
Keletihan biasa? Semua ibu pernah rasa. Tapi apa jadinya bila keletihan itu sampai tahap hilang fokus, minda “auto‑pilot”, dan keputusan yang diambil boleh menyebabkan bahaya kepada anak sendiri?
Fenomena inilah yang dipanggil Parental Burnout bukan sekadar stress biasa, tetapi keletihan emosi, fizikal, dan mental yang kronik pada seorang ibu atau ayah hingga boleh mengubah cara mereka berfikir dan bertindak.
66% ibubapa pernah mengalami ‘Parental Burnout’ dan 2/3 daripada jumlah ini adalah para lbu.
‘Parental burnout’ tidak sama seperti ‘burnout’ yang dialami di tempat kerja. Jika kita mengalami ‘occupational burnout’ kita boleh ambil cuti tanpa gaji, ‘sabbatical’ ataupun letak jawatan, cari kerja di tempat lain.
Dengan ‘parental burnout’ kita tidak ada pilihan, kita tidak dapat melarikan diri dari tekanan dan kelesuan sebagai seorang Ibu ataupun ayah. Kita perlu terus ‘bekerja’ dan memikul tanggungjawab yang sama, di tempat yang sama dengan orang yang sama di sekeliling kita. Bayangkan.
Apa Itu Parental Burnout?

Parental burnout ialah keadaan di mana ibu bapa merasa terlalu penat, kecewa, dan kehabisan tenaga sehingga mereka tidak mampu lagi mengurus emosi dan tugas harian dengan baik. Biasanya gejala termasuk:
- Rasa sangat letih walaupun tidur
- Kesukaran membuat keputusan yang logik
- Perasaan tertekan dan terasing
- Kurang sabar / mudah hilang kawalan
- Hilangan minat dalam aktiviti parenting yang dulu mereka nikmati
Dalam keadaan ekstrem, ibu bapa mungkin bertindak secara auto‑pilot melakukan sesuatu tanpa sedar, termasuk membuat keputusan yang sangat berisiko.
Kisah Benar: Keletihan Yang Meragut Nyawa
Kejadian yang berlaku baru-baru ini pastinya mengejutkan kita semua. Apabila laporan berita menyiarkan bahawa keletihan seorang ibu tidak sengaja sedar telah memberi anaknya ubat yang salah sehingga salah seorang anaknya maut dan dua lagi dikhabarkan masih kritikal. Namun siapa kita untuk menghakimi ibu ini. Moga ini tabah dengan dugaan ini. Namun jadikan ia sebagai pengajaran buat kita semua agar kejadian ini tidak berulang.
Kejadian macam ini memang jarang, tetapi ia menunjukkan betapa bahayanya bila ibu bapa berada di dalam keadaan keletihan ekstrem tanpa sokongan atau rehat yang cukup.
Kenapa Keletihan Boleh Buat Seorang Ibu Hilang Fokus?
Secara saintifik, bila seseorang terlalu penat:
- Kognisi otak terganggu
Keupayaan membuat keputusan yang tepat merosot otak beralih ke mod “survival”, bukannya mod “rasional”. - Fungsi memori jadi lemah
Fokus dan ingatan jadi goyah ini menyebabkan kesilapan mudah seperti ambil ubat salah. - Kontrol emosi berkurangan
Keletihan kronik boleh sebabkan seseorang hilang kawalan emosi, mudah tersinggung, dan buat keputusan tanpa fikir panjang.
Kajian juga menunjukkan parental burnout berkaitan dengan risiko neglect (pengabaian) dan tindakan berbahaya terhadap anak, bukan semata‑mata stress yang biasa.
Tiga Dimensi Parental Burnout

Terdapat tiga dimensi parental burnout yang telah dikenalpasti oleh pakar iaitu;
- berasa sangat penat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa,
- merasakan semakin jauh daripada anak-anak secara emosional
- berasa tidak efektif dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu atau bapa.
Sindrom ini amat penting untuk dikenal pasti kerana ianya mampu menjadi duri dalam daging kepada kesejahteraan sesebuah keluarga. Mereka yang berisiko untuk mendapat parental burnout adalah;
1) Golongan ibu muda atau first time parent.
2) Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.
3) Ibu bapa dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan yang berbeza.
4) Ibu bapa yang perfectionist.
Sebenarnya, semua ibu bapa berisiko untuk mengalami burnout, tapi untuk sesetengah ibu bapa, risiko itu lebih tinggi.
Contohnya, seorang ibu akan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan seorang bapa.
Mengapa?
Ini kerana seorang ibu lebih banyak berkorban dan sentiasa mengutamakan keperluan orang lain dari keperluan diri sendiri. Akhirnya, ibu ini akan mengalami burnout.
Semua ibu mempunyai risiko yang sama, biarpun yang bekerja atau suri rumah. Cabaran ibu bekerja adalah untuk mencari keseimbangan antara kerja dan keluarga. Mereka selalu mengejar masa.
Lain pula kisah buat ibu suri rumah. Mereka jarang mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan orang lain. Apabila mereka rasa terasing dan kurang penghargaan untuk pengorbanan mereka, ini juga boleh menyebabkan mereka burnout.
Jika dibiarkan akan menyebabkan kesan dan impak yang besar terhadap kesihatan mental dan juga boleh meningkatkan risiko individu ini mengalami penyakit mental seperti kemurungan dan juga kebimbangan. Dalam sesetengah keadaan yang ekstrem pula, ada sesetengah ibu bapa yang bertindak mencederakan anak-anak mereka atau mengabaikan mereka.
11 Tanda‑Tanda Ibu Bapa Dalam Bahaya Parental Burnout
Tanda-tanda anda mengalami Parental Burnout
- Sentiasa berasa penat seharian.
- Mudah marah.
- Lupa mengenai aktiviti tidak melibatkan anak-anak yang pernah dibuat.
- Lupa mengenai banyak perkara yang pernah dilakukan sepanjang tahun-tahun sebelumnya.
- Mula mendambakan waktu seperti sebelum mendapat anak.
- Mula berfikir yang anak-anak sengaja membuat perangai semata-mata untuk menjengkelkan anda.
- Tidak mempunyai idea untuk menimbulkan perbualan dengan orang lain selain daripada mengenai kanak-kanak.
- Lupa mengenai perkara-perkara yang anda suka lakukan.
- Berasa wajib untuk sentiasa mengatakan anda gembira seratus peratus.
- Tidak tahu untuk melakukan apa-apa aktiviti ketika masa senggang.
- Banyak mengeluh tanpa mengetahui puncanya.
Apa Yang Boleh Kita Buat (Bukan Sekadar “Berehat!”)
1. Minta bantuan — tak salah minta bantuan suami, keluarga, kawan, atau komuniti.
2.Jadual semula rutin harian — kurangkan beban, buat masa untuk diri sendiri.
3. Rehat sebenar — tidur bukan sekadar baring, tetapi tidur berkualiti.
4.Dapatkan sokongan profesional — psikologi / kaunselor boleh bantu strategi coping.
5.Masalah ini bukan tanda kelemahan — ini tanda kita manusia, bukan robot.
Sumber: psychologicalscience.org, Majlis Keselamatan Negara, PParent Connect
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


