Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali bersama anak tersayang.
Pertama kali bergelar ibu selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, Siti begitu teruja sekali.
Bayangkan perasaan dialami Siti yang 12 tahun menyambut hari raya bersama suami dan ahli keluarga terdekat sahaja.
Tentu sahaja kehadiran bayi yang comel akan menambah kegembiraan dan kelainan dalam keluarga bahagia Siti dan Datuk K.
Kalau dulu persiapan raya tertumpu pada suami, anak-anak buah, duit raya dan kuih raya tetapi kini Siti akui dari awal Ramadan sudah sibuk memikirkan persiapan untuk Aafiyah sahaja.
Ads
Lucunya dalam gambar yang dimuat naik di Instagramnya, Siti yang teruja untuk berpakaian sedondon dengan si comel pada hari raya sampai terlupa untuk meletakkan sekali pakaian suami tercinta.
Nampak cantik pakaian sedondon ibu dan anak ini. Tentu mereka akan tampil paling menawan di pagi Syawal.
Pelontar vokal lagu Comel Pipi Merah ini memberitahu, sudah menempah empat pasang baju raya yang sedondon dengan anaknya untuk digayakan pada hari raya.
Ads
Nampaknya perasaan Siti pun sama seperti ibu lain yang ingin tampil berpakaian sedondon dengan anak di pagi raya.
Selain dari itu, Siti yang menerima banyak hadiah pakaian kasual daripada peminat tidak akan membazirkan pemberian tersebut. Hadiah pakaian yang masih banyak belum dipakai oleh Aafiyah pasti akan digayakan di hari lebaran ini.
“Bila akak bersalin?”, tanya Imah kepada rakan sekerjanya, Rozita. “Ikut ‘due’, in shaa Allah, hujung bulan ni,” jawab Rozita. “Wah, ‘bestlah’ cuti lama lepas ni,” balas Imah selepas mendengarkan jawapan daripada Rozita. ‘Best’ cuti lama, tetapi kenapa cuti bersalin perlu lama? Adakah ia penting?
Adakah cuti bersalin atau maternity leave adalah waktu untuk bersuka ria? Adakah cuti yang diberikan itu membolehkan wanita yang bersalin itu berehat sepuas-puasnya seperti andaian kebanyakan individu?
Tidak! Tidak sama sekali. Jika itu adalah dakwaan dan andaian yang bermain di fikiran anda berkaitan dengan cuti yang diberikan kepada kaum wanita yang bersalin, anda adalah dalam kalangan individu yang tidak memahami keperluan berpantang dan penjagaan diri selepas bersalin bagi wanita.
Tahu ‘tak’ cuti untuk wanita bersalin di Malaysia ini; 60 hari bagi kakitangan swasta dan 90 hari bagi pekerja kerajaan adalah cuti bersalin yang paling singkat berbanding luar negara?
Perbezaan cuti
Daripada pembacaan penulis, kebanyakan negara seperti Singapura dan United Kingdom memperuntukkan purata maternity leave sekurang-kurangnya 120 hari. Wah…banyak bukan?
Itu baru ‘sikit’, dekat negara Vietnam maternity leave diberikan sebanyak enam bulan. ‘Giler’ lama, kan? Haa…sebelum ini ibu yang bersalin dekat sana dapat cuti empat bulan. Empat bulan pun dah kira banyak, apatah lagi enam bulan.
Kalau duduk di Eropah pula, diperuntukkan cuti untuk individu yang bersalin ini sebanyak 14 minggu atau bersamaan 98 hari. Keluar topik sikit, menariknya dekat Eropah, ada peraturan yang membolehkan ibu bapa mengambil parental leave sekurang-kurangnya 18 minggu untuk setiap anak. Baguskan?
Sebab perlunya cuti panjang
Seperti yang dikatakan awal tadi, cuti bersalin paling lama pun adalah sebanyak 90 hari, itu kalau ibu yang bersalin itu adalah kakitangan kerajaan. Adakah tempoh itu mencukupi? Sebenarnya tidak.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri ketika melahirkan anak 4 tahun lepas yang ketika itu bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan akhbar, dengan cuti bergaji sebanyak 60 hari adalah tidak mencukupi.
Tempoh 60 hari yang bersamaan dua bulan itu belum cukup sesuai dirasakan penulis untuk menghantar anak; yang masih kecil dan lembut lagi kepalanya kepada pengasuh. Jadi atas sebab itu penulis mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Inilah dikatakan pengorbanan seorang ibu (puji diri sendiri).
Maternity leave bukan untuk kaum ibu yang baru bersalin berehat seperti anggapan kebanyakan individu. Tetapi cuti bersalin yang panjang itu adalah untuk memastikan bayi dilahirkan bersedia sebelum dihantar untuk jagaan pengasuh.
