Pelakon dan pengacara Ain Edruce, risaukan anaknya Soraya yang menunjukkan diri seakan tidak sihat selepas suaminya, Amirul Hafiz disahkan positif Covid-19 Ahad lalu.
Berkongsi berkenaan keadaan keluarganya di Instagram story, Ain memaklumkan Amirul mengalami gejala sakit tekak pada awalnya. Mereka sekeluarga terus membuat ujian PCR.
Namun hanya Amirul yang disahkan positif Covid-19 sebaliknya Ain dilaporkan tidak dijangkiti virus berkenaan.
“Nak dijadikan cerita Amirul Hafizz positif Covid-19. Semalam mengadu sakit tekak, aku dah agak. Jadi kami buat PCR. Dapat keputusan pagi tadi aku negatif, dia positif pula. Sangkut. Stay strong daddy!
Sementara itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela menyatakan dia masih menunggu keputusan anak perempuannya Soraya. Menurutnya dia risau melihat keadaan Soraya yang kurang sihat ketika ini.
“Aku paling risau Soraya sebenarnya. Sebab dia macam tak sihat. Soraya baru buat PCR tadi. Doakan dia sihat ya kawan-kawan.
Ads
Dalam satu lagi perkongsian, Soraya dilihat masih mempunyai selera makan walaupun tidak berapa sihat.
“Tapi makan berselera ini budak kecil. Tak sihat pun makan banyak, good girl,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Ain Edruce selamat melangsungkan perkahwinan dengan suaminya Amirul pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Soraya yang kini berusia 10 bulan.
Sumber: Instagram Ain Edruce
Ads
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Semasa berpantang, jangan hadkan diri untuk minum air. Anda kena minum air untuk proses pemulihan diri dan juga bagi menjayakan proses penyusuan susu ibu. Pastikan anda minum sekurang-kurang 2 liter air sehari.
Untuk variasi, jangan hanya terhad kepada air kosong suam atau panas. Bimbang anda lekas bosan untuk air ini. Selain daripada air kosong, anda sangat digalakkan untuk mengambil minuman herba. Tubuh kekal hidrat dan mendapat khasiat kesan daripada penggunaan herba-herba juga.
Minuman herba mempunyai khasiat yang sangat baik kepada badan. Namun, jika bayi mengalami jaundis, anda elakkan dahulu pengambilan air ini sehingga dia benar-benar bebas jaundis.
Bahan-bahan:
Sedikit kunyit hidup
Perahan air asam jawa
Gula perang atau putih secukup rasa
Cara-cara:
Kunyit hidup diparut dan diambil airnya, kemudian direbus sampai mendidih.
Masukkan perahan air asam jawa dan gula.
Bancuh bersama bersama air panas
Nota: Air kunyit berperanan mengecutkan rahim. anda disarankan untuk minum selama tiga hari sahaja sepanjang tempoh berpantang. jangan ambil ia secara berlebihan bagi mengelakkan kesan sampingan.
Bahan-bahan:
Air mencukupi
1 inci halia
Gula perang secukup rasa
Cara-cara:
Ketuk halia hingga hancur.
Masukkan air panas dan sedikit gula perang.
Sedia untuk diminum.
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar rendah lemak
2 biji kurma Ajwa
7 biji kismis
5 biji badam
Cara-cara:
Kisar kesemua bahan
Jadikannya sebagai minuman harian setiap pagi.
Bahan-bahan:
2 ikat pegaga
5 cawan air
Cara-cara:
Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.
Tapis dan kemudian hidangkan semasa panas atau suam.
Bahan-bahan:
1 sudu kecil halba
1 gelas air panas
Cara-cara:
Cuci halba bersih terleih dahulu.
Rendamkan halba bersama air panas.
Minum semasa ia masih panas atau suam
Bahan-bahan:
Beberapa tangkai daun inai
Air secukupnya
Cara-cara:
Kisar lumat daun inai.
Rebus bersam air.
Tapis dan minum airnya.
Bahan-bahan:
5 biji buah manjakani
500ml air
2sm halia
2sm kunyit
Cara-cara:
Rebus kesemua bahan menggunakan api yang sederhana sehingga mendidih.
Tapis dan jadikannya pati sebelum dicampur dengan air panas atau suam.
Bahan-bahan:
5 batang serai
2 helai daun pandan
2 inci halia
1 liter air
Cara-cara:
Serai diketuk dan halia dihiris kecil.
Rebus bersama air dan daun pandan. Rebus sehingga tinggal 3 cawan air.
