Ramai wanita panik bila nampak tompokan darah kecil atau spotting awal kehamilan. Terus terfikir perkara buruk, takut kandungan bermasalah atau risau akan keguguran. Hakikatnya, spotting ketika hamil sebenarnya agak biasa berlaku dan tidak semestinya berbahaya.
Namun, ibu juga perlu tahu bezakan spotting normal dengan tanda amaran yang perlukan rawatan segera. Memahami punca spotting awal kehamilan boleh membantu ibu lebih tenang dan tahu bila perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
Apa Itu Spotting Awal Kehamilan?
Spotting ialah pendarahan ringan yang keluar dalam jumlah sedikit, biasanya berwarna merah muda, coklat atau merah cair. Ia berbeza dengan darah haid kerana alirannya sangat sedikit dan tidak memenuhi pad dengan cepat.
Ada ibu yang hanya nampak tompokan kecil pada seluar dalam atau ketika mengelap selepas ke tandas. Spotting awal kehamilan biasanya berlaku pada trimester pertama dan boleh terjadi atas beberapa sebab tertentu.
Kenapa Spotting Awal Kehamilan Berlaku?
Terdapat beberapa sebab spotting boleh berlaku ketika trimester pertama.
1. Implantation Bleeding
Ini antara punca paling biasa bagi spotting awal kehamilan. Ia berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim, biasanya sekitar 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan.
Tanda-tandanya:
Darah sedikit sahaja
Warna merah muda atau coklat
Berlaku 1 hingga 2 hari
Tidak disertai sakit teruk
Ramai wanita keliru dan menyangka ia haid ringan.
Ads
2. Perubahan Hormon
Ketika hamil, perubahan hormon menyebabkan serviks menjadi lebih sensitif dan mudah berdarah.
Kadang-kadang spotting awal kehamilan boleh berlaku selepas:
Bersama suami
Pemeriksaan dalaman
Aktiviti berat
3. Jangkitan
Jangkitan pada bahagian faraj atau serviks juga boleh menjadi salah satu punca berlakunya spotting ketika awal kehamilan. Keadaan ini berlaku apabila terdapat bakteria, kulat atau virus yang menyebabkan keradangan pada kawasan tersebut sehingga mengakibatkan pendarahan ringan.
Biasanya, spotting yang berpunca daripada jangkitan akan disertai dengan beberapa tanda lain seperti keputihan yang berbau kurang menyenangkan, rasa gatal pada faraj serta pedih ketika membuang air kecil.
Jika ibu mengalami simptom-simptom ini bersama spotting, segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih serius dan menjejaskan kandungan.
Ads
4. Tanda Awal Keguguran
Walaupun tidak semua spotting membawa maksud keguguran, ibu tetap perlu berjaga-jaga terutama jika darah semakin banyak.
Bila Spotting Awal Kehamilan Dianggap Bahaya?
Segera jumpa doktor jika spotting disertai dengan:
Darah merah terang dan banyak
Keluar ketulan darah
Sakit perut atau cramp kuat
Sakit belakang melampau
Pening atau rasa nak pitam
Demam
Kandungan kurang daripada 12 minggu tetapi pendarahan semakin teruk
Ini mungkin petanda:
Ancaman keguguran
Kehamilan luar rahim
Masalah pada plasenta
Apa Perlu Ibu Buat Jika Mengalami Spotting Awal Kehamilan?
Rehat Secukupnya
Kurangkan aktiviti berat dan elakkan mengangkat barang berat.
Jika spotting masih berlaku, doktor biasanya akan nasihatkan untuk berehat daripada hubungan intim buat sementara.
Jumpa Doktor Untuk Pemeriksaan
Ultrasound mungkin dilakukan untuk memastikan keadaan kandungan baik dan degupan jantung bayi normal.
Spotting Awal Kehamilan Tak Semestinya Berita Buruk
Ramai ibu yang mengalami spotting awal kehamilan akhirnya melahirkan bayi sihat tanpa sebarang komplikasi. Yang penting, ibu jangan abaikan tanda-tanda bahaya dan terus mendapatkan pemeriksaan jika rasa tidak sedap hati.
