Sejak bergelar ibu kira-kira lima bulan lalu, Mawar Rashid sentiasa berkongsi perkembangan anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal menerusi instagram.
Melalui perkongsian yang dibuat Mawar, rata-rata peminatnya geram melihat gelagat anak lelakinya yang mirip dengan Mawar.
Baru tahu macam nilah perasaan jadi seorang ibu. Lagi besar anak, lagi banyak keletehnya kalau boleh nak tengok je dia membesar depan mata dengan sihat.
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih, tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan.
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit
Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam
Umur 3 bulan
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam
Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam
Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam
Begitu juga dengan tidur siang, ia sama pentingnya dengan tidur malam. Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui manfaat tidur siang dan mengapa ianya penting untuk kanak-kanak.
Mengapa tidur siang penting?
Bukan orang dewasa sahaja memerlukan tidur siang, tetapi kanak-kanak juga amat memerlukannya. Tidur siang atau meridap merupakan kunci untuk memastikan kanak-kanak mendapat rehat yang sepatutnya diperlukan oleh mereka setiap hari. Bukan itu sahaja, manfaat tidur siang juga adalah untuk pembangunan fizikal dan mental di alam kanak-kanak.
Manfaat tidur siang
Terdapat beberapa manfaat tidur siang atau meridap. Antaranya adalah:
Membantu anak belajar- Satu kajian ke atas kanak-kanak prasekolah mendapati bahawa tidur siang dapat membantu mereka melakukan lebih baik ketika bermain mainan yang melibatkan memori.
Kanak-kanak kekal cergas- Beberapa kajian mendapati kanak-kanak cenderung untuk makan lebih banyak, terutama makanan yang tidak sihat, apabila mereka tidak mendapat tidur yang cukup. Justeru, ia membuatkan mereka cenderung mendapat obesiti. Kanak-kanak yang cepat letih juga tiada cukup tenaga untuk bergerak aktif dan bersenam.
Mood lebih baik jika tidur cukup- Anak yang tidak cukup tidur akan menunjukkan tantrum dan meragam. Malahan, ada kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang melangkau meridap akan kurang gembira dan menunjukkan reaksi yang teruk pada kejadian yang mengecewakan.
Bila perlu melangkau tidur siang?
Keputusan untuk melangkau meridap boleh dibuat berdasarkan tingkah laku kanak-kanak dan jumlah tidur malam mereka. Berikut adalah keadaan bila ibu bapa boleh melangkau anak tidur pada waktu siang:
-Jika anak anda mudah terlelap di malam hari.
-Anak nampak cukup rehat pada siang hari.
-Kanak-kanak jarang tertidur semasa dalam kereta ataupun ketika menonton TV.
-Tidur siang adalah perlu untuk setiap bayi dan kanak-kanak, tetapi ibu bapa juga perlu tahu akan keperluan tidur siang mengikut peringkat usia anak mereka. Jika anda dapati anak kerap letih dan seperti tidak cukup tidur, maka mungkin anda perlu mengajar anak untuk tidur siang.
Datin Sri Shahida memang ibu penyayang kepada anak-anak termasuk Ameena, anak angkatnya yang pertama. Mempunyai akaun Instagram sendiri iaitu @babyterlajaklaris, Ameena rupanya suka bergambar, pantang nampak kamera sama macam abahnya, Datuk Sri Aliff Syukri.
Menerusi posting di Instagram, ibu cantik ini memberikan ucapan hari lahir buat anak angkat perempuannya itu.
Hari ni Ameena Aliffsha genap 1 tahun …. .
5/9/2017 tahun lepas mama excited sangat tunggu kelahiran Ameena…..lahirnya kecik je 2.3 kg…..Alhamdulillah Ameena dari lahir anak yg senang jaga……x menangis cuma lately ni dah banyak akal dah dia
Suka senyum, gila glamour persis @aliffsyukriterlajaklaris pantang nampak kamera?. Mama doakan Ameena jadi anak yg solehah yg baik budi akhlak dan yang menjadi insan yg berjaya dunia dan akhirat…
Ameena, anak angkat pertama yang diambil oleh pasangan Datin Sri Nur Shahida & Datuk Sri Aliff Syukri. Tidak lama selepas itu, Qayyum pula diambil menjadikan kedua-duanya anak angkat bertuah yang disayangi ramai.
Netizen memberikan ucapan hari lahir dan ada juga yang memuji hubungan kasih sayang mereka walau pun bukan anak kandung.
Jangan nak cepat suruh bayi pandai berjalan, rupanya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan mereka. Asalkan bayi anda mempunyai tahap perkembangan yang normal dan sihat tubuh badannya, tak perlulah nak paksa bayi berjalan seawal usianya 9 bulan!
“Eh, anak you masih merangkak lagi? Anak I dah nak berjalan. Dia langsung tak merangkak pun,” dengan bangganya seorang ibu berkata kepada ibu yang anaknya asyik merangkak sahaja.
Ada ibu yang rasa berbangga bila bayinya tidak merangkak. Kononnya bila merangkak, bayi terdedah kepada risiko cedera dan tercekik kerana kemungkinan mengutip objek yang ditemui.
Hakikatnya merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi. Ketahui kelebihan dan kebaikan kepada bayi.
1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.
3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.
4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.
5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat.
AKTIVITI MERANGKAK MENINGKATKAN PENGELUARAN MYELIN, BAHAN YANG MELAPISI SEL SARAF YANG MEMBANTU OTAK MENGHANTAR DAN MENERIMA MESEJ LEBIH CEPAT DAN JELAS. MERANGKAK AKAN MERANGSANG PULA BAHAGIAN OTAK ‘MENERIMA’ DAN ‘EKSPRESIF’.
6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.
7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.
8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.
Jadi, biarkanlah si manja anda merangkak sepuasnya kerana ia sebenarnya salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan.
Seronok sebenarnya tengok anak dah pandai merangkak. Lucu dan menghiburkan aksi si comel masa mula-mula belajar merangkak dan bila dah semakin pantas dan laju merangkak.
Kalau anda nak tengok macam-macam aksi bayi merangkak, bolehlah saksikannya di Misfit 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semasa pertandingan Merangkak Challenge Pa&Ma pada 5 Ogos 2018
Dijangkakan seramai 50 orang bayi akan berentap merebut gelaran Jura Merangkak Challenge. Tentu meriah dan menghiburkan melihat gelagat bayi-bayi comel merangkak untuk mendapatkan papa dan mama masing-masing.
Bagi papa mama yang mempunyai bayi berusia 6 hingga 12 bulan, boleh rebut peluang memenangi hadiah barangan bernilai RM1000 untuk gelaran juara Merangkak Challenge dengan mendaftarkan nama anak. Mana tahu rezeki anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi tercekik bubur nasi dalam masa hanya 15 saat mencetuskan detik cemas buat seorang ibu. Ketahui tanda tercekik sebenar, perbezaan dengan gag reflex dan panduan pertolongan cemas untuk bayi.