Seminggu selepas kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, pasangan ini telah mendedahkan wajah bayi perempuan mereka di media sosial.
Anak kedua ini juga adik kepada kanak-kanak yang pernah diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Kecomelan Dhuhaa Sophea dengan matanya yang bulat, sama seperti anak patung!
Melalui posting terbaru dimuat turun oleh Siti Safuraa dia telah memperkenalkan adik Sophea yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Amiraa yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat pada waktu Subuh dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Menurut Safuraa, sebagai ibu dia harapkan yang baik-baik sahaja untuk bayinya ini dan dapat membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekertinya serta sentiasa dalam jagaan Allah.
Ads
Selepas mendedahkan gambar Amiraa, pengikut ibu dan kakaknya memberikan ucapan tahniah. Ramai yang tertunggu-tunggu adakah Amiraa juga akan menjadi viral seperti kakaknya.
Ads
Sebelum ini kelahiran Sophea menjadi viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia kerana ibunya berasal dari Terengganu dan bapanya warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Semua ibu di dunia ini mahukan anak mereka mendapatkan sumber nutrisi yang mencukupi untuk perkembangannya. Susu badan merupakan sumber nutrisi yang terbaik berbanding sumber yang lain. Disebabkan itu, para ibu sering berasa risau terhadap kondisi susu badan mereka terutamanya dari segi tahap kelikatannya.
Ada pendapat yang mengatakan susu badan yang cair akan menyebabkan anak anda tidak mendapat nutrisi yang secukupnya. Adakah ini benar? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui sejauh mana kesahihan pendapat ini.
Ramai yang tidak tahu bahawa susu badan sememangnya akan wujud dalam keadaan cair dan pekat. Kelikatan susu ini sebenarnya bergantung kepada 2 jenis susu, iaitu:
Ia merupakan susu yang berada di hadapan “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih cair, tinggi kandungan air, tinggi kandungan gula, berwarna kebiruan atau kehijauan (bergantung kepada ibu) serta mengandungi vitamin, protein dan karbohidrat.
Ia merupakan susu yang berada di belakang “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih pekat serta mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. Susu ini sangat penting untuk membuat bayi kenyang dan tumbesaran mereka.
Namun demikian, ada juga beberapa faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kelikatan susu badan. Berikut merupakan faktor-faktornya:
Sebenarnya, anda tidak perlu risau sekiranya susu badan anda cair. Ini kerana susu badan anda sememangnya mempunyai keadaan sedemikian dan tetap mengandungi nutrisi yang sangat diperlukan oleh anak anda. Selain itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 2 keadaan susu iaitu “foremilk” (susu awal) dan “hindmilk” (susu akhir) yang masing-masing kelebihan nutrisinya yang tersendiri. Susu awal mungkin rendah lemak namun tinggi kandungan gula. Susu akhir yang tinggi lemak pula sangat penting untuk tumbesaran anak anda.
Ketika sedang menyusukan anak, anda mungkin boleh perhatikan bahawa pada permulaan waktu anda menyusukan anak, susu badan yang keluar adalah cair. Lama-kelamaan, susu badan anda akan menjadi pekat dan seterusnya menjadi sedikit pejal pada akhir penyusuan. Inilah yang dikenali sebagai “foremilk” (susu awal) dan “hindmilk” (susu akhir). Oleh itu, anda tidak perlu risau akan kelikatan susu badan anda kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada anda dan juga anak anda.
Tuntasnya, kelikatan susu badan bukanlah pengukur kepada jumlah nutrisi yang terdapat di dalamnya. Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu badan, anda perlu sentiasa kekal aktif dan positif terhadap penyusuan anak. Ini bertujuan memastikan proses penghasilan susu badan berjalan lancar dan anak anda akan memperolehi 100 peratus manfaat daripadanya.
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana memohon doa ramai agar mendoakan kesihatan buat cahaya matanya, Syaikul Islam dan Summayah.
Puteri Sarah atau mesra dipanggil Sarah berkongsi tentang perkembangan kesihatan anaknya itu.