Memahami keadaan tubuh sendiri membantu ibu lebih bersedia menghadapi perubahan sepanjang kehamilan. Jika spotting berlaku berulang kali atau disertai simptom lain yang membimbangkan, segera dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Pasti ramai yang terkejut membaca kisah seorang ibu yang mengelar anak lelakinya berusia setahun tujuh bulan hingga mati.
Menurut petikan dalam Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Felda Jengka 13, Maran, malam tadi, dipercayai dilakukan tanpa sedar.
Menurut suaminya, Muhammad Rizal Jusoh, 42, perbuatan secara tiba-tiba isterinya itu berlaku ketika beliau berada di rumah dan langsung tidak menduga isterinya akan bertindak sedemikian.
Menurutnya, ibu kepada tiga anaknya itu seorang yang penyayang dan tidak pernah berkelakuan mengikut emosi.
“Saya kalau marah anak, dia akan marah saya balik, itu sebab saya tak percaya dia buat begitu. Dia tak sedar apa dia buat. Dia tak mungkin buat begini sebab saya tahu bagaimana dia jaga anak-anak.
“(Ketika itu) Saya tonton televisyen. Anak tidur depan saya,” ujarnya.
Muhammad Rizal berkata, isterinya yang baru selesai mengaji al-Quran kemudian bawa anaknya masuk bilik.
“Tak lama kemudian, saya dengar suara anak merengek lemah dan berasa pelik sedangkan dia tidur. Saya masuk bilik, tengok dia sedang kelar leher anak dengan pisau,” katanya.
Muhammad Rizal yang terkejut kemudian menolak isterinya yang dalam keadaan tidak melawan atau memberi sebarang tindak balas, seolah-olah tidak sedar.
Menurutnya, anak mereka yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Bandar Pusat Jengka namun disyaki sudah tidak bernyawa sebelum tiba di sana.
“Pegawai perubatan selepas itu juga mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
“Selepas kejadian, isteri ada juga bertanya apa yang berlaku dan siapa yang buat semua itu,” katanya lagi.
Muhammad Rizal mendakwa isterinya sering termenung dan kemurungan sejak awal Mei lalu.
Seorang Jururawat terlatih, Bel Nawhen telah menulis satu perkongsian yang sangat berguna kepada semua yang bergelar ibu ayah.
Gejala kemurungan selepas bersalin adalah perkara yang tak boleh dibuat main atau dianggap remeh.
Dapatkan rawatan sebelum ia melarat dan menjadi lebih parah.
Pagi tadi ada mendengar berita tentang ibu mengelar anaknya yang berusia 2 tahun.
Dari apa yang dikatakan si suami, isterinya ada mempunyai simptom depression atau halusinasi dan tidak pernah mendapat rawatan di mana-mana pusat kesihatan mental.
Halusinasi yang dialami si ibu merupakan salah satu tanda bahawa si ibu mempunyai kecelaruan mental yang mana sering tidak dipandang berat dan diremehkan atas alasan si ibu mengada-ngada ataupun sengaja mencari perhatian.
Diusia muda lingkungan 31 tahun dan sudah punya 3 orang anak terkadang memberikan satu tekanan fizikal dan mental dalam membesarkan anak-anak yang sedang dalam proses pembesaran.
Dalam hal ini, banyak sudut perlu diperhatikan dari segi mula melahirkan hingga ke anak yang semakin membesar kerana gejala depression boleh berterusan jika tidak dirawat.
Tanda Gejala Kemurungan
Sebenarnya, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan mengalami gejala kemurungan selepas bersalin tetapi anda tidak perasan atau menyangkakan ia merupakan tanda biasa kerana cuba menyesuaikan diri dengan tempoh berpantang.
• Berfikiran Negatif
Sering memikirkan sesuatu yang negatif jika terjadi sesuatu semasa proses berpantang. Sebagai contoh, merasa akan mencederakan anak jika anak sering meragam atau menangis tanpa sebab. Ada tu, merasakan perlu melarikan diri dari semua orang ekoran tidak mampu mengawal keadaan antara diri dan anak yang baru lahir.
