Smiley Potato Homemade, Pakai Kentang Je, Bonding Anak Pun Makin Kuat!

Share

Adakalanya anak kita selalu moody dan kurang ceria, merajuk bila inginkan sesuatu dan sebagainya. Nak pujuk anak merajuk ni senang sahaja, jom ajak anak-anak ke dapur. Main masak-masak bersama dengan mama. Bila anak-anak lupa dan nampak sesuatu yang lebih menarik di depan mata, merajuknya pun hilang. Senang je.

Bukan pengalaman masak sahaja, bahkan bonding dengan anak pun makin kuat bila dapat masak bersama-sama. Apa kata kali ini kita cuba tambahkan keceriaan anak kita dengan Smiley Potato Homemade. Kasi anak senyum ceria. Dah lupa kan macam mana cara nak buatnya? Mama kita ni, Puan Umairah Jamaah sediakan resipi untuk anda.

Nak ajak anak yang jenis cerewet makan bukan senang. Kak Mai memahaminya sebab pernah melalui fasa-fasa tu. Apa kata ibu-ibu buat Kentang Senyum ni atau nama glamer dia Smiley Potato.

Mudah yakmat tau. Ada 4 cara yang kita kena buat. Bahan pun yang dok tersedia kat dapur aje. Paling penting ianya healthy food dibuat dengan penuh kasih sayang seorang ibu yang jelita. Bebas perasa dan pewarna tambahan. Sesuai untuk 9 bulan ke atas. Texture luar rangup. Dalam sangat lembut. Selamat mencuba. Semoga berjaya dalam usaha untuk galakkan anak makan makanan yang sihat-sihat belaka.

Watak utama pastinya Encik Kentang. Juga kita akan guna sedikit tepung jagung. Sorry lupa nak ajak bergambar sama. Ada jugak yang nak letak cheese untuk rasa lemak masin. Silakan. Better guna brand beqa (jenis blok). Penggunaan garam bergantung pada usia. Untuk baby dilarang ya.

Kupas kulit kukus atau nak rebus terpulang. Air semasa mengukus jangan banyak sangat.

Dah siap kukus. Tapis dan sejukkan. Pastu kita lenyek-lenyekkan. Kalau nak letak tepung jagung sikit dalam anggaran dua sudu. Bergantung pada bilangan kentang jugak. Sebelum nak Uli doh. Tabur sikit tepung kat permukaan elak melekat. Pastu uli doh. Ratakan guna rolling pin atau botol kicap.

Tekap bentuk yang kita suka. Ikut kreativiti mak mak la. Nak bentuk bujur ke, petak ke, segi tiga ke. KakMai suka bulat. Mata guna straw aje. Mulut guna sudu. Guna pakai apa yg ada aje. Be kreatiff gitu.

Kalau guna cheese akan melekit-lekit sikit. Bukan sikit tapi banyak. So kena kerap tabur tepung. Sebelum goreng masukkan kejap dalam peti ais. Nak kurangkan darjah kelekitannya. Then baru goreng. Nak terus goreng boleh aje.

Gorengg! Yang bawah tu muka beriman senyum manjang.

IKLAN