Selepas doktor mengambil keputusan untuk tidurkan Siti Sarah Raisuddin, 36, berikutan tahap oksigen tidak stabil, kira-kira jam 5 petang tadi sepasukan doktor telah membantu menyelamatkan bayi dalam kandungan. Difahamkan Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.
Berita itu dimaklumkan Syarikat Indigital Music melalui WhatsApp dikongsi pengurusnya, Nana Mohd Rom kepada pihak media.
“Assalamualaikum, untuk makluman, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi (6 Ogos)
“Bagaimanapun, Siti Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua agar segala urusan dipermudahkan,” kata Nana.
Sebelum menjalani pembedahan melahirkan bayi petang tadi, bacaan Yaasin beramai-ramai telah diadakan bagi memudahkan urusan Siti Sarah.
Ads
Sementara itu, suami Siti Sarah, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya selamat melahirkan putera bongsu mereka secara pembedahan, melalui perkongsian di Instagram (IG).
Shuib turut memohon orang ramai berdoa agar isterinya cepat sembuh.
Siti Sarah yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dimasukkan ke hospital, Rabu lalu, berikutan tahap oksigen yang tidak stabil.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.
Ads
Selain Siti Sarah, suami bersama tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang mampu melalui satu kehidupan yang bahagia bila mana terpisah dengan anaknya. Namun inilah yang dilalui oleh seorang ibu, yang berkongsi kisahnya di grup Edit Apa Hari Ini di Facebook.
Seorang ibu, Asrul Hidayu yang terpisah lama dengan anaknya meminta orang ramai yang berada di grup popular itu untuk melakarkan wajah anaknya yang terpisah sekian lama.
Permintaan itu yang tular di media sosial meruntun pilu orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai komen dan kata semangat.
“Assalamualaikum. Bolehkah tolong editkan gambar anak akak yang terpisah 14 tahun ni.
“Agak-agak macam mana wajah dia sekarang. Walaupun wajah dia mungkin sangat-sangat berbeza, kurang-kurang mampu mengubati rindu yang tiada kesudahan,” ujarnya berkongsi.
Akui Hidayu lagi, dia hanya memiliki wajah anaknya, Muhammad Danial Hazmi di ketika usianya tujuh hari. Malah sehingga kini dia tidak pernah dipertemukan dengan anak sulungnya itu.
Sarat menanggung rindu yang tak tertahan, Hidayu turut meminta ahli grup untuk melakar wajah anaknya dikala usianya yang kini menginjak 14 tahun.
“Muhammad Danial Hazmi (lahir 22/8/2009)di KPMC. Ni gambar masa dia 7 hari. Dia ada dengan keluarga angkat yang akak tak tau keadaan dan keberadaan dia kat mana.
“Sampai sekarang masih berharap dapat dipertemukan dengan dia. Rindu sangat-sangat. Sekarang dia dah ada 4 adik. Adik-adik dia tau kewujudan dia,” katanya lagi yang mengundang hiba orang ramai.
Menerusi perkongsian itu, saudara Shabikan Manan bermurah hati melakarkan gambar anak kecil itu seperti mana yang diminta Hidayu.
“Sekadar mencuba dari wajah asal baby. Wallahua’lam. Moga dipermudahkan urusan pencarian puan. Aminn,” tulisnya.
Dalam pada itu, seluruh perkongsian itu dipenuhi dengan ucapan dan kata-kata semangat serta doa buat ibu ini agar terus kuat serta dipermudahkan urusannya mencari anaknya.
Malah wargamaya turut berusaha mencari anak kecil itu dipelbagai media sosial lain seperti Instagram dan juga Tik Tok.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Majlis Merenjis Air Mawar
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Adat Resam Melayu Tak Patut Dilupakan
Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat resam budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Berharap Semua Berjalan Lancar
Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Walaupun tiada apa-apa ikatan, tetapi kenangan bersama arwah Dr Zarina Bibi masih tak dapat dilupakan oleh Norman Hakim sekeluarga. Pemergian arwah Dr Zarina benar-benar memberi kesan kerana Norman telah menganggapnya seperti seorang ibu.