Dalam keadaan ini, anda akan mengharapkan bantuan dan sokongan dari keluarga terutama suami ataupun bantuan professional dari doktor.
Kesukaran menyesuaikan diri dalam keadaan ini merupakan antara gejala kemurungan selepas melahirkan.
• Cepat Marah atau Mudah Baran
Ada waktu, anda akan merasa mudah marah dan cepat melenting atau naik angin. Anda akan melepaskan amarah itu tidak kira kepada bayi anda, pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja walaupun atas perkara kecil. Anda juga akan mudah merasa sakit hati atas apa yang orang lain lakukan yang menyinggung perasaan anda.
Cepat marah, lambat sejuk merupakan salah satu gejala kemurungan kerana anda terlalu memendam rasa dan apabila tidak boleh dikawal, maka anda akan melepaskan perasaan itu.
• Mudah Lupa
Anda tiba-tiba menjadi pelupa. Terkadang benda kecil seperti sudah beri anak menyusu atau mandi pun anda terpaksa mengambil masa untuk mengingat semula.
Ini bukan tanda ada wayar sudah putus, ada urat sudah putus sewaktu proses melahirkan. Kemurungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap daya ingatan seseorang.
• Sukar Tidur (Insomnia)
Ini rasanya ramai yang alami lebih-lebih lagi walaupun letih selepas melahirkan, anda masih tidak mampu untuk tidur. Ataupun. Walau telah tidur, anda masih merasa letih dan lesu.
Ini menunjukkan mental anda yang sedang penat, bukannya tubuh anda.
• Rasa Kosong
Anda tidak ada apa-apa perasaan tidak kira emosi ataupun rasa kasihan kepada apa pun.
Apa yang anda lakukan umpama robot tanpa anda sedar perlakukan yang anda sedang buat.
Anda tidak teruja lagi dengan kelahiran anak anda, menikmati breastfeeding journey atau merasakan perlu untuk memujuk dan menjaga anak apabila anak menangis.
Dari segi perubatan dan sains gangguan perasaan wanita selepas bersalin dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression) dan gila meroyan (postpartum psychosis)
Seorang ibu yang mengalami postpartum blues akan berasa sedih, penat dan mengalami mood yang tidak menentu. Semua orang mungkin akan mengalami keadaan ini, termasuklah orang yang tidak pernah mengalami masalah mental ataupun tekanan emosi sebelum atau semasa mengandung terutama ibu-ibu yang melahirkan buat kali pertama.
Beberapa penyesuaian diperlukan oleh wanita dalam menghadapi aktiviti dan peranan barunya sebagai ibu pada minggu-minggu atau bulan-bulan pertama setelah melahirkan, baik dari segi fizikal mahupun psychology. Sebahagian wanita berjaya menyesuaikan diri dengan baik,tetapi sebahagian lainnya tidak berhasil menyesuaikan diri dan akan mengalami gangguan psikologi..
Namun gejala ini sangat ringan dan biasanya akan baik sendiri tanpa rawatan. Perubahan emosi ini kerap berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin, dan berkurang selepas hari ke-10, kemudian emosi mereka biasanya kembali stabil. Mungkinlah apabila orang komen mengenai bayi, penyusuan ibu dan sebagainya, ibu rasa sentap dan terus memendam perasaan dan menyebabkan kesedihan itu berpanjangan.
2. Kemurungan (Postpartum Depression)
Kemurungan adalah masalah yang lebih serius dan perlu mendapat rawatan. Keadaan ini menimpa 1 daripada 8 ibu dan lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas melahirkan anak. Bermakna, postpartum depression mengambil masa yang lebih lama untuk terjadi. Ibu juga mungkin sudah mengalami masalah mental atau tekanan beberapa bulan sebelum gejala kemurungan semasa berpantang muncul.
