Anak banyak mengubah hidup kita sebagai ibubapa untuk menjadi insan lebih baik. Setiap hari kita belajar sesuatu yang baru dan sesuatu yang positif dalam membesarkan anak.
Begitulah pengalaman Dazrin Kamarudin setelah menjadi bapa kepada seorang cahaya mata lelaki.
Menurut perkongsian Dazrin dalam Anugerah Pa&Ma Gala 2022, kesabaran dirinya diuji secara maksimum setelah membesarkan anak selama 4 tahun.
Ads
“Satu benda yang nampak paling-paling ketara setelah bergelar bapa, adalah kesabaran. Kesabaran kita diuji secara maksimum! dan benda ni dibawa dalam kehidupan seharian kita. Sebab bila kita berurusan dengan orang, ketika kita bercakap dengan orang, cara kita berubah secara drastik’
“Bila kita bersabar dengan anak, kita melayan kerenah anak, cara kita didik dan bercakap dengan anak pun akan jadi habit ketika kita berusrusan dengan orang luar. Kesabaran itu jadi lebih nak dibandingkan dengan zaman muda yang kurang sabar.”
Ads
Ditanya oleh pengacara Pa&Ma Gala 2022 tentang penambahan ahli keluarga baru, ini riaksi positif dari Dazrin
“Saya datang dari keluarga yang besar, mesti nak anak yang ramai. Setelah anak sulung 4 tahun memang ada perancangan tapi masih belum ada rezeki. InsyaAllah mana tahu ada rezeki nanti.”
Ads
Ketahui lebih lanjut bagaimana cara Dazrin bekorban demi keluarga, untuk membesarkan cahaya mata tercintanya, jom ikuti perkongsian beliau sebagai salah seorang penerima BEST PAPA MILLENIAL 2022 dalam video di bawah.
Kasih seorang suami! Apa sekalipun tak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya,” luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.
Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.
Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.
Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.
Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.
“Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan. Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.
“Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan,” katanya.
Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.
Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah.
“Sedih memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.
“Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri koma di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.
“Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi,” katanya.
Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.
Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.
“Isteri mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.
“Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.
“Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.
“Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama,” katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Intan Liana Salleh, instafamous dan brand ambassador yang juga bekas isteri kepada Ude Wahid meluahkan perasaan kesian kepada anaknya yang paling kecil, dekmok. Perpisahan antara Ude dan Intan setelah Ude mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Izreen Azminda.
Bukak fb kuar pulak niii.. Hehhe throwback .. Ok tu dekmok dalam perut bonda lagi… Sayang sangat die nii.. Paling kesian kat die sebenarnya… Haihh malas cakap la… Semoga aish dan dekmok membesar dengan penuh kasih sayang.. Jadi anak yang soleh.. Hormati orang tua..amin.. Ok selamat malam sayangs!!!
Ramai ibu bapa ambil risiko dengan tinggalkan sekejap anak-anak dalam kereta atau motosikal dengan niat tak mahu rasa susah kerana nak membeli barang. Bukan itu sahaja ada juga yang membiarkan anak ketika di stesen minyak dengan enjin masih hidup.
Mungkin niat ibu bapa sekejap sahaja tetapi dalam tempoh itu juga apa sahaja boleh berlaku pada anak.
Perkongsian di Facebook Intan Huzaifah Haniff mengenai seorang bapa yang meninggalkan anaknya berseorangan di atas motosikal mengundang bahaya walaupun hanya beberapa minit.
Aku keluar kedai aku nampak budak ni beberapa meter dari kereta aku. Aku dengan Hannah terus pergi kat budak ni.
“Ayah mana dik?,” soalan aku sambil dukung dia turun motosikal.
“Tu haa…,” dia tunjuk dalam KK Mart.
Aku pun berdiri kat tepi motor sampailah ayah dia keluar kedai. Aku tengok jam dari mula aku tunggu sampai ayah dia keluar ialah 4 minit 17 saat.
Ayah dia pelik sebab ada organ berdiri tengok dia sambil pimpin anak dia.
” Salam bang.. Saya nampak dia seorang. Motor ni tepi jalan sangat. Pastu stand pun pakai tongkat yang sebelah jer. Saya turunkanlah dia,” ujar aku menghulur tangan bersalam. Lelaki ni agak berusia daripada aku. Sekitar akhir 30 an.
” Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak seorang kan? Jaga jer anak kau tu.. Tak payah sibuk hal orang…,” aku dah agak. Sama ada positif atau negatif. Tapi hati aku tadi kuat rasa aku akan kena sound.
” Ok, tak apalah bang. Maaf sebab saya tolong tengokkan anak abang ni. Cuma nak beritahu saya tunggu abang tadi 4 minit juga. Sebab ramai orang beratur. Tak tahulah berapa lama masa sebelum saya nampak dia seorang. Saya rasa zaman sekarang ni 4 minit ni cukup masa untuk orang cekup anak abang bawa lari. Atau macam-macam boleh jadi. Assalamualaikum.. Dah jom Hannah,” aku hulurkan tangan anak dia dan beredar.
Aku harap kalau nampak kes macam ni, tolong jer jaga kejap. Orang tu nak marah lantaklah. Jangan ada sikap tu bukan anak aku. Sebab budak ni tak salah. Dia ada hak untuk dipertahankan keselamatan dia.
Orang culik satu hal. Kereta langgar satu hal. Jatuh motor satu hal. Aku tak tahulah, mungkin aku jenis paranoid kot sebab tu aku rasa semua kebarangkalian tu boleh berlaku.
Sebab malang tak berbau. Kalau jadi apa-apa jangan masa tu baru kita nak menangis tak berlagu.
Nampak kes macam ni, tolong alert. Tunggu kejap. Ada ramai jer yang boleh terima teguran. Abaikanlah kalau dia orang merentan. Bukan hari-hari jumpa pun. Fikir macam tu jer.. Yang penting budak-budak selamat.
Baru sahaja rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi menyayat hati melibatkan adik Khairil Izani Khaizalulinurdin, 10, yang dihanyutkan arus deras, kini satu lagi insiden hampir...