Wanita ini pernah tular kerana busana Hello Kitty yang dipakainya bagi menyambut ketibaan 1 Syawal. Terbaharu, kisahnya mempunyai 35 pasang baju bertemakan kartun popular itu hangat menjadi bualan di negara jiran Indonesia.
Malah, keluarganya mendapat liputan oleh media di negara Republik itu, baru-baru ini.
Menerusi laporan mStar, wanita berkenaan, Yus Amina Mohd Zawizah tidak menyangka kisah baju raya Hello Kitty mendapat sambutan di Indonesia menjelang sambutan Aidilfitri.
Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, kesannya cukup luar biasa kerana akaun laman sosialnya dihujani dengan mesej secara langsung (DM) daripada para pengikut di negara itu.
“Viral kat Indonesia, fanatik mereka lagi kuat. Jadi, bila media Indonesia buat liputan mengenai baju raya Hello Kitty baru-baru ini, ramai dari sana DM saya.
“Mereka tanya di mana beli kainnya, berapa harganya siap ada yang mahu beli preloved (baju terpakai) saya. Rata-rata mereka mahu menjadikannya sebagai inspirasi baju raya di Indonesia tahun ini,” katanya ketika dihubungi.
Lebih mesra disapa Afina, katanya sejak menjadikan Hello Kitty sebagai inspirasi busana Aidilfitri bermula 2015, sebahagian kainnya ditempah khas dari Jakarta.
Malah bagi menyambut lebaran tahun ini, katanya, sebanyak dua pasang disediakan untuk setiap ahli keluarganya termasuk dua anak, masing-masing seorang perempuan dan lelaki.
Ads
“Raya tahun ini saya dah sediakan lima pasang, termasuk dua pasang baju Hello Kitty untuk setiap seorang.
“Kelima-lima pasang baju untuk empat beranak berharga lebih RM25,000 termasuk harga kain dan servis tempahan,” ujarnya yang berasal dari Machang, Kelantan.
Menurut usahawan kosmetik tersebut, tahun ini memberi cabaran kerana anak lelakinya berusia hampir tiga tahun tidak menggemari pakaian berinspirasikan kartun kucing itu.
“Anak lelaki saya akan menangis dan memberontak kalau dipakaikan baju Hello Kitty. Dia lebih suka watak kartun yang beraksi lawan-lawan.
Ads
“Tahun lepas baju raya Hello Kitty, anak lelaki saya hanya pakai sekejap saja. Sudahnya dia lebih selesa pakai baju raya watak kartun Captain America dan Ben 10,” katanya.
Walau bagaimanapun, Afina yang menyukai hidangan lemang dan ketupat berkata, raya kali ini buat pertama kali anak bongsunya itu akan beraya di kampung di Kelantan sejak lahir.
“Memang saya tak balik selama dua tahun ni. Satunya sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama dua tahun, dan keluarga saya selalu datang ke Kuala Lumpur.
“Sebab first time dia balik kampung, jadi kami kena bagi mood baik untuk dia. Kalau mood dia tak baik, habislah dia tak pakai baju raya Hello Kitty tu,” tambahnya.
Ads
Tambah Afina, usaha ‘memujuk’ itu termasuk memberi peluang kepada anak lelakinya ‘hilang fokus’ dengan menonton kartun kegemarannya.
“Rancangnya nak pakai baju raya Hello Kitty raya pertama, tapi saya sedia berkorban pakai baju raya lain dulu. Nak buat macam mana, mood anak lelaki susah ‘nak beli’,” katanya.
Sumber : mStar
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut dipercayai tercekik buah mangga ketika makan bersama bapa di rumahnya di bandar Paka, Dungun petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang, Nur Amanda Ahmad Helmi disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 5.20 petang.
Mangsa mengalami sesak nafas ketika disuapkan buah mangga oleh bapanya, kira-kira jam 3.50 petang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, sebelum kejadian, kanak-kanak terbabit dikatakan disuapkan potongan buah terbabit oleh bapanya, kira-kira jam 3.50 petang.
“Mangsa dikatakan tiba-tiba mengalami sesak nafas dan keadaan itu menyebabkan bapa mangsa yang berusia 32 tahun itu bertindak mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Paka.
“Bagaimanapun, ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik terbabit mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, “katanya.
Baharudin berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
“Siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Selepas mengumumkan mengenai kehamilan bayi sulung mereka, akhirnya isteri kepada pemain bola sepak negera, Safawi Rashid, Syifa Melvin tampil berkongsi gambar terbarunya ketika hamil.
Menerusi Instagramnya, Syifa memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan baby bumpnya bersama suami ketika beraya semalam.
Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan zuriat dan memohon agar kehamilannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini.
“Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah,” tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Syifa dan suami tampil cantik dengan temu warna ungu di pagi raya semalam namun apa menarik pastinya baby bump yang berusia enam bulan.
Malah bakal ibu ini dilihat makin cantik dan berseri-seri ketika hamil. Benarlah seri ibu mengandung.
Malah adik kepada Syatilla Melvin ini juga turut mendoakan ibu yang menanti zuriat dipermudahkan untuk menanti kehadiran cahaya mata mereka.
“Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah swt akan mendapatkannya.
“Allah pasti makbulkan segala permintaan hambaNya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib.
“Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaranMu, Aamin❤,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syifa dan Safawi Rashid mendirikan rumahtangga pada 28 November tahun lalu. Safawi mengumumkan isterinya hamil ketika memenangi perlawanan bola sepak baru-baru ini.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di Colombia itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kembar Itzamara. Janin itu mempunyai kaki, tangan namun tak mempunyai jantung dan otak
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya. – Agensi
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.