Gejalanya sama sahaja dengan postpartum blues tetapi biasanya lebih teruk .Ibu-ibu ini mempunyai faktor risiko tertentu dan lebih cenderung untuk mendapat kemurungan selepas bersalin (kemungkinan berlaku rentetan daripada gejala postpartum blues yang berpanjangan)
Faktor yang boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin ialah:
Stress Sejarah kemurungan selepas bersalin untuk kelahiran sebelumnya. Mempunyai masalah tekanan emosi yang tidak berkaitan dengan kandungan. Kehidupan alam rumah tangga yang bermasalah Tiada tempat meluahkan perasaan Tekanan hidup sebelum, semasa atau selepas bersalin. Tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada suami serta keluarga dalam pengurusan bayi dan diri sendiri (terutama bagi kes ibu yang melahirkan bayi sulung). Trauma yang terbawa-bawa jika pernah mengalami kehilangan bayi sebelum kelahiran sekarang Kesukaran dalam menangani masalah bayi menangis di tengah-tengah malam ditambah dengan badam yang letih akibat ‘labour stage’ yang lama serta kesakitan akibat luka melahirkan atau pembedahan. Masalah dengan orang tua atau mertua (terutama dalam amalan berpantang yang kadangkala terlalu ketat) Bayi mengalami jaundice/perlu ulang alik ke hospital atau klinik. Masalah dalam menyesuaikan diri dengan bayi yang baru lahir selain dengan anak yang sedia ada yang juga memerlukan perhatian. Menahan rasa rindu dan merasa jauh dari suami (bagi ibu yang pertama kali melahirkan) Perilaku anak semakin nakal sehingga ibu menjadi stress Gangguan corak tidur ibu pada malam hari kerana bayinya menangis. Setiap kegiatan ibu menjadi terbatas kerana hadirnya seorang bayi. Takut melakukan hubungan suami isteri kerana takut mengganggu bayi selain trauma di bahagian sulit semasa melahirkan.
3. Psikosis
Psikosis selepas bersalin atau gila meroyan merupakan peringkat paling teruk dan jarang berlaku selepas bersalin. Gila meroyan boleh berlaku secara tiba-tiba, biasanya dalam 2 minggu pertama selepas bersalin dan ada yang berlaku dalam masa 48 jam.
Ibu-ibu ini biasanya tidak lagi berpijak di bumi nyata dan mengalami simptom-simptom psikosis termasuk nampak sesuatu yang tiada atau mendengar suara yang tidak didengari orang lain. Ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling, terutama bayinya disamping idea untuk bunuh diri sendiri muncul dalam kepala.
Ibu yang berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin:
Mempunyai sejarah masalah mental atau pernah mengalami gila meroyan dalam kandungan sebelum ini. Sejarah keluarga yang mempunyai masalah gila meroyan, terutama ibu atau kakak. Gelaja kemurungan yang berpanjangan selain punca masalah kemurungan gagal dikenalpasti dari awal.
Antara tanda-tanda yang kelihatan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kemurungan seperti diatas adalah; Cemas tanpa sebab Menangis tanpa sebab Tidak sabar Tidak percaya diri Sensitive Mudah tersinggung Merasa kurang menyayangi bayinya Merasa seperti tidak disayangi suami/ibu/mertua/adik beradik kerana perhatian berlebihan terhadap bayi Cemburu terhadap perhatian yang diberi terhadap bayi Merasa tangisan bayi adalah terlalu menyakitkan telinga
Masalah kemurungan yang dikenalpasti awal, boleh dielakkan serta diatasi dengan kerjasama dari suami serta lain-lain ahli keluarga terutama dalam pengurusan bayi dan anak sedia ada..selain itu beberapa cadangan diberikan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan antaranya
Banyakkan berehat.
Buat suami, tidak salah rasanya membantu isteri dalam menguruskan bayi anda tidak kira dari memandikan bayi, menukar lampin, membancuh susu dan menjaga bayi sebentar bagi memberi peluang kepada isteri untuk berehat setelah mengeluarkan seluruh tenaga semasa proses melahirkan.
