Penyanyi, Dr. Fitri Haris mengumumkan berita gembira atas kehamilan isterinya baru-baru ini. Dalam pada itu, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini turut luahkan rasa syukur yang tidak terhingganya kepada rezeki pemberian Allah SWT ini.
Berkongsi khabar gembira itu menerusi instagram miliknya, Fitri turut memuat naik video kejutan yang dilakukan isteri ketika memberitahu mengenai kehamilan itu.
“Speechless! Alhamdulillah ya Allah! Tak sangka…
“Kalau sakit jantung mahu tercabut.
“Terima kasih atas doa dan mohon doa dari semua. Alhamdulilah! Alhamdulillah!” tulisnya ringkas.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Dr Fitri dan isteri. Kehamilan yang begitu dinantikan pasangan ini.
Dalam pada itu, di ruangan komen pula, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas khabar gembira itu. Tidak kurang juga pengikut-pengikut Dr Fitri yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Khabarnya, sekitar Januari lalu, hasrat Fitri untuk menimang cahaya mata pertama bersama isterinya tidak kesampaian setelah mengalami keguguran pada awal tahun lalu. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan serta dilindungi Allah SWT hendaknya.
Terdahulu, Dr. Fitri Haris mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Fazilah Omar pada Disember tahun lalu.
Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dielakkan. Berat badan yang bertambah adalah daripada perkembangan bayi dalam kandungan serta sistem sokongannya seperti uri dan air ketuban.
Menjelang trimester ketiga, selalunya berat badan ibu hamil akan naik lebih dari biasa. Ia secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak selesa bagi sesetengah ibu.
Isteri kepada pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar, Shadila Halid menyatakan pertambahan berat badannya menyebabkan dia rasa kurang senang untuk berswafoto bersama. Shadila berkongsi gambar mereka berdua di Instagram dan menulis kapsyen berseloroh;
Komen daripada Alif terhadap posting isterinya itu cukup membuatkan hati cair. Artis serba boleh ini tetap memuji kecantikan Shadila walau pun semakin berisi. Memang sweet sangat!
Pasangan yang berkahwin pada September 2014 itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2.
Sementara itu, para follower dan rakan artis memahami situasi yang sedang dialami Shadila dan mendoakan proses bersalin yang dijangkakan pada Oktober nanti dipermudahkan.
Meskipun IVF diketahui akan keberjayaannya, tetapi terdapat sesetengah kes di mana IVF gagal untuk membantu wanita berjaya hamil. IVF (Persenyawaan In Vitro) adalah teknologi yang membolehkan persenyawaan antara telur dan sperma berlaku di luar tubuh wanita. Kemudian, telur yang telah disenyawakan dipindahkan ke tubuh dan meneruskan pertumbuhan semula jadinya.
Jika IVF pertama gagal, penyebab kegagalan boleh dicegah pada cubaan kedua untuk mengelakkan kecenderungan berlakunya peristiwa yang sama.
Apakah penyebab IVF gagal?
Dalam kebanyakan kes kegagalan IVF, terdapat lebih daripada satu penyebab. Pakar akan melihat kepada gambar embrio dan skor kadar tumbesaran normal. Jika punca diketahui, mereka akan membincangkan dengan keluarga untuk merancang pencegahan. Sesetengah punca adalah tidak boleh dibaiki (seperti umur ibu), tetapi pakar makmal akan juga melihat punca lain yang boleh dibaiki.
Pembolehubah paling penting yang terlibat untuk keberjayaan IVF adalah telur yang sihat, sperma yang berfungsi, dan uterus yang berkemampuan, yang boleh memelihara pertumbuhan bayi dalam rahim.
Ketidaknormalan telur
Telur tidak normal sering menjadi punca apabila sel terbahagi dan kromosom tidak disalin dengan betul, menyebabkan keretakan keputusan dalam pengagihan kromosom abnormal, dan sekali gus menghasilkan embrio yang tidak normal. Ini berlaku lebih kerap kepada wanita yang lebih berusia.
Ketidaknormalan sperma
Walaupun fakta bahawa sperma abnormal adalah kurang lazim berlaku berbanding telur abnormal, namun jika sperma tidak normal, tahap ketidaknormalan kromosom adalah lebih besar. Sperma yang tidak sihat tidak boleh mempersenyawakan telur.
Kaedah pilihan embrio
Telur atau embrio yang dipindahkan ke dalam tubuh wanita adalah dipilih oleh pakar. Pilihan ini berdasarkan tiga kriteria iaitu: peringkat sel, gred embrio, dan kadar pembahagian sel. Walau bagaimanapun, sukar untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih embrio terbaik. Pakar hanya akan memilih berdasarkan kajian makmal dan membuat tekaan berpendidikan tentang embrio terbaik.
