Ibu dan ayah pastinya akan melakukan apa sahaja untuk membawa senyuman kepada anak-anak. Tambah pula untuk anak yang menghidap penyakit kronik seperti kanser. Itulah yang dilakukan oleh Ahmad Suhairi Ali, 33 demi merealisasikan impian anaknya Ahmad Danial, 7 yang menghidap kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) taham empat.

Saat kanak-kanak lain seusianya bermain riang bersama rakan sebaya, Ahmad Danial Ahmad Suhairi terlantar sakit akibat kanser otak tahap empat yang dihidapinya sejak Mac tahun ini sebelum disahkan lumpuh dua bulan kemudian.

Menurut ayahnya, Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba dia pasti akan teruja.

Simpan Hasrat Nak Jadi Anggota Bomba, Impian Anak Penghidap Kanser Otak Tahap 4 Ini Kini Tercapai

Hasratnya itu kini tercapai meskipun Danial tidak mampu menunjukkan sebarang reaksi, namun ayahnya percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira dapat peluang menaiki jentera bomba.

Pengarah JBPM turun padang realisasikan impian Danial

Menurut laporan sebuah akhbar, Menyedari impian Ahmad Danial yang sedang menghitung sisa kehidupan, JBPM Pahang terpanggil merealisasikan hajat ‘anak syurga’ itu untuk mengenakan seragam anggota bomba selain turut membawanya bersiar-siar menggunakan jentera penyelamat.

IKLAN

Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser Malaysia (PESONA), Wan Shahriza Wan Ab Rahman, baru-baru ini, mengenai keadaan Ahmad Danial dan impiannya menjadi anggota bomba.

Simpan Hasrat Nak Jadi Anggota Bomba, Impian Anak Penghidap Kanser Otak Tahap 4 Ini Kini Tercapai
Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad turun padang untuk merealisasikan impian Danial

Beliau berkata, JBPM Pahang kemudian mengaturkan sesi bertemu kanak-kanak itu dan keluarganya di Masjid Jamek, Beserah, sebelum memakaikan seragam lengkap anggota bomba dan menyematkan lencana JBPM kepada Ahmad Danial.

Lebih mengujakan, Nor Hisyam memandu sendiri jentera bomba itu dan membawa kanak-kanak terbabit selama 10 minit.

“Kami dimaklumkan dia bercita-cita menjadi anggota bomba untuk berbakti kepada masyarakat.

IKLAN

“Jadi hari ini, JBPM Pahang tunaikan impiannya. Kita turut membawanya menaiki jentera bomba,” katanya yang kagum dengan kecekalan kanak-kanak itu meneruskan kelangsungan hidup.

Kanser dikesan bila mata anak nampak juling

Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, dikesan menghidap penyakit itu apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.

“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.

IKLAN
Simpan Hasrat Nak Jadi Anggota Bomba, Impian Anak Penghidap Kanser Otak Tahap 4 Ini Kini Tercapai
walaupun Danial tidak memberi sebarang reaksi, ayahnya percaya dia sangat gembira dan seronok kerana berpeluang memakai seragam Bomba

“Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,”

Perlu Penjagaan Rapi, Tak mampu urus diri sendiri

Katanya, Ahmad Danial memerlukan penjagaan rapi termasuk dibantu menguruskan diri dan ditolak menggunakan kerusi roda.

Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.

Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif dan kini bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan diri sendiri.

sumber: Berita Harian & Bernama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI