Keluarga bahagia tunjang kepada kekuatan kasih sayang dalam kehidupan setiap insan. Namun untuk membangunkan institusi kekeluargaan yang utuh dan berlandaskan syariat Islam bukan satu hal mudah. Bagaimanapun, ia tidak mustahil jika pasangan suami isteri sentiasa bertolenrasi dan mengamalkan perkara yang baik.
Tidak rugi seorang suami jika sentiasa ringan tulang menolong isteri dan sama-sama menjalankan tanggungjawab demi anak dan isteri tercinta. Malah ia akan semakin menyemarakkan kasih sayang satu sama lain.
Menerusi perkongsian seorang suami dan juga bapa kepada 6 orang anak, Mohd Yazid Ismail, dalam bab perkahwinan ada banyak sunnah untuk suami amalkan. Jangan ingat poligami je sunnah.
Sunnah berbaring dan berehat di pangkuan isteri.
Sunnah membantu isteri dalam kerja rumah. Memasak, mengemas, menjaga anak-anak dan lain-lain.
Sunnah menyuapkan makanan ke mulut isteri.
Sunnah menyatakan cinta dan penghargaan secara lisan.
Sunnah untuk memastikan diri anda kelihatan menarik untuk isteri.
Ads
Sunnah mengambil tahu perasaan isteri dan menghiburkan dia apabila dia memerlukannya.
Sunnah bermain-main bergurau dengan isteri dan meluangkan masa berkualiti bergembira bersama.
Sunnah memanggil isteri dengan nama yang indah.
Semoga kita memperoleh rumah tangga yang bahagia dan dibahagiakan oleh Allah SWT. Rumah tangga bahagia bukan terletak pada mewahnya harta, namun bahagia letaknya di hati.
“Sakitnya kepala” asyik sakit kepala je. Kadang-kadang tak tahu dah nak buat macam mana.
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan ada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.
Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam rumah tangga, pastinya kita ingin yang terbaik dan harmoni. Namun dalam tak sedar sebenarnya kita atau pasangan telah melakukan beberapa perkara yang mampu ‘membunuh’ hubungan dalam rumah tangga.
3 perkara yang mungkin dianggap remeh tapi merosakkan rumah tangga
1. Hadap phone memanjang
Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di phone. Tiktok, Insta, FB. Lepas habis satu, terus naik lg satu. Memang melekat jelah mata di phone.
Setkan rules bila boleh tengok phone. Dulu kami kerap bergaduh tentang phone. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan rules:
No phone during driving
No phone for co-driver
No phone waktu makan dengan family
No phone bila spend masa dengan pasangan or anak2.
No phone when we are needed physically.
Contohnya pasangan tengah nak bercerita, or luah perasaan ke etc, janganlah dengar sambil hadap phone. That is so rude.
Or tengah sama2 shopping, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah shopping sama2 kan. Sometimes we may feel that aktiviti tu tak berkait dengan kita. Contoh tengah shopping ikan, ayam, sayur. Suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, so lebih baik dia main phone je. Spesis orang macamni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?
2. Melengahkan solat
Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita.
Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc. Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.
3. Tidak jaga waktu tidur
Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dsb. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.
Contoh begini. Isteri tidur jam 10pm. Suami main game sampai jam 2 pagi. Atau sama2 baring atas katil, tapi masing2 hadap phone berjam2 sehingga tertidur.
Atau suami dah tidur jam 12pm, isteri browse Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi disatu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab taknak diganggu tangisan anak. Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur. Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya communication breakdown. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa eg kalau ada tak puas hati, meminta maaf dsb. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.
Sekarang ni kes perceraian meningkat mendadak. Cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara diatas ini yang tidak dijaga.
Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi safe and happy nest untuk semua ahli keluarga ❤️
Sayur taugeh sememangnya tidak tahan lama biarpun disimpan di dalam peti ais. Apa nak buat dengan lebihan sayur taugeh ini? Macam mana nak simpan agar kekal lama?
Tip mudah yang dikongsikan oleh Norhaniza Kamaruddin ini paling membantu untuk elakkan membazir dan terbuang begitu sahaja. Jom cuba!
Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan. Saya share petua yang saya amalkan.
Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air.
Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup.
Nampak baru dan rangup. Mula-mula dulu memang tak percaya, bila dah tengok sendiri, baru lah berani share dalam ni.