Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya pelakon jelita Siti Saleha tampil membuat pengumuman istimewa yang cukup menyentuh hati. Menerusi satu video manis yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Saleha memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Joshua Fitton.
Video ringkas tetapi penuh makna itu merakamkan detik indah apabila Siti Saleha menunjukkan imej imbasan ultrasound kandungannya, sambil tersenyum gembira dan berpelukan erat dengan suami tercinta. Lebih mencuit hati, pasangan ini turut berseloroh tentang ‘baby bump’ masing-masing.
“Josh banyak makan dan perutnya kembung. Jadi saya mahu sepadankan dengan perut dia,” tulis Saleha secara bersahaja dalam kapsyen.
Ads
Perkongsian yang cukup mesra dan penuh kasih sayang itu nyata mengundang reaksi hangat daripada peminat serta rakan-rakan artis yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat pasangan ini.
Untuk rekod, Siti Saleha dan Joshua Fitton telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, selepas kira-kira tiga tahun bergelar ibu tunggal selepas penceraian dengan bekas suami. Perjalanan hidupnya nyata memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk terus tabah dan percaya dengan perancangan Allah.
Ads
Majalah Pa&Ma mendoakan agar segala urusan kehamilan Siti Saleha dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Momen menjadi seorang ibu adalah satu anugerah besar yang pastinya mengubah hidup seseorang wanita — daripada seorang anak, kepada seorang ibu yang bakal menjadi dunia buat insan kecil yang dinanti.
Sejauh mana pun kita buat perancangan, jika Allah berkehendak atas sesuatu perkara, ia tetap akan berlaku dengan izinNya. Sebab itu ada pepatah menyatakan kita hanya merancang Allah jua yang menentukannya.
Situasi ini sama berlaku pada seorang ibu yang dapat tahu dirinya hamil ketika usia kandungan 22 minggu sedangkan dah buat “Bilateral Tubal Ligation” (BTL) atau mengikat tiub fallopio yang merupakan kaedah perancangan keluarga secara kekal.
Berikut perkongsian Puan Nur Zarra:
Ini kandungan yang ketujuh dan anak yang keenam. Anak saya yang keempat meninggal masa 32 minggu. Ada simptom of sndromic baby. Tapi tak dapat kesan awal. Anak nombor lima bersalin normal.
Kandungan 22 minggu baru tahu hamil
Anak yang keenam saya terpaksa czer sebab saya positif Covid masa 3 hari sebelum due date. Jadi terpaksa emergency czer. Sebab tu saya buat keputusan untuk BTL terus. Tak sangka saya boleh mengandung lagi dan masa tahu tu kandungan dah 22 minggu.
Bismillah…fuhhh.. First sekali.. SORRY DAYYAN.
Macam yang semua tahu, Zara dah BTL masa lahirkan Dayyan. Erti kata lain dah ‘ikat’ tahun lepas, 30/8/2021. Tapi dalam sebulan dua ni selalu rasa sakit perut.
Jadi kita buat tak kisah sangat je. Mungkin sebab lasak sangat. Tapi dalam seminggu sebelum tahu hal sebenar, ada rasa benda bergerak-gerak dalam perut makin lama makin kuat dan rasa kick.
Dalam hati ni langsung la tak terfikir pasal pregnant sebabnya dah ikat kan. Tapi hati ni tak sedap, takut benda yang tidak-tidak je. Sampai dah mula fikir unsur-unsur mistik.
Ada tanya doktor dan doktor cakap mungkin masalah usus dan mungkin juga mengandung luar rahim tapi sangat ‘rare’ la jadi benda tu. Memandangkan kita ni memang kerja kat postnatal wad, jadi Zara cerita kat daktor dan doktor decide nak buat 1 scan. Sekali Nahhhhhh…Hambik kau kepala budak.
Tak tau nak rasa apa. Dayyan baru nak masuk 11 bulan. Jalan pun belum dengan luka czer tu fresh lagi..Allahhh…meraung kat wad..drama kat wad tadi. Tak tau sedih sebab ape..terkejut? Trauma czer? Teruja? Tak tauuuu..
Jadi lepas ni berhati-hati la dengan kaedah apa pun korang guna. Bila Allah dah berkehendak. Maka tak ada siapa boleh persoalkan macam mana ia terjadi. Cuma harap semua dipermudahkan.
8 November (Selasa) kena masuk wad dah, 9 November (Rabu) insyaallah akan lahirlah penghuni rahim yang ketujuh. Doakan moga kelahiran ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.
Lepas bersalin nanti baru doktor akan buat pemeriksaan terperinci dan akan tahu apa punca sebenarnya. Sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya.
INFO MENGENAI BTL:
Apakah itu BTL ?
BTL ialah “Bilateral Tubal Ligation” atau mengikat tiub fallopio yang merupakan kedah perancangan keluarga secara kekal. Prosedur ini hanya boleh dilakukan secara pembedahan. Langkah prosedur ini melibatkan dengan mengikat kedua-dua tiub fallopio di tengah-tengah. Ini bagi mengelakkan sperma bertemu dengan ovum untuk persenyawaan.
Pembedahan boleh dilakukan sewaktu pembedahan Cesarean atau secara laparoskopik. Risiko kegagalan adalah nisbah 1 dikalangan 200 wanita. Terdapat kes BTL dibuka semula tetapi peratusan berjaya adalah sangat rendah.
