Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus sihat dan terurus. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.
Stesen Minyak Bina Rumah Untuk Kucing Jalanan, Semua Anak Bulus Sihat Dan Terurus
Rakaman video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @ssempire_ memaparkan beberapa ekor kucing yang dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan stesen minyak tersebut. Kucing-kucing itu kelihatan sihat, bersih dan terurus.
“Lazimnya, stesen minyak hanya menawarkan kemudahan asas seperti tandas, surau dan tempat duduk. Namun, stesen ini berbeza apabila mereka membina sebuah ‘rumah’ khas yang besar dan selesa untuk kucing-kucing jalanan agar haiwan tersebut dapat tinggal dalam keadaan terjaga,” jelas wanita tersebut.
Ads
\
Tambahnya lagi, pengurusan stesen minyak turut memastikan keperluan makanan dan minuman kucing-kucing tersebut sentiasa mencukupi. Kesemua kucing di sana kelihatan gebu, manja dan sangat comel.
Ads
Di ruangan komen, ramai netizen melahirkan rasa kagum serta memuji tindakan mulia yang diambil oleh pemilik stesen minyak berkenaan dalam menjaga kebajikan haiwan terbiar.
Syukur rezeki dikurniakan zuriat awal.Tahniah diucapkan buat pelakon, Neera Azizi yang berkongsi khabar gembira kini hamil anak pertama.
Neera dan suami yang mendirikan rumah tangga pada 11 Julai lalu amat bersyukur atas rezeki tak terduga ini malah keduanya begitu teruja untuk menerima kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
Tambah Neera lagi, dia pada mulanya mengalami alahan yang agak teruk namun kini semakin stabil selepas memasuki trimester kedua kehamilannya.
“Inilah orang kata bunting pelamin.
“Awal kehamilan saya mengalami alahan yang teruk sehingga tak boleh bau makanan. Sekarang sudah masuk trimester kedua, semuanya lebih baik,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah bakal menjadi ibu, tambah Neera lagi, dia mulanya mengakui sedikit gementar untuk bergelar ibu tambah pula tiada sebarang pengalaman namun dia percaya segalanya akan baik-baik sahaja bila sampai masanya kelak.
“Nak kata sudah bersedia saya pasti semua orang akan cakap gementar.
“Tapi saya percaya apabila bayi kecil ini sudah lahir nanti secara automatic kita akan bersedia,” luahnya.
Terdahulu, Neera dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 11 Julai lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian Keluarga Ini Memang Tak Pernah Mengecewakan, Datin Shahida Throwback Lakonan Bersama Anak Keempat, Baim – “Rasa Kejam Pulak Tengok Diri Sendiri”
Keluarga usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida memang tak asing lagi dalam radar netizen. Apa sahaja perkongsian berkaitan keluarga ini, pasti mencuri perhatian ramai sama ada momen lucu anak-anak mereka, rutin harian di rumah mahupun sisi lebih peribadi yang menyentuh emosi.
Baru-baru ini, Datin Shahida telah berkongsi satu video lama di Instagram miliknya yang mengimbau kembali detik lima tahun lalu, ketika beliau berlakon dalam sebuah drama bersama anak keempatnya, Baim. Waktu itu, Baim baru sahaja berusia enam tahun, dan kini telah pun menginjak ke usia 11 tahun.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Datin Shahida menjelaskan bahawa projek lakonan tersebut hanyalah sekadar suka-suka, dan hanya melibatkan anak-anaknya sendiri. Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah reaksi beliau sendiri apabila menonton kembali babak tersebut:
“Ni Drama 5 tahun lepas. Masa ni saja je nak try berlakon. Berlakon drama dengan anak anak je. Rasa kejam pulak bila kita tengok diri sendiri berlakon. Kita tak garang macam tu tau awak.”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen mengakui tersentuh melihat lakonan Baim yang ketika itu masih kecil, namun berjaya menyampaikan emosi dengan baik. Malah ada yang tak menyangka bahawa drama tersebut hanya lakonan suka-suka kerana ia kelihatan cukup menyakinkan dan penuh perasaan.
Rata-rata memuji bakat semula jadi Baim serta hubungan rapat antara ibu dan anak yang jelas terpancar menerusi babak tersebut. Tidak kurang juga yang menyuarakan rasa rindu melihat Baim yang kecil dan comel, berbanding kini yang sudah membesar menjadi kanak-kanak berpersonaliti ceria.