“Tadi Sarah pergi Pantai Hospital, Check Syaikhul turns out throat dia bernanah. Eh? Macam mana jadi macam tu? Doc said nak cari source memang susah”
“Hopefully antibiotic doc bagi within 5 days Syaikhul boleh sembuh.”
“Kesian dia bila suap makan bubur menangis sebab tekak bernanah”
“Nak shooting pun tak boleh focus. Nak admitkan syaikhul masuk hospital tapi nanti kesian, tak admit rasa kesian juga badan panas on & off.”
“Temperature abang naik balik to 39.”
Tambahnya lagi, dia akhirnya terpaksa juga menghantar kedua-dua anaknya ke hospital supaya mendapat pemantauan penuh dari doktor memandangkan kesihatan Syaikhul dan Summayah semakin membimbangkan.
“Since both pun dah berjangkit so might as well sarah admitkan both dekat hospital in sha Allah doctor & nurse pantau.”
“Syaikhul kena acute tonsillitis.Doakan semua ”
Rata-rata mendoakan kesihatan buat Syaikhul dan Summayah. Semoga kedua-duanya sembuh seperti sedia kala.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa bukan sekadar mitos. Ia sebenarnya boleh dijelaskan melalui satu fenomena perubatan dikenali sebagai Atopic March, iaitu perjalanan penyakit alahan yang diwarisi secara genetik dan berkembang mengikut peringkat usia.
Ramai ibu bapa terkejut apabila anak mengalami ekzema sejak bayi walaupun penjagaan rapi telah dilakukan. Hakikatnya, jika ibu atau ayah mempunyai sejarah asma, resdung atau penyakit alahan, risiko anak untuk mengalami ekzema dan masalah alahan lain adalah jauh lebih tinggi.
Atopic March merujuk kepada corak perkembangan penyakit alahan yang berlaku secara berperingkat pada kanak-kanak. Ia lazimnya bermula dengan ekzema atau atopic dermatitis pada bayi, kemudian boleh berkembang kepada alahan makanan, seterusnya resdung alahan dan akhirnya asma.
Fenomena ini berlaku kerana sistem imun anak yang sensitif bertindak balas secara berlebihan terhadap persekitaran, terutamanya apabila terdapat faktor genetik daripada ibu bapa.
Pada bayi dan kanak-kanak kecil, lapisan pelindung kulit atau skin barrier masih belum matang sepenuhnya. Apabila kulit menjadi kering, merah dan gatal, ini menandakan benteng kulit yang lemah.
Keadaan ini memudahkan alergen dari persekitaran seperti habuk, bakteria atau bahan kimia “menembusi” kulit dan mencetuskan tindak balas alahan lain dalam badan.
Sebab itu, ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa sering dianggap sebagai pintu masuk kepada rantaian Atopic March jika tidak dikawal dengan baik sejak awal.
Ekzema mula muncul dengan tanda kulit kering, ruam merah dan kegatalan melampau. Ada anak yang sukar tidur dan kerap menggaru sehingga menyebabkan luka dan jangkitan kulit.
Apabila ekzema mula berkurang, masalah alahan boleh beralih ke saluran pernafasan atas. Anak kerap bersin, hidung tersumbat dan mengalami selsema berpanjangan, menandakan resdung alahan.
Pada peringkat ini, alahan boleh melibatkan paru-paru. Anak mungkin mengalami batuk pada waktu malam, nafas berbunyi dan memerlukan inhaler, iaitu tanda-tanda asma.
Perlu difahami, tidak semua anak ekzema akan menghidap asma. Namun, risiko adalah jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah ekzema.
Kunci utama ialah mengawal ekzema seawal mungkin dengan memberi fokus kepada penjagaan kulit harian. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan pelembap secara konsisten mampu menguatkan benteng kulit dan mengurangkan risiko rantaian Atopic March.
Antara langkah penting yang disarankan:
Pilih pelembap yang:
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa bukan sekadar masalah kulit luaran, tetapi boleh menjadi petanda awal kepada perjalanan alahan jangka panjang.
Dengan memahami fenomena Atopic March, ibu bapa boleh bertindak lebih awal untuk mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan melindungi kesihatan anak dalam jangka masa panjang.
Ingat, rawatan dan pencegahan awal mampu membuat perbezaan besar kepada kualiti hidup anak.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.