Stres kalau rumah banyak semut ni. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, mesti berduyun datang. Ada anak kecil-kecil tau la, ada je tumpah makanan dia kat mana-mana Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pun semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan dan menggigit masa si kecil ni tidur.
Kalau rumah memang dekat dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pun, semut tetap juga masuk. Kekadang masuk dari rekahan-rekahan kecik dekat dinding-dinding, kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.
Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yang tak bboleh tu kalau kita sengaja bunuh/ bakar sarang semut yang tak ada kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Macam tu juga kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.
Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecil. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut tak mati pula. Spray serai wangi pun tak berkesan. Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Yela, petua tu dah terang-terang nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi dia buat jalan baru pula. Dah tu semut makin banyak.
Perkongsian dari Puan Yatie Eimracara membuat spray homemade serbaguna ini sangat mudah. Yang penting selamat!
Sekarang untuk membanteras semut..Di bahagian dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecil sekalipun. Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai pula, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yang ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan dua sebelum semut menyerang balik.
Spray Serbaguna (homemade)
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Ads
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
* Bancuhan ni sebenarnya xde sukatan yang tetap pn, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak xberkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
Kegunaan :
Ads
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
Ads
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Update:
*Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang takde essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis ke dalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.
Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perancangan Allah mengatasi segalanya. Macam tak percaya tetapi itulah hakikat yang harus diterima apabila anak sulung meninggal dunia minggu lalu akibat lemas, namun keperitannya terubat selepas melahirkan anak perempuan kedua, pada awal pagi Hari Merdeka.
Suri rumah, Asmah Sarip, 36, hanya mampu reda dengan ketentuan Allah SWT apabila meminjamkan Aira Nur Solehah Anddy Edris selama 11 bulan sebelum meninggal dunia akibat lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya di Kampung Sijangkang pada 22 Ogos lalu.
Gambar Hiasan
Menurut Asmah, semasa kejadian, dia tertidur akibat terlalu letih semasa sarat mengandung sebelum menemui anaknya lemas di dalam baldi kira-kira 5.30 petang.
“Saya sentiasa memantau pergerakan anak kerana dia baru pandai berjalan, namun aturan Allah SWT itu mengatasi segala-galanya apabila dia merangkak ke dalam bilik air dan lemas dalam di dalam baldi berisi air.
“Saya juga tidak pernah lupa menutup pintu bilik air, tetapi ajal tidak pernah lewat seminit pun menjemput sesiapapun yang dikendaki-Nya… saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang.
Kelahiran anak kedua ubat rindu
Asmah berkata, kelahiran anak keduanya pada Hari Merdeka sedikit sebanyak mengubati hatinya yang merindui keletah arwah anaknya yang ceria dan rapat dengannya sejak dilahirkan.
“Saya tidak sangka akan melahirkan anak kedua pada Hari Merdeka kerana tarikh sepatutnya adalah pada 28 Ogos lalu.
“Pemberian Allah SWT ini adalah hadiah yang paling bermakna buat saya kerana bukan saja anak dilahirkan pada hari bersejarah tetapi juga kesedihan saya sedikit sebanyak terubat,” katanya.
Cahaya mata Asmah antara 10 bayi Merdeka yang dilahirkan di HTAR sejak awal pagi 31 Ogos lalu.
Sebaiknya sejak kecil lagi, anak sudah diajar dengan pelbagai aktiviti kekuatan otot tangan untuk merangsang mereka agar dapat memegang pensil seterusnya sebagai persediaan untuk menulis.
Selain merangsang kekuatan otot tangan aktiviti kasar, apa kata anda cuba aktiviti paling mudah ini di rumah. Modal pun jimat.
Jom ikuti perkongsian OT, Pn Nurul Sheriena Musa untuk membantu anak menguatkan otot tangan.
Tahu tak selain gerakan bahu, nak pastikan anak pandai pegang pensil perlu stabilkan gerakan pergelangan tangan juga.
Jom buat aktiviti ini, gerakan uli Theraputty di dinding sahaja.
Ini merupakan gerakan wrist penting untuk anak pegang pensil.
Gerakan ini akan dapat membantu anak:
* Fokus pada mata * Gerakan wrist * Kuarkan core muscles, sebab anak perlu berdiri ketika membuat aktviti ini.
Sentiasalah perbanyakkan aktiviti gerakan jari macam ini.
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...