Cara kira fidyah puasa sering dipandang ringan, sehinggalah seorang ibu ini terkejut apabila jumlah fidyah yang perlu dibayar mencecah lebih RM500 selepas tiga tahun tidak mengganti puasa lepas bersalin.
Tak sampai dua minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadan. Bulan ibadah yang penuh keampunan dan peluang untuk kita betulkan semula apa yang tertinggal. Namun satu perkongsian seorang ibu ini benar-benar buat ramai tersentak dan mula berfikir tentang tanggungjawab ibadah yang sering tertangguh.
Perkongsian oleh ibu @nainrahman ini menjadi tular selepas beliau berkongsi tangkap layar pengiraan fidyah melalui laman rasmi Lembaga Zakat Selangor. Niat asalnya hanya mahu menyemak fidyah bagi puasa yang tidak sempat diganti. Tetapi apabila jumlah keseluruhan dipaparkan, beliau sendiri terkejut.
Jumlah fidyah yang perlu dibayar mencecah RM522.90. Angka yang bukan kecil dan cukup untuk buat ramai tersentap, terutamanya golongan ibu yang pernah meninggalkan puasa selepas bersalin.
Ramai antara kita pernah berada dalam situasi terpaksa meninggalkan puasa. Sama ada kerana mengandung, menyusukan anak, sakit, keletihan melampau atau kekangan kerja. Islam memang memberi kelonggaran, namun kelonggaran itu datang bersama tanggungjawab.
Puasa yang ditinggalkan wajib diganti. Jika tidak diganti sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya tanpa uzur yang dibenarkan, fidyah akan dikenakan selain qada puasa. Apa yang ramai tidak sedar, fidyah ini akan bertambah mengikut tahun jika terus ditangguhkan.
Di sinilah pentingnya setiap individu memahami cara kira fidyah puasa supaya tidak mengambil mudah perkara yang wajib diselesaikan.
Dalam perkongsian ini, ibu tersebut menyenaraikan puasa yang tertinggal mengikut tahun:
Setiap tahun dikira secara berasingan. Inilah sebab utama kenapa jumlah akhir boleh jadi besar walaupun bilangan hari nampak tidak terlalu banyak.
Apabila puasa tidak diganti dalam tempoh yang lama, fidyah akan berganda mengikut tahun. Tanpa memahami kaedah pengiraan, ramai yang hanya menyedarinya apabila jumlah akhir sudah menjadi ratusan ringgit.
Ibu ini turut berkongsi cara kira fidyah puasa melalui laman rasmi zakat. Prosesnya ringkas, jelas dan sesuai untuk sesiapa yang mahu menyemak sendiri tanpa rasa ragu.
Pilih jenis beras
Kadar fidyah bergantung kepada jenis beras yang dipilih seperti beras biasa, beras wangi atau beras basmathi.
Pilih tahun tinggal puasa
Tahun puasa ditinggalkan perlu dimasukkan kerana sistem akan mengira gandaan fidyah berdasarkan tempoh kelewatan.
Masukkan bilangan hari tinggal puasa
Isikan jumlah hari yang tidak sempat diganti dengan tepat.
Sistem ini membolehkan pengguna menambah kiraan untuk beberapa tahun berbeza, sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tunggakan puasa lebih daripada setahun dan ingin memahami cara kira fidyah puasa dengan lebih telus.
Bagi golongan ibu, niat untuk mengganti puasa selalunya ada. Namun sering tertangguh. Anak kecil belum tidur, badan terlalu letih, kerja rumah tak pernah habis, urusan kerja dan keluarga yang bertindan.
Semua itu realiti yang ramai ibu lalui. Tetapi apabila ditangguhkan terlalu lama, beban itu tidak hilang. Sebaliknya ia semakin bertambah, bukan sekadar dari segi kewangan tetapi juga tanggungjawab ibadah.
Perkongsian ini bukan untuk menakutkan atau menghukum. Ia lebih kepada satu peringatan lembut supaya kita tidak terus menangguh perkara yang wajib.
Dengan Ramadan yang semakin hampir, inilah masa terbaik untuk kita duduk sejenak dan muhasabah diri. Semak berapa hari puasa yang pernah ditinggalkan, rancang bila boleh diganti dan tunaikan fidyah jika perlu.
Sedikit demi sedikit lebih baik daripada langsung tidak bermula. Jangan tunggu sehingga jumlah fidyah menjadi satu kejutan besar.