Minum air ini satu atau sudu besar setiap pagi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal melalui tempoh berpantang buat pertama kalinya semestinya satu pengalaman yang cukup mendebarkan. Lebih-lebih lagi bila mana terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu tercinta. Banyak keperluan yang dirasakan seakan tidak lengkap. Ada sahaja peralatan yang ingin dibeli oleh bakal ibu bagi memastikan tempoh berpantang menjadi lancar.
Panduan yang dikongsikan oleh Dr Ain Zul ini boleh juga dijadikan panduan untuk bakal ibu lain bagi menyediakan kelengkapan untuk berpantang kelak. Sepuluh checklist yang disediakannya lengkap untuk diri sendiri dan bayi. Barulah bakal ibu senang hati dan boleh berpantang dengan tenang kelak.
Periksa senarai di bawah.
Ikut keperluan masing-masing ye☺, mummy share je persiapan mummy.
1. Set Berpantang Ini carta paling tertinggi tau. Dah penat bersalin, kita perlu manjakan diri jugak. Macam reward untuk diri sendiri. Ni benda pertama yang mummy akan survey dan beli.
Dulu guna satu set berpantang Tanamera, kali ni mummy nak cuba set berpantang Nona Roguy pulak. Set Tanamera dulu memang 5 stars, sebab dia macam mix modern and traditional care.
Tapi even mummy nak guna set Nona Roguy, 4 barang Tanamera ni wajib include sekali sebab memang BEST sangat!
a) Brown Soap Tanamera – Sabun dia bau herba, yang best sebab dia da macam scrub sekali. So elok sangat nak hilangkan daki atau tempat-tempat kasar macam kat siku etc. Memang best lah guna dulu. So wajib ada jugak.
b) Herbal Massage Oil – Guna hari biasa pun untuk urut kaki kalau penat, best sangat bau.
c) VCO Tanamera – Ni sapu dekat perut untuk prevent stretch mark. Sapu dari awal kandungan insyaAllah memang takde la tanda, perut canteks ajer.
d) Bengkung – Dapat free waktu beli set Tanamera dulu, yang penting bengkung dia kain cotton sesuai dan selesa untuk mummy yang beranak cser. So bengkung ni masih elok, so sambung guna jer la.
Oh btw, mummy beli set Nona Roguy tu yang preloved ajer tau. Kebetulan dia habis berpantang bulan 4 dan banyak barang dalam set tu yang dia tak guna, guna pun satu atau dua barang jer so mummy decide why not untuk jimatkan duit beli preloved je.
2. Breast pump & Silicone Milk Collector Barang wajib ada untuk ibu yang menyusu. Ikut pengalaman, biasanya awal – awal guna milk collector sebab tandem feeding dengan baby. Lagi pun kalau nak pump awal-awal bukan perlu sangat, tak payah nak stresskan diri sendiri sebab milk production ikut umur baby. Nanti kalau milk yield sikit, mula lah kita stress sorang-sorang lagilah milk production kita jatuh tau.
Mummy akan mula simpan stock sebulan before masuk kerja macam tu. InsyaAllah sempat. Waktu Aileen dulu guna milk collector Brand Haakaa, sekarang nak cuba Brand Autumnz pulak. Harga cuma Rm25. Alhamdulillah, untuk breast pump mummy guna Brand Cimilre agak tahan lasak jugak, yang penting handsfree, harga pun berbaloi dan bunyi tak bising. Chill and relax je lah kalau attend meeting hikhik.
3. Tungku ibu & tuam baby Waktu Aileen dulu beli tuam baby tanpa set dia, so bila nak tuam tu agak cerewet sebab kena guna iron untuk panaskan tuam. First baby takde pengalamankan. So kali ni mummy beli satu set terus, tak mahal dalam Rm18 dapat tungku kecil, lilin & tempat panaskan ala-ala aromaterapi tu.
So senang nak panaskan tungku baby direct terus. Untuk tungku ibu, memang dah ada turun temurun kat rumah mak guna batu sungai dari zaman nenek moyang lagi dah guna batu sungai yang sama.
4. Set tanam uri baby Ni barang optional je tau, tapi jadi barang wajib bagi mummy sejak waktu Aileen dulu untuk mudahkan husband uruskan uri.
Brand apa pun boleh tapi mummy beli set yang ada periuk tanah sekali sebab uri kena tanam elok tak nak bagi binatang korek ke apa kan, so letak dalam periuk tanah mummy rasa lagi secure gitu (perasaan).
Basically, set tanam uri ni ada sertakan cara menguruskan uri dan doa yang perlu dibaca waktu tanam uri, asam jawa & asam keping, garam, kain putih, sarung tangan latex dan apron. Complete kan?