Ibarat seperti ibu
Seperti yang dikongsikan oleh Norman di instagramnya, jasa arwah Dr Zarina tak dapat dibalas dan hanya doa yang baik-baik saja untuk arwah di alam sana. Ini berikutan keenam-enam anak Norman semuanya disambut Dr Zarina dan hingga kini masih ingat pesanan arwah untuk membesarkan anak.
Sebagai seorang suami dan bapa, Norman sangat terhutang budi dengan Dr Zarina kerana beliaulah yang mengajar buat air selusuh.
Masih ingat lagi nasihatnya, air selusuh dari air tangan suami adalah yang paling afdal untuk memastikan proses kelahiran lancar.
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
AL-FATIHAH buat Allahyarhamah DR.ZARINA BIBI yang telah kembali ke rahmatullah…
Doktor yg menyambut kelahiran dari anak pertama saya Mohamed Danish Hakim hinggalah ke Mikayla Delisha Hakim.Doktor yang saya anggap dah mcm ibu saya sendiri. Doktor yang mengajar saya untuk buat air selusuh sendiri untuk diberi minum kepada ibu2 yg melahirkan anak2 saya sebab air selusuh dari air tangan suami adalah yang paling afdal katanya.
Saya paling banyak terkesan atas ‘pemergian’ Dr.Zarina. Dia sentiasa ada untuk saya tak kira masa tiap kali saya perlukan dia bagi pihak ibu2 kpd anak2 saya dan juga tiap kali anak2 tak sihat dan sebagainya.Banyak ilmu jasmani seiring rohani yg dikongsikan terutama dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
“Lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa,kan?”
Kali terakhir berjumpa dalam pertengahan bulan Februari 2020 untuk suntikan Mikayla utk usia 18 bulan,maknanya yg terakhir utk Mikayla.Masa tu Doktor Zarina sebak & nangis cakap “lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa,kan?” Saya sambut dgn nada gurau “In shaa Allah lepas ni next anak kita jumpa lagi Doktor”.
Tapi bila dia dah takde,baru kita dapat nilai kata2 terakhir dia dlm nada sebak tu mmg benar2 petanda yg dia nak tinggalkan kita.Allahu sedih sgt2 rasa ni,dada saya berombak hening & hiba tiap kali teringatkan momen dari dia sambut kelahiran anak saya yg pertama sampai la yg ke-6.
Setiap kali jumpa,setiap kali tu bila saya nak bagi duit mcm buat pada mak sendiri,dia akan tolak & tak nak terima.Tapi bila saya cakap terimalah umpama dari seorang anak,dgn berat hati dia terima dan terus angkat tangan ke langit mendoakan saya dan keluarga.
Terima kasih untuk segala jasa Doktor buat saya seisi keluarga.Pada ketika ni,saya sangat2 rindukan Doktor. Besar sgt jasa & pengorbanan Doktor pada saya. Saya harap sangat2 kita dapat jumpa lagi kat dunia yg lagi satu selepas ni.Semoga Roh Doktor ditempatkan dikalangan para Syuhada.
Kawan2…mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Dr.Zarina Bibi semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya…AL-FATIHAH
Sementara itu, di instagram Memey Suhaiza, turut berkongsikan perasaan sedihnya apabila kehilangan doktor tersayang yang diibaratkan seperti ibu menjaga anak bermula dari fasa kehamilan, bersalin, penjagaan lepas bersalin dan proses membesarkan anak.
Doktor kesayangan saya dah meninggal. Semua anak sy Arwah Dr Zarina yg sambut, yang jaga setiap condition sepanjang sy pregnant..Suami sanggup follow hospital mana pun yg Dr Zarina bertugas. Sbb dah rasa selesa dijaga kita mcm anak.
Mengenalinya seorang yg sgt baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu. Apa pun masalah dlm labour room Dr Zarina sentiasa tenang… buat kita rasa sentiasa selesa ,tak risau. Allah lebih sayangkan Arwah.. Salam takziah buat keluarga Doktor. Semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman.
Ramai juga yg kenal dgn Dr Zarina Bibi kan…?Sama2 kita sedekah kan doa utk arwah ye…Al-fatihah
Sumber: Ig Norman Hakim & Memey Suhaiza
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!