu bapa yang sibuk, serta masyarakat yang terlalu menekankan kejayaan.
View on Threads
Anak yang dibesarkan terlalu cepat belajar untuk menyimpan emosi sendiri. Mereka takut mengecewakan ibu ayah, lalu berusaha menjadi “sempurna” dalam segala hal.
Kesan yang sering berlaku:
Mereka kelihatan matang dari luar, tetapi di dalam, jiwa mereka masih kecil dan perlukan ruang untuk bermain, menangis dan melakukan kesilapan tanpa dihukum.
Ibu ayah boleh mula peka jika anak menunjukkan ciri seperti:
Jika berpanjangan, ia boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti:
Antara punca utama sindrom ini ialah budaya perbandingan.
“Kenapa tak macam anak jiran tu?”
“Dia boleh, kenapa kamu tak boleh?”
Ayat sebegini membuat anak rasa tidak cukup baik dan terpaksa meniru orang lain. Mereka mula menyembunyikan keinginan sendiri kerana takut tidak disayangi.
Selain akademik, media sosial juga menyumbang kepada tekanan ini. Ramai kanak-kanak mula berfesyen seperti orang dewasa dengan memakai makeup, kasut tumit, dan pakaian yang tidak sesuai usia.
Fenomena “mini adults” ini kelihatan comel, tetapi jauh di sudut, ia memberi mesej kepada anak bahawa mereka perlu ‘dewasa’ untuk diterima.
Peranan kita sangat penting untuk mengurangkan tekanan anak. Antara langkah yang boleh diambil:
Setiap anak ada tempoh tumbesarannya sendiri. Jangan bandingkan.
Bermain adalah kerja anak kecil. Ia penting untuk perkembangan emosi dan sosial.
Anak perlukan masa rehat. Biarkan mereka bernafas tanpa tekanan.
Kadang-kadang mereka tak minta penyelesaian, hanya mahu difahami.
Fokus pada proses, bukan hasil. Sokongan ibu ayah membina keyakinan diri anak.
Ingatlah, anak bukan projek untuk dikejar atau perlumbaan untuk menang. Mereka adalah jiwa kecil yang perlukan kasih, ruang dan masa untuk membesar secara semula jadi.
Berilah mereka peluang menikmati zaman kanak-kanak – bermain, membuat kesilapan, bergelak tawa dan belajar dalam suasana ceria. Dengan sokongan lembut ibu ayah, insya-Allah mereka akan membesar menjadi individu yang seimbang, bahagia dan yakin diri.
BACA LAGI : Sindrom Edwards: Ini Sebab Terpaksa Gugurkan Bayi Dalam Kandungan