Siapa tak stres bila orang asyik bandingkan anak kita dengan anak dia. Walaupun perkembangan setiap anak berbeza tapi kalau syak anak lewat perkembangan segera bawa jumpa doktor.
Anak-anak zaman sekarang tak bermain macam anak dulu-dulu. Jadi kalau nampak anak lewat perkembangan jangan hanya sedapkan hati dengar pujukan sesetengh cakap orang tua-tua yang akan cakap perkembangan kita waktu kecil dulu pun lambat.
Kanak-kanak dulu tak membesar dengan gajet 24 jam, mereka lebih banyak menghabiskan masa bermain di luar rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti melibatkan pergerakan fizikal. Berbanding anak-anak zaman sekarang lebih ramai yang bermain di dalam rumah dan hanya berinteraksi dengan gajet sahaja. Jadi, jika lewat perkembangan ibu ayah jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.
Perkongsian daripada seorang Terapis Cara Kerja, Liyana Raya seperti dikongsi dalam facebook patut dijadikan panduan oleh semua ibu bapa yang ada anak di zaman digital ini.
“Alah…biasa la tu, lambat sikit, nanti normal lah budak tu.. ”
Statement yang selalu kita dengar dari seorang ibu kepada anaknya berkaitan cucu mereka.
“Ko dulu pun lambat jugak,merangkak, berjalan pun lambat, tp normal je ko hari ini…”
Soalannya ialah: Sama ke zaman parents kita membesarkan kita dulu, dengan zaman sekarang ni??
Awak dulu-dulu mak bapak bagi gajet ke kalau nak suruh duduk diam?
Awak dulu main sorang-sorang ke dalam rumah masa mak memasak kat dapur?
Awak dulu duduk kat sofa@kerusi then slide-slide di screen ke selama 2 – 3 jam sehari?
Ads
Kemon lah…
Kalaun dibandingkan dulu dan sekarang, almost 90% cara bermain kanak-kanak tu dah berbeza, baik dari segi jenis aktiviti @ pergerakan, baik dari segi bermain secara individu @ berkumpulan, baik dari segi jenis kawasan persekitaran dan macam-macam lagi.
Bermain sekarang lebih pasif dari dulu-dulu.
Dulu-dulu
Bila sebut je main, yang pastinya outdoor, means dia melibatkan pergerakan motor kasar (gross motor). Main apa? Main kejor, main panjat-panjat, main sembunyi-sembunyi, main baling selipar pun boleh (sekarang banyak main indoor je)
Ads
Bila sebut je main, mesti main dalam kumpulan (social group play). Jaranglah main sorang-sorang. Baik kanak-kanak lelaki atau perempuan. Si kanak-kanak lelaki lebih kepada kepada aktiviti lasak, si kanak-kanak perempuan bermain masak-masak dalam kumpulan.
Adakalanya aktiviti bermain mix lelaki dan perempuan.. Normal je kanak-kanak lelaki main masak-masak, role dia sebagai ayah, gi kerja dan cari duit, tak pun role sebagai abang, tolong mak dan kakak pergi kedai untuk beli apa-apa barang yang nak dimasak tu.
(Indah sungguh “bermain” dulu-dulu)
STOP jap, tu cerita dulu-dulu!
Hari ini punya cerita macam mana pulak dengan anak-anak atau cucu kita?
Hari ni, kanak-kanak duduk di sofa, slide-slide jari je 3 – 4 jam (sel-sel otak kurang berhubung sebab pasif dan duduk je)
Ads
Parents sendiri pun dah tahu apa bezanya kan?
Disebabkan bezanya cara bermain dulu dan hari ini, statistik pun membuktikan makin ramai kanak-kanak yang didiagnoskan dengan “developmental delay” @ lewat perkembangan.
Apa yang pelu dibuat sekiranya anak-anak anda mengalami kelewatan perkembangan ini? Ada rawatan ke tidak?
Rawatan awal kepada kanak-kanak yang kurang rangsangan atau ada terlihat sedikit kelewatan dalam perkembangan mereka adalah sangat penting.
Buang perasaan “denial” dengan mengatakan :
“Ah, anak masih kecil lagi. Tak perlu risaulah walaupun perkembangan tak sama dengan rakan sebaya yang lain. Nanti dia membesar, akan elok la tu.”
Buang semua tu zaman kini tak sama macam zaman dulu lagi dah.
Apa parents perlu buat:
Bawa anak berjumpa dengan dengan doktor bahagian kanak-kanak(untuk pengesahan dan diagnostik)
“Anak saya suka membaca tetapi dia tak suka menulis”. “Susah betul nak suruh anak saya ini buat latihan menulis”. Ini adalah antara rungutan yang sering dengari daripada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka terutama bila bacaan tidak lagi menjadi keutamaan.