Mengeratkan hubungan
Tahukah anda terdapat risiko wujudnya masalah berkaitan kesihatan semasa tempoh kehamilan? Antara masalah yang sering berlaku adalah seperti kemurungan, postnatal blue melibatkan tekanan, diabetes melitus gestational, asma dan hipotiroidisme.
Malah, selepas melahirkan, hampir 50 peratus wanita akan berdepan dengan masalah kemurungan dan ia boleh bertukar menjadi situasi yang serius seperti post-partum depression (PPD). Antara simptom PPD adalah:
-Insomnia
-Menangis tanpa sebab
-Ketidakupayaan untuk menguruskan tugasan harian
-Wujud keinginan untuk mencederakan bayi atau diri
-Rasa tidak bernilai dan putus asa
-Kehilangan tenaga dan kelesuan
-Hilang selera atau penurunan berat badan
-Kepentingan maternity leave yang panjang bukanlah semata-mata untuk memberikan rehat kepada ibu yang baru melahirkan anak kerana sesungguhnya tidak wujud istilah rehat selepas melahirkan anak. Ini terutama bagi individu yang terpaksa menjaga anak sendirian tanpa bantuan pihak lain.
Tetapi dengan cuti bersalin yang lebih panjang, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan manfaat terhadap kualiti kesihatan wanita. Ini kerana mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian bagi memulihkan kesihatan ibu sebelum memulakan tugas dan mengelakkan tekanan kerja yang boleh memberi impak kepada bayi dan diri sendiri.
Maternity leave juga adalah untuk membolehkan ibu memberikan penyusuan yang eksklusif kepada anak dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama dapat membantu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
“Adik sayang sangat papa”. Itu ucapan terakhir Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, yang sukar dilupakan Mohd Taquddin Ramli, 33, selepas dimaklumkan anaknya itu ditikam.
Taquddin berkata, dia sangat terkejut selepas mendapat panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anaknya ditikam jam 1.30 petang kelmarin.
Dia yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor berkata, dia bergegas pulang ke Kemaman selepas mendapat berita itu.
“Ketika itu saya sedang bekerja, dalam keadaan terkejut saya tidak putus-putus berdoa supaya kecederaan dialami Nur Hafiya tidak serius.
“Kira-kira 10 minit selepas itu, saya mendapat maklumat dia (Nur Hafiya) gagal diselamatkan, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya Ahad lalu ketika Nur Hafiya datang melawatnya di Johor.
“Nur Hafiya beritahu datuknya yang dia rindu saya, sebelum dibawa berjumpa saya.
“Selama dua hari bersama, perangainya agak pelik. Dia amat manja dan sering bergurau dengan saya, kasih sayangnya nampak lain sangat,” katanya.
Katanya, pada malam terakhir bersama Nur Hafiya, arwah mengusap kepala dan janggutnya, serta beberapa kali memberitahu sangat menyayanginya.
“Dia juga kerap bercerita mamanya kini berada di syurga.
“Saya tidak menyangka itu petanda Nur Hafiya akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Taquddin berkata, kesedihannya yang kematian isteri akibat kemalangan tahun lalu masih belum terubat, kini dia kehilangan anak kesayangan pula.
Orang kata kalau tak kaya pun tak apa, asalkan keperluan keluarga cukup. Mungkin sekarang kita jarang lihat kesusahan orang namun hakikatnya keadaan ini masih ada lagi dalam kalangan masyarakat.
Perkongsian dari seorang guru, Syafaat Nasir di twitter mengenai nasib anak muridnya yang terpaksa bergilir memakai seluar sukan dengan adiknya sangat menyentuh hati orang ramai.
Sedang pemimpin Malaysia berebut kuasa, satu kisah untuk direnung bersama.
Tadi latihan pusat olahraga, ada sorang peserta dari sekolah lain datang pakai seluar sekolah.
“Mana seluar sukan?”
“Harini giliran adik pakai sebab dia ada PJ. Saya pakai seluar sekolah la.” Sedih.
Orang ramai hulur sumbangan
Selepas tweet yang di muat naik oleh guru tersebut viral, ramai yang memberi maklum balas positif dan menghulurkan sumbanga untuk perbelanjaan kanak-kanak ini.
Melalui update terkini yang dikongsikan oleh guru tersebut, beliau telah membawa anak muridnya itu membeli keperluan yang diperlukan selain membeli makanan untuk dinikmati bersama ahli keluarganya.
Nampaknya tugas guru bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Walaupun diluar bidang kerja namun atas dasar keprihatinan semua itu dilakukan dengan penuh ikhlas.