Faktor makmal IVF
Makmal di mana embrio dibesarkan adalah persekitaran yang amat terkawal. Pakar makmal perlu mengawal kepekatan oksigen, kepekatan karbon dioksida, kelembapan, pH, suhu, dan cahaya antara banyak lagi faktor ketat lain. Perubahan kecil dalam sebarang faktor-faktor ini boleh menjurus kepada kematian embrio.
Apakah kadar kejayaan untuk kitaran kedua IVF?
Selepas kegagalan IVF, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk melihat kembali proses sebelumnya dan mempelajari sebab kegagalan. Daripada penemuan ini, ramai yang berjaya dalam IVF kali kedua. Faktor yang menjejaskan kadar kejayaan IVF termasuklah:
−Umur wanita
−Kualiti telur dan sperma
−Kuantiti telur dan sperma
−Kualiti prosedur IVF
−Kualiti makmal IVF
−Skil pakar makmal
−Peralatan yang ada
−Punca ketidaksuburan
−Keadaan rahim
−Kadar tumbesaran embrio
−Kecekapan kromosom dan genetik embrio
Kadar kejayaan untuk IVF kali kedua hanya rendah sedikit berbanding dengan IVF pertama. Akan tetapi, dengan keadaan yang baik, terdapat peluang untuk IVF berjaya. Doktor dan pakar akan mengambil berat faktor-faktor dan keputusan terkumpul daripada cubaan pertama untuk memaksimumkan kadar kejayaan bagi IVF kali kedua.
Menjelang tarikh jangkaan bersalin dua minggu lagi, Shafini mengalami kontraksi. Dia fikir, masa bersalin sudah tiba sehingga mengambil keputusan ke hospital kerana panik. Setelah diperiksa, serviksnya belum terbuka. Selang beberapa hari, kontraksi tersebut datang lagi dan kali ini ia lebih tegang meski pun ritma tidak teratur. Sekali lagi dia ke hospital. Namun, doktor menyuruhnya pulang dengan alasan masa bersalin Shafini belum tiba.
Bagi anda yang bakal bersalin, kontraksi sebegini dikenali sebagai kontraksi palsu. Ia juga dikenali sebagai Braxton Hicks. Hal inilah yang berlaku kepada Shafini sebelum ini. Semakin hampir dengan tarikh jangkaan, kontraksi Braxton Hicks ini akan semakin kuat dan kerap. Kontraksi ini palsu sehingga menyebabkan sesetengah wanita menyangka proses kelahiran sudah bermula dan bakal bersalin dalam masa terdekat. Ada yang sudah ke hospital tetapi diarahkan pulang ke rumah kerana ia hanyalah Braxton Hicks.
KENALI KONTRAKSI BERSALIN
Ada yang mengatakan kontraksi bersalin adalah seakan-akan senggugut. Kontraksi bersalin adalah keadaan di mana otot uterus yang menguncup dan meregang. Ia digambarkan seperti rasa memulas yang bermula daripada bahagian belakang dan membawa ke bahagian hadapan abdomen. Ada juga yang mengatakan kontraksi bersalin adalah seperti tekanan pada bahagian belakang.
Semasa kontraksi, bahagian abdomen menjadi keras. Kontraksi membantu kelahiran dengan melembutkan bahagian atas uterus (fundus) untuk menguncup dan menebal manakala bahagian bawahnya meregang dan relaks. Keadaan ini membantu bayi meluncur dari dalam uterus ke laluan serviks untuk dilahirkan.
LANGKAH MENGIRA
Sebagai ibu kali pertama atau pertama kali bersalin secara normal, kontraksi sukar untuk dibezakan dengan perkiraan kasar. Maka, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengenal pasti kontraksi yang dirasakan. Antara langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut;
1) Jangka masa
Anda boleh membezakan antara kontraksi hendak bersalin dan Braxton Hicks dengan cara mengira sela masa antara kontraksi pertama dan kontraksi kedua. Sekiranya ia menunjukkan bacaan masa yang berbeza dan tidak teratur, maka ia adalah kontraksi Braxton Hicks. Kontraksi sebenar akan berlaku dalam jarak masa lima minit dengan kontraksi berikutnya. Ia berlaku teratur dan setiap kontraksi berlangsung selama kira-kira 60 saat.
2) Catatan
Catat masa dan tempoh kontraksi berlangsung pada sekeping bertas untuk membolehkan anda mengenal sama ada kontraksi palsu atau sebenar.
Contoh catatan kontraksi bersalin adalah seperti berikut;
WAKTU TEMPOH KONTRAKSI
3) 5 minit atau kurang
Sekiranya kontraksi seperti di atas iaitu berlaku pada sela masa lima minit sekali atau kurang, maka anda sedang berada dalam fasa kelahiran aktif. Jangan berlengah. Sila ke hospital dalam kadar segera kerana ia kontraksi bersalin yang sebenar sudah berlaku.
10 INFO MENGENAI BRAXTON HICKS
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.