Komplikasi BTL hanya berlaku ketika proses pembedahan seperti :
1) Pendarahan
2) Cedera Usus Besar / Ureter
3) Komplikasi Bius
Prosedur BTL itu sendiri tiada komplikasi pada kitaran haid, kuantiti haid, atau ketika melakukan hubungan kelamin. Risiko kandungan luar rahim adalah sangat rendah iaitu nisbah 1 dikalangan 1,000 wanita.
Sekiranya anda berminat untuk merancang keluarga secara kekal, anda boleh merujuk kaedah ini dengan Doktor anda.
Detik yang disangka rutin bertukar menjadi pengalaman luar biasa buat seorang jururawat berusia 41 tahun apabila pembedahan membuang cyst seberat kira-kira 10 kilogram rupa-rupanya membawa kepada penemuan yang tidak pernah disangka. Prosedur yang dirancang bagi membuang ketumbuhan itu akhirnya bertukar menjadi pembedahan kompleks apabila doktor menemui seorang bayi lelaki hampir cukup bulan yang membesar di luar rahim ibunya, satu keadaan yang dikenali sebagai kehamilan ektopik.
Menurut kenyataan hospital, wanita berkenaan, Lopez, sebelum itu disahkan mempunyai cyst ovari bersaiz besar. Keadaan kesihatannya menyebabkan beliau sering mengalami ketidakselesaan pada bahagian abdomen, namun tiada sebarang petanda jelas yang menunjukkan dirinya sedang mengandung.
Pemeriksaan lanjut termasuk imbasan ultrabunyi, ujian darah dan pengimejan resonans magnetik (MRI) dilakukan bagi menilai saiz dan kedudukan cyst ovari tersebut. Hasil pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan biasa kerana rahim didapati kosong.
Namun begitu, keadaan sebenar hanya terbongkar ketika pembedahan berlangsung apabila pasukan perubatan menyedari kehadiran janin yang membesar di luar rahim. Kehamilan ektopik dalam bentuk sebegini amat jarang berlaku dan hampir tidak pernah dikesan sehingga ke peringkat akhir.
Dalam kes yang amat luar biasa ini, janin membesar di dalam rongga abdomen berhampiran hati. Kedudukan punggung bayi pula berehat di atas rahim, manakala cyst ovari yang besar menolak organ-organ dalaman lain ke hadapan.
Situasi luar biasa ini menyebabkan kehamilan berkenaan langsung tidak disedari sehingga ke saat pembedahan dilakukan. Pengarah perubatan bahagian kelahiran Cedars-Sinai, Dr. John Ozimek, menyifatkan keadaan tersebut sebagai sesuatu yang hampir tidak pernah berlaku dalam dunia perubatan moden.
Menurut Dr. Ozimek, rahim pesakit didapati kosong sepenuhnya manakala cyst ovari yang besar mengambil hampir keseluruhan ruang abdomen. Dalam ruang sempit itulah pasukan perubatan menemui seorang bayi lelaki yang hampir cukup bulan.
Beliau menjelaskan bahawa kes kehamilan ektopik yang berkembang sehingga tahap ini sangat jarang dan hampir tidak pernah direkodkan dalam literatur perubatan.
Kehamilan ektopik sememangnya berisiko tinggi kerana plasenta tidak dapat berkembang dengan selamat seperti kehamilan normal. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang serius, ancaman nyawa kepada ibu serta risiko kematian janin.
Kebiasaannya, kehamilan ektopik dikesan pada peringkat awal kehamilan dan memerlukan rawatan segera. Namun, kes Lopez menjadi pengecualian luar biasa apabila janin terus membesar tanpa disedari sehingga hampir cukup bulan.
Pakar onkologi ginekologi, Dr. Michael Manuel, yang terlibat dalam pembedahan tersebut mengakui sepanjang kerjayanya beliau tidak pernah menyaksikan kehamilan ektopik yang berkembang sejauh ini.
Pasukan perubatan perlu merancang dengan sangat teliti untuk melahirkan bayi bersama plasenta dan saluran darah yang melekat di dalam abdomen, sambil mengeluarkan cyst ovari yang sangat besar serta memastikan keselamatan ibu dan anak terjamin.
Selepas cyst ovari berjaya dialihkan, pasukan obstetrik melakukan proses kelahiran. Namun, sejurus bayi dilahirkan, Lopez mengalami pendarahan serius yang berpotensi mengancam nyawa.
Tindakan pantas pasukan bius yang diketuai Dr. Michael Sanchez dengan penggunaan peralatan khas bagi mempercepatkan pemindahan darah berjaya menyelamatkan nyawanya. Bayi lelaki yang dinamakan Ryu itu dilahirkan dalam keadaan sihat dengan berat kira-kira 3.6 kilogram serta rambut yang lebat.
Menurut pakar neonatologi Cedars-Sinai Guerin Children’s, Dr. Sara Dayanim, pasukan perubatan pada awalnya bimbang tentang perkembangan paru-paru bayi tersebut. Namun, Ryu menunjukkan pemulihan yang sangat baik dan berada dalam keadaan stabil.
Lopez mengakui tidak pernah menyangka dirinya hamil kerana mempunyai sejarah kitaran haid tidak teratur selain ketidakselesaan abdomen akibat cyst ovari yang telah lama dialaminya. Selepas 17 tahun berdoa dan berusaha untuk mendapatkan anak kedua, kelahiran Ryu disifatkan sebagai satu keajaiban yang tidak ternilai.
Kisah ini menjadi peringatan buat wanita agar sentiasa peka dengan perubahan tubuh, tidak mengabaikan pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan pandangan lanjut demi keselamatan diri dan zuriat tersayang.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.