Pernah dengar 1 ustaz memberi ceramah,lelaki adalah satu-satu manusia yang paling penyabar kerana walaupun anak menangis di tengah malam..Tetap sabarrrrr dan malahan mampu terus tidur. Makan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Makanan yang sihat dan berkhasiat mampu memberi dan membantu dalam penyembuhan luka selepas bersalin selain memulihkan tenaga yang hilang. Pemakanan juga membantu dalam penghasilan susu badan yang lancar.
Libatkan diri dengan kumpulan sokongan.
Dengan pelbagai media sosial seperti FB, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.
Berfikiran positif
Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira.
Kerjasama dari ahli keluarga terutamanya suami dalam memantau proses penyesuaian diri si ibu sewaktu lepas melahirkan, semasa membesarkan anak-anak dan menerhati simptom-simptom yang mungkin ada boleh mencegah keadaan si ibu dari menjadi lebih parah.
Notakaki:
Berhenti dari menyalahkan si ibu 100% dalam kes ini. Tunggu siasatan pihak berkuasa. Jangan buat kerja tuhan dan kerja pihak berwajib
Kesilapan meneran sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya, risiko rahim jatuh amat tinggi. Apakah keadaan rahim jatuh?
Menurut Dr.Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang normal. Utero vaginal prolapse (UVP) adalah keadaan di mana rahim bersama vagina atau faraj turun dari kedudukan yang sepatutnya.
Masalah rahim jatuh juga boleh berlaku bersama kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan (dipanggil anterior wall prolapse atau cystocoele), atau kejatuhan saluran usus pada bahagian belakang (dipanggil posterior wall prolapse atau enterocele/rectocele).
Masalah rahim jatuh boleh berlaku dengan sendiri. Tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan rahim terkeluar daripada anterior (depan), atau posterior (belakang) dinding faraj, atau kedua-duanya.
HAKIKATNYA SELEPAS BERSALIN, SEGELINTIR WANITA HANYA AKAN MENGALAMI MASALAH RAHIM JATUH PERINGKAT PERTAMA. OLEH ITU, MEREKA PERLU LEBIH PRIHATIN MENJAGA ORGAN PERANAKAN TERSEBUT DENGAN MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT, MENGELAK SEMBELIT, MELAKUKAN SENAMAN LANTAI PELVIS.
Walaupun masalah ini normal, tetapi ramai wanita malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan intervensi seperti memakai gelang vagina atau menjalani pembedahan membuang rahim atau menaikkan vagina yang jatuh.
Peringkat pertama
Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih di dalam vagina atau faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom. Jika adapun, kebiasaannya wanita hanyalah perasan ada rasa berat pada bahagian rongga pelvis sahaja.
Peringkat kedua
Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah, dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri.
Peringkat ketiga
Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan, dan kejatuhan saluran usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini, organ ini masih lagi boleh ditolak masuk ke dalam vagina semasa pesakit baring di atas katil.
Peringkat keempat
Keadaan organ jatuh seperti peringkat ketiga, namun pesakit tidak boleh memasukkannya kembali ke dalam vagina biarpun pada keadaan baring. Mungkin wanita tersebut boleh mengalami masalah membuang air kecil dan sukar mengawalnya.
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
OTOT LANTAI PELVIS & LIGAMEN LEMAH JADI PUNCA
Rahim jatuh berlaku apabila otot lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu, rahim akan melorot jatuh atau tersembul keluar daripada bukaan faraj.
Rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, namun ia sering berlaku pada wanita yang sudah putus haid (menopaus) yang pernah bersalin secara normal. Kerosakan pada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin, kesan graviti, ketiadaan hormon estrogen dan perbuatan meneran berulang-ulang kali selama bertahun-tahun, boleh membawa kepada kekenduran otot lantai pelvis dan menyebabkan rahim jatuh.
4 AMALAN SIHAT ELAK RAHIM JATUH
Cara berpantang yang betul boleh mengurangkan risiko terjadinya rahim jatuh.
LANGKAH PENCEGAHAN
Semasa bersalin: Elakkan meneran terlalu awal, sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya Semasa hamil: Lakukan senaman lantai pelvis. Selepas bersalin: Elakkan dari mengalami sembelit. Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan. Elakkan dari berdiri berpanjangan, mengangkat barang berat dan masalah batuk yang kronik. Buat senaman lantai pelvis setiap hari.