So memudahkan suami kita untuk settlekan part urusan penanaman uri anak, semua dah lengkap tersedia. Mommies nak prepare sendiri pun boleh tau tapi mummy memang malas nak sediakan satu-satu. Harga set ni rm 38 include postage.
5. Bepanthen Cream Penting untuk guna pada nipple crack waktu menyusukan bayi, antara cream yang cepat elokkan nipple crack. Plus point, Bepanthen boleh guna untuk nappy rash anak jugak.
6. Nursing Cover, Nursing Pad & Nursing Bra Mummy guna nursing cover by Marredz sejak anak pertama. Memang selesa nak susukan baby, lepas tu Marredz buat sekali dengan clutch. Lepas guna lipat & simpan dalam clutch bag tu. Kemas je.
Tapi sekarang dah bermacam jenis nursing cover jual kat kedai, so mommies boleh pilih yang berkenan di hati ye. (Kena standby masuk beg hospital jugak sebab kadang-kadang ramai yang datang melawat time kita menyusukan anak kan)
Nursing pad benda wajib jugak sebab selalu bra akan ‘basah’ sebab susu keluar. So kena standby hikhik ?
7. Supplement – Osteomatrix Shaklee, Prenavit Mummy tak jual, tapi mummy guna yang ni jer sebab badan rasa sesuai dengan osteomatrix ni. Lelagi bab penghadaman. Serik kalau cser tapi sembelit. Mau menangis nak teran dalam toilet huhu. So bila makan osteomatrix ni senang lawas la sikit. Sebab mummy jenis kurang jugak makan buah. So carik alternatif lain.
Mummy akan elakkan makan benda berjamu awal-awal sebab bagi baby habis kuning dulu baru minum sikit-sikit. Prenavit pulak supplement untuk pregnant & BF mother. Yang ini jer boleh telan. Obimin, Iberet semua yang lain maaflah tekak tak boleh telan huhu.
8. Stokin Tebal (takde dalam gambar) – wajib pakai, kalau tak mak pokpek pokpek tak pakai stoking hehe
9. Maternity Pad Mummy tak beli yang ikat tali tu, mummy guna adult pampers untuk awal-awal time darah banyak lelagi susah nak bergerak lepas c-ser (yang jenis pampers ni bawak dalam beg pergi hospital). Lepas tu tukar pakai overnight pad/ wing pad biasa jer. Lagi selesa dan memudahkan.
10. Tukang Urut/Confinement Lady (CL) Untuk yang berpantang sendiri, sekarang banyak servis disediakan untuk tolong mommies semua uruskan diri dan anak.
Mummy dah siap awal – awal hire CL untuk urutan ibu dan urusan bayi kat Terengganu nanti. Tak lama pun dalam dua jam sehari, pakej mummy ambil untuk 21 hari. Bab makanan berpantang, semua biasa mak yang masak hehe.
Cuma part bertungku, mengurut, pakai bengkung, pakai param & pilis and mandian tu mummy serah kat CL sebab taknak susahkan mak. Untuk baby pulak servis dia tolong mandikan, tuam dan urut baby sekali. Cukup lah yang tu pun memadai.
Diharap sharing mummy membantu sayang-sayang untuk siapkan barang berpantang ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerajaan Selangor akan mengadakan pertemuan khas bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berhubung kemungkinan penutupan taska, tadika dan pusat jagaan harian di negeri itu, susulan peningkatan kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Menteri Besar Amirudin Shari, berkata setakat ini beliau belum memperoleh maklumat terperinci dan laporan terbaharu mengenai penyakit terbabit.
“Kita akan bermesyuarat dengan JKNS minggu ini bagi memperincikan statistik kes terbaharu HFMD.
“Keputusan sama ada untuk menutup sekolah atau tadika akan diputuskan selepas perbincangan khas itu nanti,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Sehingga 7 Mei, jangkitan HFMD di Selangor berjumlah 6,748 kes dengan kes mingguan melebihi paras amaran.
Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Sha’ari Ngadiman dilaporkan, berkata daripada bilangan berkenaan, 4% daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, pihaknya akan meminta kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bagi membincangkan isu berkenaan kelak.
“Bagaimanapun, ia bergantung sepenuhnya kepada tindakan dan saranan lanjut oleh JKNS kelak.
“Kita tahu kes penyakit berjangkit amat membimbangkan dan berharap ia terkawal,” katanya.
Beliau berkata, sesi mesyuarat khas itu turut akan memfokuskan isu Covid-19, denggi dan penyakit rabies.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.