Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya hasrat pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki untuk menimang cahaya mata sudah termakbul.
Anzalna mengumumkan berita gembira beliau sudah hamil empat bulan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sempena majlis doa selamat sempena sambutan hari lahirnya, 9 Januari.
Sekian lama menunggu detik untuk hamil, Anzalna meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut. Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Ads
Anzalna dalam perkongsiannya jelas terharu dan bersyukur kerana momen ini adalah yang sangat dinantikannya bersama suami. Allah lebih tahu apa yang terbaik dan masa sesuai untuk anugerah ini.
Ads
“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulis Anzalna.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Sumber: instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebut nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bukan saja terkenal dengan suara lunak merdu, tapi kisah perjalanan hidup dan keluarganya juga selalu menjadi inspirasi ramai. Terbaru, Biduanita Negara ini mengundang perhatian apabila berkongsi kisah lucu suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K, yang rupa-rupanya sangat takut bila tiba saat dia nak bersalin.
“Dia okay saya pregnant, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia,” kongsi Siti sambil ketawa manja dalam satu video yang tular di TikTok.
Ramai yang tahu perjalanan Siti dan Datuk K menimang cahaya mata bukan mudah. Selepas lebih 10 tahun menanti, pasangan ini akhirnya dikurniakan Siti Aafiyah pada Jun 2017 melalui kaedah IVF (Persenyawaan In-Vitro). Saat inilah bermula ‘fobia’ Datuk K.
“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh saya tengok dekat sebelah saya,” kata Siti lagi.
Bukan setakat berpeluh, malah Datuk K turut berzikir, memasang ayat al-Quran dan baca di telinga Siti sepanjang proses kelahiran berlangsung. Memang nampak sangat cuak dan risau seorang suami yang sayangkan isteri.
Lucunya, walaupun fobia, Datuk K tetap berada di sisi isteri tercinta. Itulah bukti kasih sayang dan sokongan yang suami boleh tunjuk walaupun diri sendiri gemuruh. Kata Siti:
“So, Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa bersalin sahaja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah sudah beri saya yang terbaik.”
Memang sweet kan? Ramai suami mungkin nampak tenang di luar, tapi bila isteri tengah ‘berjuang’ dalam labour room, hati mereka pun rasa berdebar sama.
Sebagai informasi, Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006. Selepas lebih 10 tahun menanti, pasangan ini dikurniakan dua permata hati, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, kedua-duanya lahir hasil rawatan IVF.
Bukan mudah lalui proses ini, malah Siti pernah berkongsi mengenai komplikasi serius yang dialaminya ketika melahirkan Aafiyah dahulu. Sebab itulah, bila anak-anak lahir dengan selamat, ia jadi satu momen penuh syukur dan emosi untuk mereka berdua.
Untuk semua bakal ibu bapa, jangan lupa, perjalanan kehamilan dan kelahiran ini memang penuh cabaran. Tapi dengan doa, usaha dan sokongan pasangan, semuanya akan jadi lebih mudah, insya-Allah.
Pa&Ma doakan semua ibu bapa di luar sana diberi kekuatan, kesabaran dan rezeki anak-anak soleh solehah. Setiap detik kehamilan dan kelahiran itu adalah kenangan paling berharga!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Komplikasi kehamilan bukan sekadar masalah kesihatan sementara sepanjang tempoh mengandung, sebaliknya boleh menjadi amaran awal terhadap risiko penyakit kronik wanita pada masa hadapan jika tidak diberi perhatian serius.
Ramai wanita menganggap sebarang masalah yang berlaku ketika hamil akan berakhir sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan. Namun, pakar perubatan kini mendedahkan bahawa sejarah kehamilan sebenarnya bertindak sebagai satu “tingkap kesihatan” yang mampu meramalkan risiko penyakit jangka panjang seperti penyakit jantung, diabetes dan strok.
Secara tradisinya, kehamilan sering dilihat sebagai satu peristiwa biologi sementara. Selepas tempoh berpantang, wanita dianggap kembali sihat seperti sediakala. Namun bukti saintifik terkini menunjukkan sebaliknya.
Apa yang berlaku sepanjang kehamilan memberikan gambaran penting tentang kesihatan sistem dalaman wanita, termasuk jantung, salur darah, hormon dan metabolisme. Sekiranya berlaku gangguan atau komplikasi kehamilan sepanjang tempoh ini, ia mungkin menandakan kecenderungan tubuh terhadap penyakit kronik yang hanya muncul bertahun-tahun kemudian.
