Stress Bila Susu Sikit, Air Rebusan 2 Bahan Mama Wajib Cuba Untuk Meriahkan Susu!

Share

Pertama kali melahirkan anak pastinya sedikit menyukarkan. Kurang pengalaman dan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress. Apa lagi melihat susu yang dipam tidak mencapai jumlah yang diinginkan berbanding orang lain.

Jangan cepat mengalah dulu, usahakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan resipi ringkas, air rebusan ini. Air rebusan yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali di facebooknya ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk memperbanyakkan susu ibu.

Tak perlu bahan yang banyak pun, hanya dua bahan sahaja. Amalkan. Mana tahu serasi dengan tubuh mama. Jom cuba!

ORGANIC MILKBOOSTER

Susah hati jugak bila susu ibu selalu drop kan? Susu asyik tak cukup. Pam dapat sikit je. Ni Kak Ekin share resipi banyakkan susu badan yang korang boleh buat kat rumah. Hanya guna halba dan kurma.

Bahan-bahan:
1 sudu halba
7 biji kurma kering
Air masak 2 cawan

Cara-caranya :
1. Masukkan air dalam periuk.


2. Masukkan halba dan kurma. Rebus sampa warna kekuningan macam teh.


3. Boleh dihidang dan minum 2 kali sehari.

Moga membantu ibu-ibu yang berimpian menyusu hingga anak umur 2 tahun. Semoga bermanfaat.

Punyalah senang cara nak membuatnya, hanya rebuskan sahaja dua bahan ini dan biarkan jadi pekat kekuningan dan kemudian diminum setiap hari. Lakukan sesuatu pastinya lebih baik daripada tidak mencuba. Niatkan untuk tambahkan susu untuk kenyangkan anak kita. Selamat mencuba mommies!

 

IKLAN