Setelah sekian lama berteka-teki, baru-baru ini penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya hamil empat bulan.
Apa yang membuatkan kehamilannya ini lebih bermakna apabila suaminya, Adam Azriff, mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas mengetahui dirinya berbadan dua.
“Saya rasa terharu apabila suami mengambil keputusan berhenti merokok sejak dua bulan lalu.
“Dia buat keputusan itu sebab tahu saya tidak suka kepada bau asap rokok.
Ads
“Sepanjang trimester pertama, saya tidak mengalami sebarang alahan terus, hanya tidak boleh bau badan suami. Tapi sekarang dah ok,” jelasnya.
Menurut Kaka, dia tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana menghormati permintaan keluarga.
“Saya tidak berkongsi sebelum ini kerana menghormati permintaan keluarga dan selepas doktor sahkan kandungan sihat, barulah saya rasa yakin untuk berkongsi.
Ads
“Jadi sempena bulan Ramadan ini, saya ambil kesempatan nak berkongsi berita gembira dengan semua,” katanya pada media ketika majlis berbuka puasa bersama anak yatim baru-baru ini.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Noor Atiqa Mohd Azraff, 30, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang trimester pertama kehamilannya.
Mama dan papa yang bakal menimang cahaya mata sulung, pasti teruja nak membeli barang keperluan dan kelengkapan bayi yang bakal lahir. Ada yang menunggu sehingga usia kehamilan cukup 7 bulan, baru mahu mulakan misi mencari barang bayi. Tidak kurang juga yang membeli sedikit demi sedikit sejak daripada awal.
Bagi mama dan papa jenis suka menyimpan daripada awal kehamilan, pasti sudah siap sedia mengasingkan wang khusus untuk bayi setiap bulan bukan? Jadi, di saat-saat akhir tak adalah terasa beban menanggung pertambahan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan.
Beli barang secara online juga menjimatkan terutamanya ketika promosi. Untuk lebih penjimatan, DPAMkini sedang mengadakan ‘free shipping’ untuk semua barangan. Klik siniuntuk shopping sekarang dan jangan lupa masukkan kod DPAMFS.
Baiklah, di sini disertakan panduan dan tip yang boleh anda berdua guna pakai dalam membeli barang keperluan si manja.
Selain daripada iklan di akhbar, radio, televisyen, laman sosial di Facebook, Instagram atau Twitter; anda boleh dapatkan maklumat berkenaan ekspo bayi dan ibu hamil menerusi carian di Google.
Antara barangan yang kerap menjadi rebutan di ekspo seperti ini ialah lampin pakai buang kerana ia lebih murah berbanding harga pasaran biasa. Tambahan pula pembelian anda akan disertai bersama hadiah istimewa daripada pempamer.
Antara lain, boleh dikatakan semua keperluan yang anda perlu miliki boleh didapayi di sini. Pakaian ibu hamil, pakaian bayi, produk berpantang, katil, stroller malah insurans untuk si kecil pun boleh didapatkan di ekspo bayi dan ibu hamil.
Anda tidak perlu pergi ke banyak kedai. Satu lokasi meliputi semua barangan jualan. Sebab itulah anda wajib pergi ke ekspo-ekspo sebegini!
Awal trimester ketiga adalah waktu paling sesuai untuk anda membeli-belah. Lazimnya, pada usia kandungan seperti ini, anda sudahpun dapat mengenalpasti jantina bayi dalam kandungan. Dengan itu, ia memudahkan diri anda untuk memilih keperluan yang bersesuaian dengan jantinanya.
Tambahan pula, ketika ini anda belum benar-benar sarat. Jadi, masih punya kekuatan untuk berjalan ke sana-sini demi mendapatkan barangan keperluan bayi. Bagi anda yang lebih gemar membeli-belah secara online, tentu sahaja ia lebih mudah dan menjimatkan masa.
Saiz bayi selepas dilahirkan tidak dijangka. Mungkin dia bersaiz besar. Mungkin juga bersaiz kecil. Jadi, baju yang anda patut belikan kepadanya digalakkan bersaiz 0 – 3 bulan. Sebaik-baiknya jangan beli pakaian bersaiz bayi baru lahir.
Tambahan pula, bayi memang cepat membesar. Kalau dibeli pakaian bersaiz kecil, tidak semena-mena anda perlu membeli pakaian yang lain pula dalam masa yang singkat. Selain daripada itu, anda tidak perlu membeli terlalu banyak pakaian bayi kerana mungkin ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda menghadiahkan bayi set pakaian.
Masa kini, para ibu gemar menggunakan lampin pakai buang untuk bayi. Walaupun begitu, kain lampin masih perlu dibeli. Selain boleh dijadikan lampin, kain jenis ini juga boleh dijadikan sebagai kain bedung, tuala ataupun selimut!.
Oleh yang demikian belilah beberapa helai kain lampin. Jika mahu anda boleh dapatkan kain lampin bercorak yang lebih menarik pandangan.
Jika anda kurang berkemampuan, tidak usah membazir wang dengan membeli stroller ar seat, baby carrier, baby chair dan katil yang mencecah harga ribuan ringgit. Anda boleh dapatkan barangan second-hand. Sudah pasti harganya lebih murah. Namun anda perlu lebih teliti dengan barangan tersebut. Pastikan ia masih elok dan dapat berfungsi dengan baik.