Secara umumnya aktiviti menulis di peringkat tadika sering kali bermula dengan “latihan”. Perkataan latihan ini sudah cukup menunjukkan bahawa aktiviti ini adalah bersifat “kerja’, melibatkan penggunaan otot-otot kecil jari memegang pensel serta fokus mata untuk menghasilkan coretan yang berbentuk di atas kertas.
Huruf yang ditulis berulang-ulang tidak menghasilkan contohnya perkataan yang difahami dan sering kali anak hanya melakukan aktiviti ini bukan kerana suka tetapi dipaksa.
Bagaimanakah kita boleh memastikan aktiviti ini menjadi sesuatu aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan?
Mengajar anak sebarang kemahiran baru seharusnya dimulakan dengan menyemai minat dahulu. Contohnya,kalau ingin anak suka membaca, mulakan dengan membaca buku cerita kepadanya.
Dengan itu, kalau ingin anak suka “ menulis” anda seharusnya mempamerkan keseronokan menulis serta kenapa menulis itu suatu kemahiran yang perlu dipelajari.
Bagaimana hendak kita mulakan? Ikuti empat langkah mudah ini.
LANGKAH SATU
Aktiviti penulisan pertama tidak perlu melibatkan anak-anak menulis atau memegang pensel. Tak pegang pensel? Macam mana anak hendak menulis kalau tak guna pensel? Tentu ibu ayah pelikkan.
Sebenarnya pensel dan pena akan digunakan tetapi yang akan menggunakannya adalah ibu atau ayah atau guru. Ibu atau ayah bertindak seperti wartawan atau seorang setiausaha. Ibu atau ayah bersama sekeping kertas dan pensel atau pena akan mengajak anak untuk bercerita.
Tanya anak apa aktivitinya pada hari itu
LANGKAH KEDUA
Seterusnya, ibu atau ayah akan bertanya kepada anak apa yang berlaku pada hari tersebut( maka seeloknya aktiviti ini dilakukan pada sebelah petang atau malam). Ibu atau ayah mungkin sudah mengetahui tentang perkara-perkara menarik yang mungkin telah berlaku pada hari itu, contohnya, anak baru sahaja pulang daripada lawatan sekolah ke zoo. Ibu atau ayah , boleh bertanya, “ Tadi adik pergi ke mana dengan kawan-kawan dan cikgu”. Dia menjawab “ Zoo”. Seterusnya ibu bolah bertanya, “ Ada apa di zoo?”.
Ibu atau ayah tulis apa yang anak ceritakan dengan ayat yang ringkas dan tulisan yang besar
LANGKAH KETIGA
Kemudian ibu atau ayah akan menulis apa yang anak akan ceritakan apa yang dilihat. Ibu atau ayah akan menulis di atas kertas. Masa ini ibu boleh bagitahu bahawa pada hari itu bermulalah aktiviti menulis diari aktiviti anak. Ibu akan menulis dalam ayat yang lengkap sambil diperhatikan oleh anak.
Apa yang berlaku di sini adalah anak melihat “fenomena” menulis, anak mengamati tulisan yang ditulis ibu atau ayahnya yang merupakan hasil daripada kata-katanya atau ideanya. Anak didedahkan kepada sebab dan perlunya dia untuk menulis. Anak akan teruja melihat apa yang difikirkannya dapat digambarkan dalam bentuk tulisan.
LANGKAH KEEMPAT
Akhirnya membuatkan anak-anak suka menulis. Aktiviti ini sebaiknya dilakukan setiap hari. Ianya boleh menjadi lebih menarik dengan meletakkan gambar yang berkaitan, tiket masuk atau sebarang kenangan berkaitan aktiviti. Mendekorasi muka depan diari boleh juga dijadikan aktiviti kreatif yang tersendiri.
Apa yang pasti aktiviti penulisan seperti ini membolehkan anak melihat proses menulis itu dan melihat bahawa ia adalah sesuatu yang bermanfaat malah menyeronokkan. Jom kita ajak anak-anak lakukan aktiviti menulis cara ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah! Dah makin handsome Ariq Matin dengan penampilan terbarunya berambut pendek. Bila dah potong rambut makin terserlah mukanya sebagai seorang abang dan nampak lebih matang.
Sebelum ini, anak ketiga Shuib bersama arwah Siti Sarah ini sentiasa menjadi perhatian kerana sikapnya yang sempoi dan sentiasa menghiburkan hati.