Preeklampsia merupakan salah satu komplikasi kehamilan yang menyebabkan tekanan darah ibu meningkat ke tahap berbahaya. Walaupun keadaan ini sering dikaitkan dengan risiko kepada ibu dan bayi semasa hamil, kesan jangka panjangnya jarang dibincangkan selepas bersalin.
Kajian menunjukkan wanita yang pernah mengalami preeklampsia mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung, kegagalan jantung dan strok. Malah, risiko ini boleh muncul lebih awal berbanding wanita yang tidak mengalami komplikasi kehamilan.
Pakar neurologi strok menegaskan bahawa kegagalan melakukan pemantauan susulan terhadap wanita dengan sejarah preeklampsia merupakan satu peluang yang terlepas dalam usaha pencegahan awal penyakit kronik.
Selain preeklampsia, diabetes gestasi (GDM) juga tergolong dalam komplikasi kehamilan yang memberi kesan besar terhadap kesihatan wanita jangka panjang.
Wanita yang pernah didiagnosis dengan GDM mempunyai kebarangkalian sehingga 10 kali ganda lebih tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 pada masa hadapan. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup, malah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung serta demensia apabila usia meningkat.
Walaupun komuniti perubatan antarabangsa telah lama mengiktiraf komplikasi kehamilan sebagai faktor risiko penyakit kronik, tahap kesedaran dalam kalangan wanita masih rendah.
Antara punca utama termasuk rekod kehamilan yang tidak disepadukan dengan rawatan kesihatan jangka panjang, kurangnya saringan susulan selepas bersalin, serta keutamaan wanita yang sering meletakkan keluarga di hadapan berbanding kesihatan diri.
Kajian mendapati kurang separuh wanita yang mengalami komplikasi kehamilan menjalani pemeriksaan tekanan darah, paras gula atau kolesterol dalam tempoh beberapa tahun selepas bersalin.
Pakar menasihatkan wanita agar sentiasa memaklumkan sejarah kehamilan kepada doktor, walaupun kehamilan tersebut berlaku bertahun-tahun lalu. Maklumat ini amat penting bagi membantu doktor mengenal pasti risiko dan merancang langkah pencegahan lebih awal.
Antara langkah utama yang disarankan termasuk pemeriksaan kesihatan berkala, kawalan berat badan yang sihat, amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal secara konsisten, serta pengurusan stres dan tidur yang mencukupi.
Sebagai ibu, menjaga kesihatan diri bukan satu pilihan tetapi satu keperluan. Kesihatan ibu menentukan keupayaan untuk membesarkan anak-anak dengan penuh tenaga, emosi yang stabil dan kualiti hidup yang baik.
Kehamilan mungkin telah berlalu, namun kesannya terhadap kesihatan wanita boleh berpanjangan. Dengan kesedaran dan tindakan awal, komplikasi kehamilan tidak semestinya membawa kepada penyakit kronik.
Ingat ibu, menjaga kesihatan diri hari ini adalah hadiah paling berharga untuk anak-anak di masa hadapan.
Salah satu video yang dimuat naik menunjukkan dua alat penguji kehamilan yang mempunyai dua line manakala satu video lagi menunjukkan Norish sedang membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan usia kehamilannya.
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh Amy Search menunjukkan dia sangat gembira dengan berita ini dan menganggap rezeki yang tak ternilai dari Allah.
Menurut Amy Search, usia kandungan isterinya dah sebulan. Paling membuatkan dia bersyukur Allah makbulkan doanya selama ini kerana dia memang mengimpikan untuk beroleh cahaya mata lagi. Dan tak sangka di usia 60 tahun rezeki ini diberikan padanya.
Dalam pada itu juga, Amy Search turut mengharapkan doa dari peminatnya semoga kandungan Norish selamat, sihat dan berjalan lancar.
Ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah dengan mengingatkannya supaya menjaga isteri dengan baik.
Apa-apapun semoga fasa kehamilan Norish kali ini dipermudahkan selepas kali terakhir dia melahirkan anak lelaki mereka, Qaqa-At Tameemi 9 tahun lalu.
Sumber: Instagram Amy Search
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...