Perlu anda ketahui bahawa kadang-kadang bayi tidak suka duduk di dalam stroller atau car seat. Mungkin tidak selesa dengannya ataupun mahu berdamping dengan ibu bapanya. Sama juga halnya dengan baby carrier, baby chair dan katil.
Sebagai langkah permulaan, disarankan untuk gunakan barang terpakai terlebih dahulu. Bila anak sudah biasa dan serasi dengan penggunaan produk tersebut, barulah anda pertimbangkan untuk membeli produk yang baru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah, anda hamil! Inilah ayat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri kan. Di awal kehamilan tahap kesihatan ibu dan bayi sangat penting.
Elakkan dari buat kerja-kerja berat, elakkan diri dari lasak sangat, dan juga janganlah makan makanan yang boleh mengancam nyawa ibu-ibu dan juga bayi. Jika boleh hadkan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini lagi baik.
Setiap ibu kekuatannya tak sama. Ada yang ok masa mengandung walaupun agak lasak tapi ada juga ibu yang memang kena banyak berehat sebab boleh menyebabkan kandungan berisiko. Apa yang dikongsikan oleh Puan Fizah Sobri mengenai dirinya dan anak akibat terlalu lasak di awal kandungan boleh menjadi peringatan buat semua wanita dan suami.
Pengajaran untuk mak-mak mengandung. Especially 1st time pregnant.
Pengalaman yang cukup terkesan.
Satu masa dulu boleh kata hakak agak aktif. Lepas kawin pernah gugur sekali sbb berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan! Padan muka.
Lepas 6bulan, Alhamdulillah. Pregnant lagi. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haruuuu . Setengah jam kalau nak turun @naik.
Time ni part time study pjj kat uthm. Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik pergi kelas kulai -batu pahat. Drive sendiri hokeyyy. Masa ni pregnant dlm 11w. Hakak rasa hakak gagah. Tapi tak . Hakak bleeding masa kat kelas. Suami nak tak nak kne la dtg amik bini dia kannn.
Esoknye hakak warded. Jalan dah bukak. Hakak punye sedih meratap nasib bila doc cakap miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punye la gembira.
Hakak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dengan gembira . Ooo ye . Hakak pospone sem sebab tak nak drive jauh . Taubat
29w kandungan, hakak eksaited nak tau baby laki ke perempuan. Konon nak suprise. Tapi hakak tak boleh tahan
Mula la episod-episod pelik. Mungkin kesan dari bleeding di awal kandungan.
Bila scan, baby kecik. Doc pelik. Betul ke 29w? Tapi hakak memang confirm. Refer klinik kesihatan yang buat checkup . Follow up seminggu, baby memang kecik dari usia. Terus kene tolak pegi HSA,JB. Ingat refer macam tu je . Sekali hakak kena tahan wad terus. Uri tak lekat betul kat dinding rahim . 2 minggu hakak berhuhu dalam wad dengan uniform pink . Jiran sebelah katil dah bertukar lebih dari 20 orang . Hakak kental .
32w bila scan aliran darah terbalik . Terus emergncy czer. 17-june-17. Baby boy. 800g. 2.40pm.
Anak hakak besar tapak tangan. Hakak macam berkira -kira . Boleh ke si kecik ni survive? Lama hakak kumpul kekuatan. Sampai hakak jumpa 1 group yang sangat membantu. Baby Premature Malaysia – NICU. Tahniah & tq pada group admin&ahli. Hakak tak pernah post apa-apa pasal anak hakak. Bukan sebab hakak nak mengelak . Tapi kalau hakak post, orang cuma akan cakap ‘kesiannya ‘. ‘Sabar ye ‘. ‘Banyak-banyak bersabar ‘. Huhhhh! Seriously . Hakak lagi rasa down. Derrrr . Luu baru kumpul kekuatan, tapi orang cakap kesian kesian kesian .agak2 apa yg lu rasa? Anoyying dowhhhh! Mahap la ye kalau ada yang terasa.
Berbalik pd anak.
Boy
800g
32w 2d
17-6-2017
Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis
Nicu 51days. 2bulan scn a3. Naik semula nicu semingg sebab rsv virus. Turun scn sebulan . Berat drop . Transfer scn a3 . Smpai genap umur 7bulan, discharged. Wehooooo . 7bulan derrr duk wad. Maksudnya 7bulan anak tak balik rumah . Langsung.
Dan akhirnyaaa . He’s back walaupun dengan oxygen. 2minggu kat rumah . Banyakkkkk perubahan +ve . Harap-harap checkup lagi skali boleh off oxygen. Insyaallah. Aminnnnnnn
Last but not least. Jagalah kandungan anda . Peace yoooo .
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu.
Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal ?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah sebenarnya pergerakan bayi itu.
Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita, perlukan masa berehat sebentar.
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
Apakah kepentingan pergerakan bayi?
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
Berapakah tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperti hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dengan kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebih tahu bayinya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam air kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Usia kandungan melebihi 28 minggu
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
Bagaimana jika setelah saya dibenarkan pulang, pergerakan bayi kembali mengurang?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera. Terima kasih Ibu atas keprihatinan anda !
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.