5 LANGKAH SENAMAN LANTAI PELVIS (KEGEL EXERCISE)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah anugerah yang paling bernilai buat semua pasangan suami isteri. Dikurniakan anak selepas berkahwin terasa kehidupan makin lengkap. Sempurna dalam serba serbi. Mana-mana ibu bapa pun pastinya menginginkan sebuah kehidupan dan memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Sediakan katil khas bayi malah sangggup berhabis untuk menyediakan sebuah bilik khas buat si kecil. Semuanya untuk menyambut kelahiran si comel pengarang jantung ibu dan ayah. Namun begitu, dalam pada girang menyambut kelahiran, jangan dilupakan kebajikan isteri yang berpantang dan berkorban masa untuk menyusukan anak kecil kita.
Isteri seharusnya diberikan sebuah kelengkapan sempurna untuk berehat sebaik mungkin ketika berpantang. Elemen-elemen kecil dan dianggap remeh oleh suami sebenarnya cukup bermakna bagi seorang isteri. Apa suami patut sediakan sewaktu isteri berpantang?
Senarai di bawah ini pastinya buat isteri makin bertambah sayang!
Ambil Cuti Jaga Isteri
Apabila isteri selamat melahirkan anak, sebahagian besar tenaganya dihabiskan untuk proses kelahiran bayi. Malah luka koyakan sewaktu kelahiran membolehkan isteri tidak dapat bergerak dengan banyak. Sebahagian tugasnya tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Ketika inilah isteri amat mengharapkan sang suami untuk membantu. Suami sentiasa di depan mata sudah cukup buat isteri rasa lega untuk membantu semua perkara. Jadi ambillah cuti yang agak lama. Biar isteri makin kuat barulah kembali bekerja.
Sediakan Confinement Lady
Jika ada wang lebih apa kata sediakan pakej berpantang yang lengkap untuk isteri. Biarkan isteri diuruskan oleh yang pakar. Biar isteri berehat dengan sebaiknya selama tempoh ini. Melalui tempoh berpantang dengan sempurna seperti berurut, berpilis, berbengkung sambil disajikan dengan makanan yang sihat dan segar buat isteri makin cepat pulih. Emosi pun terjaga dengan baik. Bila sudah punya pembantu, dapatlah meringan beban suami dalam hal-hal urusan isteri. Tak gitu?
Kerusi Untuk Isteri Menyusu
Hendak menyusukan anak sebenarnya memerlukan sistem sokongan yang padu. Bukan sokongan daripada orang sekeliling sahaja, bahkan kelengkapan untuk isteri menyusu dengan baik juga suami patut ambil tahu. Sediakan lokasi khas untuk isteri menyusu.
Jika suami dapat menyediakan sebuah kerusi yang empuk dan selesa pasti dapat menyokong tubuh isteri sepanjang tempoh menyusu. Semua ini bagi memastikan postur tubuh isteri terjaga dan dapat mengelakkan masalah sakit belakang dikemudian hari. Nampak ringkas tetapi jika suami sediakan pastinya buat hati isteri berbunga-bunga riang.
Tilam Berkualiti
Berbaring dengan selesa dan mendapatkan waktu tidur yang berkualiti, baik di waktu malam atau siang hari dapat membuatkan tubuh ibu semakin kuat. Malah tubuh juga semakin cepat untuk pulih seperti sediakala. Namun jangan hanya membiarkan isteri tidur di atas tilam lembut yang landai serta tidak menyokong tubuhnya. Tilam Prime Series, terbaru daripada Coway pastinya pilihan paling tepat untuk menyokong belakang tubuh ibu yang sedang berpantang.
Selain besi spring yang tahan lasak, berkualiti tinggi malah diuji pelbagai daya tahan berat yang pelbagai, tilam istimewa ini juga dilapis dengan tiga lapisan struktur foam yang pelbagai dan mampu menyokong tubuh. Gabungan tiga material ini pastinya mampu memberi kelesaan dan keselesaan maksimum kepada ibu.
Servis Setiap Empat (4) Bulan
Bukan itu sahaja malah paling utama tilam Prime Series dari Coway ini juga merupakan tilam pertama yang didatangkan dengan servis membersih setiap suku tahun. Sama seperti Penapis Air Coway yang lebih dahulu popular di negara ini, Mattress Prime Series juga mengetengahkan konsep yang sama di mana pelanggan berpeluang menerima servis pembersihan setiap empat (4) bulan secara percuma!
Jadi bukan hanya selesa dan dapat menjaga postur tubuh secara tepat bahkan segala kuman dan bakteria yang terperangkap kesan daripada habuk dan debu dapat dihapuskan dengan mudah. Hebat!
7 Langkah Pembersihan Tilam Baru dan Lama oleh Coway :
· Step 1 – Mengenal pasti peringkat habuk yang terperangkap melalui alatan khas seperti microskop yang dikenakan kepada tilam.
· Step 2 – Sedut segala habuk pada keseluruhan katil dengan menggunakan berus eksklusif.
· Step 3 – Membersih keseluruhan frame katil dengan cecair khas.
· Step 4 – Vakum pada kedua belah bahagian dan sisi tilam dengan menggunakan berus khas.
· Step 5 – Membersih dan menyedut habuk dengan vakum khas menggunakan peralatan penapis HEPA yang mempunyai daya sedutan yang kuat agar menanggalkan kotoran dengan mudah.
· Step 6 – Spray penyembur khas untuk mengurangkan habuk.
· Step 7 – Proses pensterilan UV dengan alatan khas agar menghapuskan bakteria dan kuman yang terperangkap.
Begini banyak langkah pemusnahan bakteria yang kotoran yang terperangkap pada tilam pastinya cukup baik untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Bukan hanya isteri dapat berehat dan selesa tidur di katil sempurna ketika berpantang bahkan kesihatan anak dan isteri juga terjaga dengan baik.
Pilihan untuk memiliki produk daripada Coway, baik penapis air mahupun yang terbaru Mattress Prime Series ini, boleh dipesan dengan mudah melalui wakil jualan Pakar Coway di seluruh negara.
Malah jika anda beminat untuk turut sama menjadi sebahagian warga Coway pastinya ianya satu keputusan yang bijak untuk anda lakukan di permulaan tahun baru ini.
Daftar Sebagai Ahli Keluarga Coway
Dengan menjadi ahli keluarga Coway anda berpeluang memiliki keperluan serba moden dengan harga yang berpatutan. Bahkan melalui Coway, baik suami atau isteri mampu memperoleh pendapatan sampingan secara bulanan yang lumayan.
Mulakan langkah untuk membantu ekonomi keluarga segera. Bagi yang berminat untuk berniaga, tetapi tiada modal, Team Pakar Coway pastinya mampu memenuhi impian anda untuk menaikkan taraf hidup yang jauh lebih baik secara sepenuh masa atau sampingan.
Kelebihan menjadi sebahagian ahli PakarCoway.my:
* Gaji anda tentukan sendiri
* Masa bekerja yang lebih fleksible
* Pelbagai insentif menarik disediakan kepada semua
* Latihan online dan offline turut disediakan.
Jadinya, untuk mereka yang nak ‘surprise’kan isteri, ibu, keluarga mahupun inginkan sebagai hadiah buat insan tersayang , tilam coway adalah satu pilihan amat unik yang memberi memori indah berkekalan kepada pemberi dan penerima.
Oleh itu,anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan harga serendah RM 139 bulanan dengan melayari Pakarcoway.my.
Hadiah Percuma!
Hubungi terus untuk dapatkan bantal dan mattress cover percuma anda di talian, Tengku Irwan018-770 0104 untuk info lanjut berkenaan tilam coway boleh layari,
Humming anak sebelum tidur boleh membantu sesetengah bayi dan kanak-kanak berasa lebih tenang. Ketahui manfaat, bukti kajian serta cara mengamalkannya dengan selamat.