Dalam perkongsian di instagram Shuib, dia ada memuat naik gambar Ariq Matin sebelum potong rambut dengan kapsyen tak sabar kan nak tengok rambut baru dia.
Sejurus selepas Shuib berkongsi foto terkini Matin, rata-rata peminat memberikan reaksi dengan menyatakan gaya potongan rambut itu sangat sesuai dan mula nampak macam muka Shuib Junior.
Sementara itu, Shuib juga turut berkongsi gambar terbaru Uwais dengan gaya rambut pendeknya yang seakan mirip arwah ibu. Ramai yang memuji kecomelan hero Shuib dengan imej baru tersebut.
“Lagi terserlah wajah handsome dan nampaklah lebih selesa.”
“Handsomenya Uwais dan Matin..Nampak macam orang besar.. Dik Ta pun comel.
“Wahhh comel jaaa, nampak kemas bila potong rambut”❤️
“Comel….nampak abang-abang”…
Kredit: Instagram Shuib Sepahtu
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seharusnya ibu ayah tidak malas dan jadikan ia perkara wajib untuk mandikan anak sebelum hantar anak ke taska.
Perkongsian ini mengejutkan apabila mempersoalkan sikap ibu ayah yang tidak mahu memandikan anak sebelum di hantar taska. Malah sikap segelintir ibu ayah yang sanggup mereka alasan seperti ‘anak tidak boleh mandi disebabkan arahan doktor, sukar bangun awal pagi dan pelbagai alasan lain semata-mata tidak mahu mandikan anak di rumah.
Namun apa yang disenaraikan oleh perkongsian ini ada benarnya bahawa banyak manfaat jika ibu ayah sendiri memandikan anak. Malah mengikut pendidikan psikologi kanak-kanak, sentuhan dan komunikasi antara ibu ayah dan anak dapat mengeratkan hubungan walaupun hanya mandi pagi sahaja sebelum pergi bekerja. Malah ia juga membuatkan tubuh badan anak menjadi lebih sihat dan bertenaga apabila peredaran darah berjalan lancar setelah mandi pagi. Ikuti perkongsian teacher Ina Ina Oh Ina yang merupakan pemilik taska dan seorang ibu kepada seorang anak. Perkonsian beliau ini dibincangkan dalam satu media sosial forum yang telah mendapat respon daripada ibu bapa dan pemilik-pemilik taska. Semoga kita semua muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik kepada anak.
Kebanyakkan taska mewajibkan mandi pagi di taska masing-masing.. Sebabnya ialah
Nak kejar aktiviti dalam jadual Bayangkan ada 40 kanak-kanak Pukul 8pagi mula mandi. Rasanya kul 11 baru setel Aktiviti entah ke mana. Kecuali kalau taska tu suruh reramai masuk tanda dan siram serentak dalam erti pepatah mandi kerbau lah.
Kat sini saya listkan kebaikkan mandi pagi di rumah dengan ibu dan ayah
9 kebaikan mandi di rumah
1.Bonding ( tak kan pagi ticer mandikan. Petang pun ticer juga. Nanti bonding lebih dgn ticer jeles pulak)
Mengajar kebersihan dari awal
3.Tanggungjawab ibu bapa
Kanak-kanak yang siap. mandi dari rumah,akan datang ke taska dalam keadaan riang dan bersemangat berbanding yang tak mandi agak slow sikit dan tidak cergas (ikut pengalaman saya 10 tahun uruskan taska)
Zaman mode, setiap rumah dilengkapi paip. Kalau dulu ibu bapa boleh amik air dari perigi. Ape lagi alasan..
6.Membolehkan anak-anak buat aktiviti pagi-pagi.
Anak kita kan. Mesti kita hepi tengok anak bersih. Bukan kita je yang nak wangi pergi kerja.
8.Kebersihan dituntut dalam Islam
9.Jangan terkejut jika ibu bapa meninggal dunia anak-anak tak nak mandikan. Hidup umpama roda..ingat tuh!
Antara komen daripada blog dikongsikan oleh teacher ini untuk membincangkan isu berkenaan.
Respon ibu bapa dan pemilik tadika
Isu ini mendapat pelbagai respon daripada ibu bapa dan pemilik taska. Rata-rata pemilik taska menyatakan ada pihak ibu bapa lepas tangan untuk mandikan anak waktu pagi. Namun, ada juga respon ibu bapa yang komited mandikan anak setiap pagi atas alasan inginkan bonding. Berikut sebahagian respon setelah perbincangan isu ‘malas mandikan anak’ di sebuah laman sosial keibubapaan.
Semoga kita semua muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.